24 Disember 2008

Ibnu Arabi Tokoh Sufi


Ibnu Arabi Tokoh Sufi
Oleh: Zakaria Bin Stapa
Keluaran: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Halaman: 126 mukasurat

Salam

Ibn Arabi, atau nama penuhnya Muhammad bin Ali bin Muhammad bin al-‘Arabi al-Ta’i al-Hatimi (1165M – 1240M). Ibn ‘Arabi, berketurunan daripada sebuah keluarga yang mempunyai status sosial yang baik, perpengaruh, bertakwa dan kuat berpegang pada agama. Hakikat ini dapat dibuktikan dengan wujudnya kenyataan bahawa ayahnya Ali bin Muhammad pernah memegang jawatan wazir, dan merupakan tokoh dalam bidang fiqah dan hadith serta terkenal dengan kezuhudan, takwa serta mengamalkan ajaran tasawuf.

Ali bin Muhammad juga bersahabat baik dengan ahli falsafah Islam yang terkenal di Andalus, Abu al-Walid ibn Rusyd, serta kerap mengunjungi ahli sufi yang masyhur, Muhyi al-Din Abdul Al-Qadir Jilani. Ada diriwayatkan bahawa pada mulanya Ali tidak mempunyai anak, lalu beliau menemui Syeikh Abdul Al-Qadir dan memintanya mendoakan agar beliau dikurniakan anak. Berikutan dengan itu Syeikh Abdul Al-Qadir, yang ketika itu sudah agak lanjut umurnya, mendoakan agar Ali dikurniakan anak dan meminta Ali menamakan anak itu “Muhyi al-Din”.

Buku ini mengandungai 5 bahagian kesemuanya:
1. Riwawat Hidup
2. Sumber2 Pengilmuan
3. Hasil2 Tulisan
4. Kontraversi Sekitar Peribadi Dan Metodologi Penulisan
5. Pengaruh Dan Kepentingan.

Akhir kata sebuah kitab yang sangat baik.

23 Disember 2008

Karya Klasik Melayu Islam


Karya Klasik Melayu Islam
Oleh: Mahayudin Hj. Yahaya
Keluaran: Dewan Bahasa Dan Pustaka
Halaman: 366 mukasurat

Salam

Kajian terhadap manuskrip Melayu merupakan aspek penting dalam bidang Pengajian Melayu. Hal ini mendapat perhatian khusus dikalangan sarjana2 Barat. Hasilnya, benua Eropah menjadi khazanah manuskrip Melayu sejak zaman berzaman. Orang Belanda telah mendahului bangsa2 lain di Eropah dalam bidang pengkajian manuskrip Melayu. Ribuan manuskrip Melayu telah dibawa ke Eropah bagi tujuan tersebut. Hasil tulisan para ulama silam telah dijadikan bahan rujukan oleh para pelajar dan pengkaji di Eropah dan di luar Eropah. Dalam khazanah ilmu itu tersirat pelbagai hikmah yang boleh dijadikan contoh dan teladan.

Buku ini mengkaji beberapa buah manuskrip lama hasil tulisan ulama-ulama terkenal termasuk Hamzah Fansuri, Burhan al-Din al-Kurani, Syihab al-Din al-Jawi dan Abu al-Fauz al-Marzuqi. Sejumlah 86 buah manuskrip Melayu-Islam telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian dan lima daripadanya telah ditaransliterasi dan dianalisis kandungannya. Kajian ini bertujuan untuk membuat pendedahan serta memberi peluang kepada kepada generasi masa kini untuk memahami dan mendalami ilmu dan pemikiran silam. Ini juga merupakan usaha kesarjanaan terhadap bidang yang kurang diberi perhatian berbanding dengan penyelidikan bidang-bidang lain. Oleh itu, kajian ini amat penting dan bermanafat bagi mengembalikan kegemilangan dan keluhuran tamadun silam dalam usaha membina ilmu pada masa akan datang.
Antara Transliterasi Rumi Naskhah adalah.. (Manuskrip jawi turut disertakan)
1. Al Muntahi Terjemahan karangan Syeikh Hamzah Fansuri
2. Kasyf Al-Muntazar Li ma Yarahu Al-Muhtadar Terjemahan karangan Syeikh Burhan Al-Din Malik Ibrahim Bin Hasan Al-Kurani
3. Al Risalah Terjemahan karangan Syeikh Syihab Al Din Bin Abdullah Muhammad Al Jawi
4. Aqidah Al-Awam Terjemahan karangan Abu Al Fauz Al Marzuqi
5. Hadis-Hadis Nabi Terjemahan karangan Tanpa Nama Pengarang

Akhir kata sebuah kitab yang sangat baik.

22 Disember 2008

Awarif Al-Ma’arif


Awarif Al-Ma’arif - Puncak Pengetahuan Ahli Makrifat
Oleh: Syaikh Syihabuddin Umar Suhrawardi
Keluaran: Pustaka Hidayah
Halaman: 296 mukasurat

Salam

Karya seorang syeikh sufi terkenal Syihabuddin Umar ibn Suhrawardi (1145M – 1234M). Ia di lahir di Suhraward dan wafat di Baghdad, ia adalah putera kepada seorang tokoh sufi iaitu Abu Najib Suhrawardi, penulis kitab Adab Al-Muridin. Berbagai konsep dan pengertian dalam dunia tasawuf dibahas secara terperinci dan dijelaskan langsung dari sumber asalnya. Dalam literatur tasawuf, kitab ini adalah sebagai salah satu kitab klasik terbaik tasawuf.

Disebutkan bahawa perjalanan tasawuf diibaratkan sebagai proses pembuatan anggur murni berikut ini: disemaikan di zaman Nabi Adam, dirawat dan dipelihara di zaman Nabi Nuh, mulai bersemi di zaman Nabi Musa, mencapai kematangan di zaman Nabi Isa dan menghasilkan anggur murni di zaman Nabi Muhammad saw. Ibarat seorang pencinta anggur, kaum sufi menikmati kecintaan Allah hingga mabuk dan lupa tentang diri…
Kami tidak menginginkan syurga atau takut pada neraka”.
Hal ini diungkapkan dalam bentuk kalimah lain.
Ya Allah, sungguh Engkau tidak berdagang dengan sesiapapun. Ibadah kami lakukan semata-mata demi ketulusan hati dan kecintaan kepada-Mu. Masuklah kami ke dalam syurga dengan keagungan-Mu dan masuklah kami ke dalam neraka dengan keadilan-Mu.
Siapakah yang akan menemukan kesempurnaan, kecuali orang yang sempurna! Laksana seorang pemilik permata sejati, ia akan menyimpannya rapat-rapat dan tak akan memberitahukannya kepada sesiapapun.

Terbahagi kepada 58 bahagian. Akhir kata sebuah kitab yang sangat3 baik.

18 Disember 2008

Benih Ugama


Benih Ugama
Oleh: Abdul Majid Haji Khatib
Keluaran: Pustaka Aman Press
Halaman: 77 mukasurat

Salam

Oleh kerana kasih dan sayang-Nya Allah kepada hamba2nya, maka Allah utuskan Rasul-rasul untuk membimbing manusia itu ke jalan yang selamat dari dunia hingga akhirat. Tetapi hairan! Rasul-rasul yang menjadi utusan Tuhan itu mereka katakan gila, tukang sihir, perosak dan berbagai2 lagi. Ada pula antara rasul-rasul itu yang dibunuh oleh mereka. Pengajaran nabi-nabi itu mereka sangkakan khayalan semata. Allah turunkan kitab, satu daripadanya Al-Quran, untuk diikuti dan dipatuhi oleh manusia segala ajaran yang datang dari Allah melalui rasul-rasul itu. Tetapi ada pula manusia yang mengatakan kitab-kitab itu adalah karangan Rasul-rasul itu sendiri. Kata mereka sudah lapok dan tidak sesuai lagi. Sungguh manusia itu ingkar dan durhaka kepada Allah.

Alangkah baiknya kalau kita mahu merenungi diri kita sendiri barang sebentar!. Pernahkah kita tafakur sebentar untuk menyelidiki keadaan diri kita ini?. Semoga dengan tafakur itu dapat kita menyelidiki rahsia yang terpendam dalam diri itu. Manusia adalah makhluk yang mulia diciptakan Allah swt.
Kejadian Insan

Ayuhai insan!
Tahukah kamu asalmu?
Badanmu berasal dari tanah
Dan kembali ke tanah.

Apakah yang ada pada tanah?
Bolehkah ia bergerak dan berfikir?
Bolehkah ia menakluki bumi ini?


Sedarlah!
Tanahmu itu hidup dan bergerak kerana adanya jiwa
Jiwa itulah yang hidup dan menggerakkan.

Tahukah kamu dari mana asal jiwa itu?
Ia datang dari Tuhan dan kembali ke Tuhan

Kuatkanlah jiwa itu dengan membersihkannya
Bersihkan dari syirik
Kembali kepada Tauhid.

Jiwa yang beriman itu ibarat pedang
Yang dapat menumpaskan yang batal, noda dan dosa.

Ayuhai kamu yang lupa!
Jiwamu perlu diperkuat dengan Iman
Kembali ke Tuhan.

Kembali ke Tuhan dengan redha dan di redhai.
Terbahagi kepada 18 bahagian. Akhir kata sebuah kitab yang baik.

17 Disember 2008

Fihi Ma Fihi


Yang mengenal dirinya yang mengenal Tuhannya
Kitab Asal: Fihi Ma Fihi
Oleh: Maulana Jalaluddin Rumi
Keluaran: Pustaka Hidayah
Halaman: 355 mukasurat
Salam
Jalaluddin Rumi yang terkenal dengan puisi2 sufistiknya, kali ini menyusun aforisme2 yang luar biasa indah dan dalam. Buku ini adalah salah satu karya magnumnya. Jika Matsnawi dianggap sebagai karya puisi terbaiknya, manakala buku ini adalah yang terbaik dalam bentuk aforisme sufistik. Buku ini nampak tersusun sebagai sebuah risalah petunjuk bagi para penempuh jalan sufi, sehingga bab demi babnya terasa sebagai sebuah kurikulum yang tersusun rapi.

Fihi ma fihi adalah kumpulan ceramah yang terpelihara didalam Majlis-i Sab’a-i Maulana (Ceramah Dari Tujuh Puluh Pembahasan Maulana). Ia merupakan kumpulan kuliah, wacana, perbincangan dan komen Rumi pada pelbagai masalah.

Di dunia ini aku merasakan dua kedekatan. Satu kepada tubuh dan satu lagi kepada kalian. Ketika rahmat Tuhan aku harus melepaskan diri dari kesunyian dan kehidupan duniawi, kedekatanku kepada kalian akan tetap ada.
Gambaranmu berada di dalam mataku.
Namamu pada bibirku.

Pikiran tentang Engkau bersemayam didalam hatiku.
Dimana lagi aku perlu menulis?.

Mataku melihat pada yang lain
Apa yang seharusnya aku lakukan?
Kerana engkau adalah cahaya mataku.

Aku meminum darah hatiku
Dan engkau fikir anggur yang aku minum

Engkau merompak jiwaku
Dan berfikir engkau memberiku hadiah
Imam Ali kw. Pernah berkata; “Apabila tirai telah diangkat, aku tidak menjadi lebih yakin.”
Hubungan Paling Rahsia dalam Cinta.

Pada suatu masa seorang Raja memerintahkan setiap budaknya memegang sebuah gelas minuman emas untuk para tetamu yang datang. Bahkan budak kesayangannya juga diperintahkan memegang gelas minuman itu. Tetapi ketika raja datang sendiri, budak kesayangannya itu mabuk pada pandangan raja, pingsan dan menjatuhkan gelas minuman sehingga hancur berkeping2. melihatkan keadaan ini budak2 yang lain berkata, “Barangkali beginilah yang mesti kita lakukan.” Dan mereka semua pun bersungguh2 melemparkan gelas minuman ditangannya.
Raja memarahi dan bertanya, “kenapa mereka melakukan hal yang demikian.”
Mereka menjawab; “Kerana kesayanganmu melakukannya.”
“Kamu bodoh”; kata raja, dia tidak melakukannya. Akulah yang melakukannya!.”

Secara lahiriah, seluruh “bentuk” itu telah melanggar, kecuali untuk pelanggaran khusus itu, yang bukan hanya jiwa ketaatan melainkan melampaui batas ketaatan dan pelanggaran. “Tujuan” adalah budak itu. Seluruhnya adalah pengikut raja dan tentunya pengikut budak itu juga, kerana dia adalah hakikat raja. Perbudakkan itu tidak lagi sekadar bentuk padanya, dia telah terisi dengan keindahan raja.

Terbahagi kepada 70 bhg. Akhir kata sebuah kitab dgn karya yg indah. MySpace

15 Disember 2008

Nasihat-Nasihat Sang Sufi


Nasihat-Nasihat Sang Sufi
Oleh: Abu Abdillah Al-Harits Bin Asad Al Muhasibi ra.
Kitab Asal: An Nasha’ih
Keluaran: Pustaka Hidayah
Halaman: 164 mukasurat
Salam
Abu Abdillah Al-Harits Bin Asad Al Muhasibi ra dikenali sebagai seorang yang pakar dalam bidang hadis, fikih, ilmu kalam dan tasawuf. Dalam bidang2 tersebut, ia telah menulis banyak karya yang keseluruhannya tidak kurang dari 200 kitab. Julukan “Al-Muhasibi” diberikan kepadanya kerana kuatnya dalam melakukan muhasabah, yakni pemerhatian yang besar pada kesempurnaan jiwa. Kitab ini mengandungi 41 nasihat bagi memperingatkan manusia agar menghindari perilaku2 yang menyebabkan rusaknya jiwa. Sebagai seorang yang berilmu, tidak lupa ia selalu menyertakan berbagai cara penyembuhannya demi mencapai kesempurnaan jiwa itu.

Nasihat ke-20: Berusaha bersungguh2 Untuk Menyenangi Apa2 yang Disukai oleh Allah swt.

Saudara-saudaraku! Apabila engkau melihat orang lain tidak senang kepada hal2 yang disukai oleh Allah swt dan membenci sesuatu yang bermanfaat buat mereka di akhirat, ingat, hati2lah kepada Allah. Jadilah engkau bertentangan dengan mereka dan berjuang melawan jiwamu untuk menyenangi hal2 yang disukai oleh Allah swt. Kadang kala ada suatu golongan yang mengaku senang dengan apa2 yang disukai oleh Allah, padahal sebenarnya mereka tidaklah demikian. Sebenarnya mereka tidak menyukai banyak hal yang disukai oleh Allah dan membenci banyak hal yang bermanfaat bagi mereka. Kerana itu, renungkanlah permasalahan kalian!.
Bagaimanakah menurutmu tentang seorang terpelajar yang ditakdirkan oleh Allah swt memiliki seorang teman yang juga berilmu dan suka memberi nasihat untuk menghalakannya menuju kecintaan kepada Allah swt, membantu mengemukakan aib dirinya serta tidak lupa pula mengarahkannya kepada tata cara mengubati dari seluruh aibnya tersebut. Seorang yang bodoh merasakan keberatan apabila diberitahu aib dirinya, atau apabila ada orang yang mengetahui keburukannya, sehingga ia merasa tersinggung terhadap orang yang suka membimbingnya, padahal ia tidak sadar bahawa dirinya telah membenci orang yang ditakdirkan Allah untuk membimbingnya.

Berteman dengan seseorang pemberi nasihat yang ingin membimbing merupakan rahmat bagi seseorang. Oleh itu, kenapa harus merasa berat untuk menerimanya dan kenapa harus merasa ragu terhadap bimbingan yang diberikan. Demikian juga halnya apabila seseorang yang simpati kepadanya, itu juga merupakan rahmat dari Allah kepada hamba-Nya. Sehingga, ia akan menghindarkan dari fitnah kedudukan, iaitu perasaan memiliki status terhormat serta perasaan memiliki pengikut setia dari kalangan masyarakat. Maka penasihat itulah yang berperanan menyelamatkannya dari fitnah tersebut, dengan membuat dirinya menjadi tidak terkenal sehingga bila ia tidak ada, tidak ada seseorangpun yang mencarinya, sebaliknya bila dia ada, tidak ada seseorangpun yang mengenalinya. Hal demikian adalah lebih selamat bagi agamanya, dan merupakan salah satu di antara karunia Allah swt kepadanya. Padahal orang yang terpedaya bersedih terhadap rendahnya nilai dirinya di kalangan masyarakat. Ia berduka kerana tidak terkenal dan merasa benci lantaran perhatian dan pilihan Allah untuk dirinya itu, padahal ia tidak mengetahui hal demikian.
Demikian juga seorang yang diperhatikan oleh Allah dengan dipalingkan darinya fitnah agar tidak melampaui batas dan tidak menjadi sibuk dengan dunianya dan lupa pada perkara2 akhirat. Allah Yang Maha Pengasih menjadikannya sedikit harta, lapang dada, selamat dalam agamanya, kurang bergaul, ringan tulangnya, sekejap tertahannya dan sedikit hisab-nya, sedikit yang ditanyakan kepadanya, segera menyeberangi di atas titian shirath dan semua itu merupakan bentuk kasih sayang Allah kepadanya.
Allah berfirman: “Hamba-ku berduka kerana Aku memalingkan dunia darinya, padahal yang demikian itu yang paling dekat kepada-Ku dan sesuatu yang lebih Aku sukai. Hamba yang berduka lantaran dunia dipalingkan darinya seakan2 ia tidak meyukai kecintaan Allah swt kepadanya sedang ia tidak merasakan. Tetapi ia selalu merasa berduka dengan sedikit harta dan menganggap perbuatan Allah kepadanya sebagai pertanda buruk, padahal ia tidak memahami apa sebenarnya yang terjadi dengan dirinya.” (Dalam Shahih At-Tirmidzi)
Orang seperti ini banyak jumlahnya, ia dicintai oleh Allah swt dan dicintai oleh orang2 yang mencintai-Nya, sedangkan dirinya benci kepada semua itu. Semoga Allah melindungi kita semua dari perilaku sedemikian.. Amin.

Akhir kata, sebuah kitab yang mengandungi sarat dangan nasihat yang sangat3 baik.

10 Disember 2008

Kala Tuhan Jatuh Cinta


Kala Tuhan Jatuh Cinta
Oleh: Dr. Margaret Smith
Buku Asal Bertajuk: Reading From the Mystics Of Islam
Keluaran: Pustaka Hidayah
Halaman: 228 mukasurat

Salam

Berisi sebuah catatan ringkas tentang sejarah dan perkembangan tasawuf islam, yang di ikuti dengan terjemahan dari kata2 dan karya2 dari hampir 50 pengamal tasawuf, baik dalam bahasa Arab maupun Persia, mungkin boleh menjadi semacam untuk meningkatkan pengetahuan pembaca tentang tasawuf sekaligus menimbulkan minat mereka pada hal tersebut. Bahagian2 yang dipilih mencakupi jeda waktu lebih dari 1000 tahun, dari abad ke-8M sehingga pertengahan abad ke-19M.

Ia disusun secara kronolagis dan masing2 diawali dengan beberapa baris detail biografis tentang mereka yang dibicarakan, meskipun setengah daripada mereka tidak di kenali. Mereka memilih hasrat untuk mengenal Tuhan, sehingga mereka dapat mencintai-Nya.

Ana nukilkan salah seorang daripadanya.

Abu Sa’id Bin Isa Al-Kharraz (286H / 899M)

Abu Sa’id Al-Kharraz berasal dari Baghdad dan diberitakan bahawa ia adalah orang pertama yang membicarakan tentang “fana” dan “baqa”. Ia menulis sebuah buku tentang adab2 shalat, yakni Adab Ash-Shalah, dan Kitab Ash-Shidq, salah satu tulisan tentang tasawuf tertua yang ditulis oleh seorang sufi.

Ketika mengerjakan shalat, engkau harus datang kehadapan Tuhan sebagaimana halnya di Hari Kebangkitan, engkau akan berdiri di hadapan-Nya tanpa perantara, kerana Dia menyambutmu dan engkau bercakap2 secara rahasia dengan-Nya dan engkau mengetahui bahawa engkau berdiri di hadapan-Nya kerana Dia adalah Raja dari segala raja. Ketika engkau mengangkat tangan dan berkata ”Allahu Akbar”, jangan engkau isi hatimu kecuali dengan pujian kepada-Nya, jangan ada apa pun jua di dalam pikiranmu ketika engkau sedang memuji kecuali memuji Tuhan yang MahaTinggi, dengan demikian engkau melupakan dunia ini dan akhirat nanti ketika sedang memuji Tuhan.

Tingkatan pertama bagi orang yang telah menemukan pengetahuan tentang Tauhid dan menemukan keyakinan pada hal itu adalah bahawa di dalam hatinya tidak ada pikiran tentang segala sesuatu dan ia menjadi sendirian dengan Tuhan Yang Maha Agung. Kerana tingkat pertama dari tauhid ini adalah bahawa hamba memberikan dan mengembalikan segalanya kepada Tuhan yang memiliki segalanya, mengatur segalanya dan membuat mereka tunduk kepada-Nya. Dengan demikian pikiran tentang segala sesuatu hilang dari hati seorang hamba dan digantikan dengan mengingat Tuhan Yang Maha Agung.


Segala sesuatu selain Allah hilang dari hati seorang yang mengingat-Nya dan ia hilang dalam keagungan Allah dan satu2nya yang ada di dalam hatinya hanyalah Allah.

Berbahagialah orang yang telah minum dari mangkuk cinta-Nya dan merasakan kesenangan berhubungan dengan Tuhan Yang Maha Mulia dan mendekati Tuhan dengan kesenangan cinta kepada-Nya. Hatinya diisi dengan cinta, penuh dengan kesenangan, ia telah mendekati dan mendatangi-Nya, dipenuhi dengan rasa rindunya kepada Tuhannya! Ia tidak ingat siapapun kecuali Dia dan tidak ada teman dekat baginya kecuali Dia.
Akhir kata sebuah buku yang amat baik.

02 Disember 2008

Risalah Kesufian Syeikh Ahmad Al-Alawi


Risalah Kesufian Syeikh Ahmad Al-Alawi
Susunan: Abdul Majid Haji Khatib
Keluaran: Pustaka Aman Press (PAP)
Halaman: 68 Mukasurat

Salam

Syeikh Ahmad Al-Alawi adalah seorang sufi abad ke-20 (1869M – 1934M), lahir di Mostaganem, Algeria. Beliau sangat masyhur dibenua Afrika dan muridnya sampai beribu2 orang banyaknya. Beliau dianggap sebagai seorang wali Allah.

Ahli makrifat itu tidak dikatakan makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segenap sudut dan dari arah mana saja ia menghadap. Mereka hanyalah ada satu kiblat (arah) iaitu yang Hakiki itu sendiri. “Ke mana saja kamu memandang, di situ ada wajah (zat) Allah”. Ke mana saja kamu memandang samada dengan deria atau akal atau khayalan, maka di situ ada wajah (zat) Allah. Oleh itu, dalam setiap sesuatu ain ada (wujud zat ilahi) dan semuanya adalah kerana “La ilalaha illal-Lah”.
Janganlah tinggalkan ruhmu, dan janganlah lawan dia, tetapi turutilah ia dan carilah apa yang ada di dalamnya.

Siapa yang menyembunyikan Rahasia adalah terhijab, dan siapa yang membuka Rahasia itu akan binasa.

Ana nukilkan salah satu sajaknya: Laila. (Di Maksudkan adalah Allah)
Hampirlah aku dengan Laila
Apabila aku dengar seruannya
Suara itu sentiasa aku dengar

Dia sukakan aku dan datang hampir kepadaku
Di bawanya aku ke pangkuannya
Dengan lemah gemalai diserunya aku
Diduduknya aku di sisinya
Kemudian dia datang makin hampir
Disingkapnya selubung yang menutupi badannya
Takjub aku melihat keindahannya
Dipeluknya aku seerat-eratnya
Hinggalah aku hilang dalam dia
Hingga aku sangka dia itu aku
Dicabutnya diriku
Ditukarnya bentukku
Ditandanya aku dengan tanda yang khusus
Dilengkapinya aku dengan kelengkapannya
Dinamanya aku dengan namanya
Dihancurkan dan dimatikannya aku
Setelah mati, aku dihidupkan semula
Bintang aku bersinar terang di langit
Manakah nyawaku, manakah badanku
Hakikat ditunjukkan kepadaku
Rahasia tersembunyi ditunjukkan kepadaku
Mataku tidak melihat kecuali dia
Dia sahaja aku saksikan
Semua makna dalamnya terkandung
Maha suci engkau dan maha agung

Anda yang melihat keindahan
Inilah keindahan dia
Ambillah dariku
Inilah lukisanku
Hatiku bukan membohong
Rahasia aku bertemu dengannya
Jika kehampiran dengannya habis
Aku masih berdiri dalam pendiriannya.
Akhir kata sebuah kitab yang sangat baik dan agak tinggi nukilannya.

01 Disember 2008

Minhaj Al-Abidin


Minhaj Al-Abidin – Petunjuk Jalan Bagi Orang2 Ahli Ibadah
Oleh: Imam Al-Ghazali ra
Keluaran: Jahabersa
Halaman: 314 mukasurat

Salam

Kitab ini merupakan kitab terakhir karya Ulama besar yang digelar Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali at-Tousi ra. Antara kitab yang banyak barakahnya dimana sehingga ke hari ini kitab ini masih lagi diguna sebagai kitab pengajian atau rujukan samada di pondok, masjid mahupun di universiti.

Ia dikarang dan dipersembahkan kepada golongan ahli ibadah supaya dapat selamat sampai ke hadrat Tuhannya. Kitab ini disusun bagi kalangan orang awam dan golongan pertengahan. Manakala kitab Ihya’ Ulumiddin yang semestinya untuk golongan tinggi dan Bidayatul Hidayah yang dikhaskan bagi kalangan orang awam (yakni golongan pemula dalam mengenal ilmu tasawuf).

Berkata Syeikh yang alim, solih lagi zahid, Abdul Malik Abdullah, semoga Allah mengampunkannya:

“ Telah merencana kepadaku kitab yang ringkas ini oleh guruku yang agung, Imam yang zahid, yang bertuah, yang mendapat taufik, yang digelar Hujjatul Islam, yang merupakan perhiasan agama dan kemuliaan umat, iaitu Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali at-Tousi ra, semoga Allah mensucikan rohnya dan meninggikan darjatnya di dalam syurga. Kitab yang ringkas ini merupakan kitab akhir yang telah beliau mengarangnya dan juga tidak mengambil rencana daripada beliau melainkan oleh para sahabatnya yang khusus.”
“Tiap yang indah itu dicintai, tetapi yang indah mutlak hanyalah satu, Maha Esa. Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya kepada-Nya. Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana ia menginsyafi ‘tanasub’ (persesuaian) batin antara dirinya dengan Dia. Orang yang paling bahagia di akhirat iaitu yang paling kuat mahabbahnya kepada Allah swt. Selanjutnya, nikmat si Muhib (pecinta) jika…, Setelah lama rindu…, Ia menjumpai Mahbubnya (yang dicintainya), semakin kuat mahabbah maka makin besarlah nikmatnya. Demikian itu adalah disebabkan oleh kenyataan bahawa akhirat itu bererti kunjungan kepadaNya swt”

Imam Al Ghazali berkata dalam kitabnya Al Munqiz min al-Dhalal:

Perhatianku tertumpu kepada jalan sufiah. Adalah sangat jelas bahawa jalan ini tak akan dapat ditempuh melainkan dengan ilmu dan amal. Ianya mesti ditempuh menerusi tahapan batin dan dengan membersihkan diri. Hal ini perlu untuk mengosongkan batin dan kemudian mengisinya dengan zikir kepada Allah Taala. Bagiku, ilmu lebih mudah daripada amal. Maka segeralah aku memulai dengan mempelajari ilmu mereka, membaca kitab2 mereka, diantaranya kitab Qutub Al-Qulub karangan Abu Talib Al-Makki ra dan kitab2 karangan Al-Haris Al-Muhasibi ra serta ucapan Al-Junaid ra, Al-Syibli ra, Abu Yazid Al Busthami ra dan lain2. Dengan itu dapatlah aku memahami tujuan mereka. Penjelasan lebih jauh aku dengar sendiri dari mulut mereka. Yang lebih dalam lagi hanya dapat dicapai dengan zauq (rasa pengalaman batin), pengalaman dan perkembangan batin. Jauh sekali perbezaan antara mengetahui erti sihat atau kenyang dengan mengalami sendiri rasa sihat atau kenyang itu. Mengalami mabuk lebih jelas daripada hanya mendengar keterangan tentang ertinya, padahal yang mengalaminya mungkin belum mendengar sesuatu keterangan tentang demikian itu. Seorang doktor yang sedang sakit, tahu banyak tentang sihat, tetapi ia sendiri sedang tidak sihat. Tahu erti dan syarat2 zuhud tidaklah sama dengan bersifat zuhud. Yang penting bagi mereka adalah pengalaman dan bukan perkataan. Apa yang dapat dicari dengan ilmu telah ku capai. Selanjutnya, harus dengan zauq dan suluk (menempuh perjalanan batin).

Kitab ini di mulai dengan membicarakan Peranan ilmu dan makrifah, Taubat, Halangan2, Rintangan2, Pendorong untuk beribadah, Penyakit2 hati dan Mengekalkan diri dalam beribadah.

Kitab yang setebal 314 mukasurat ini dibahagikan kepada 7 bab kesemuanya. Akhir kata sebuah kitab yang amat baik.

29 November 2008

Penenang Jiwa


Penenang Jiwa
Tajuk asal kitab Mukashafah Qulub
Oleh: Imam Al-Ghazali ra
Keluaran: Wholesale-Mart
Halaman: 438 mukasurat

Salam

Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohani terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dgn kerohanian yg subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya utk mengalahkan musuh-2 batinnya, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah utk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Kitab nie dibahagikan kepada 111 bab kesemuanya. Ana nukilkan sket dari babnya.
Mahabbah (Cinta)
Sufyan berkata: “Mahabbah ialah mengikuti Rasulullah saw.” Yang lain mengatakan, “Ialah membiasakan zikir.” Kata yang lain, “Mendahulukan kekasih,” Dan sesetengah mereka mengatakan, “Ialah tidak suka tinggal di dunia.” Namun semua itu mengisyaratkan hasil daripada mahabbah.

Al-Junaid mengatakan, “Allah mengharamkan mahabbah bagi orang yang masih mempunyai hubungan dengan yang lain.” Dia juga berkata, “Setiap mahabbah meminta pengorbanan. Jika tidak berkorban, bererti tidak memiliki mahabbah.”
Zun-Nun mengatakan, “Katakan kepada orang yang mengaku mahabbah kepada Allah. Takutlah engkau dikuasai selain Allah !”
Di tanyakan kepada Asy Syibli, “Jelaskan kepadaku tentang orang arif dan muhib ?” Dia berkata, “Orang arif suka berbicara hanyut dan orang muhib jika diam hanyut.”
Wahai Tuhan yang mulia.
Cinta itu telah terpateri di dada.
Wahai yang mencuri tidurku.
Kau tahu apa yang kulewatkan.
Rabiah Al Adawiah berkata, “Siapa yang dapat menunjukkan, di mana kekasihku?” Khadimnya berkata, “Kekasihku bersamaku. Tetapi dunia menghalanginya.”

Ibnu Al-Jilla ra berkata, “Allah swt memberi wahyu kepada Isa as.”
“Sungguh jika Aku telah kasih kepada seseorang, maka tidak-Ku temukan di situ cinta dunia dan akhiratnya. Ku penuhi dia dari cinta kepada-Ku dan Ku buat ia selalu mengingat-Ku.”

Ibrahim bin Adham berkata, “Ya Tuhanku, Engkau tahu, di mataku Syurga tidak mengimbangi sayap nyamuk di banding kemuliaan yang Engkau telah berikan kepadaku dari mahabbah kepada-Mu, suka mengingat-Mu serta tafakkur tentang keagungan-Mu.”

Juga disertakan VCD Penenang jiwa, yang mana menemubual tiga tokoh penting iaitu, Prof. Madya Mohd Kamil Abd Majid, Prof. Madya Dr. Che Zarrina Sa’ari dan Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam
Akhir kata, sebuah kitab yang sangat baik.. MySpace

28 November 2008

Cinta Seorang Gadis Kepada Allah


Cinta Seorang Gadis Kepada Allah
Oleh: Mohd. Sofwan Amrullah
Keluaran: Pustaka Ilmi
Halaman: 250 Mukasurat

Salam..

Sebuah lagi buku yang mengesahkan peri hidup Rabiah Al Adawiyah.
Cinta itu hendaklah ditujukan kepada yang paling layak menerimanya.
Cinta itu biarlah diserahkan kepada yang tahu membalasnya.
Cinta itu harus menyeluruh sifatnya dan mestilah ikhlas dan jujur.
Oh Tuhanku, aku tidak peduli apa pun ujian dan kesengsaraan yang kutanggung selagi Engkau tidak marah kepadaku. Kerana aku yakin rahmat dan keampunan-Mu jauh lebih luas dan lebih besar bagiku. Aku berlindung kepada nur zat-Mu yang menerangi tujuh lapis langit dan yang menerangi kegelapan. Aku berlindung kepada-Mu daripada marah-Mu, Engkaulah yang berhak memarahi aku, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan-Mu.

Adalah sesuatu yang lazim bagi seseorang yang mencintai kekasihnya pasti memenuhi apa yang diminta oleh kekasihnya. Sesungguhnya, cinta dapat menjadikan seseorang patuh kepada setiap kehendak kekasihnya. Disamping itu juga cinta dapat memberi kekuatan dan keyakinan diri kepada seseorang untuk terus tunduk dan memenuhi kehendak kekasihnya.

Hubunganku dengan Allah swt sama dengan hubungan seorang tetamu dengan tuan rumah yang dikunjunginya. Sudah tentu seorang tamu tidak perlu berfikir dan berusaha membuat persiapan untuk dirinya di dalam rumah tersebut, kerana tuan rumahlah yang patut melayani dan menghormati tamu yang ada di dalam rumahnya.

Bagi Rabiah, selain dari Allah adalah sesuatu yang tidak ada wujudnya. Maka, seluruh hidupnya ia serahkan kepada Allah, cinta dan pengabdiannya hanyalah kepada-Nya.
Engkaulah yang ku sanjung dan kupuja, Sekalipun aku benarkan orang lain berada disampingku, Namun jiwa dan hatiku hanyalah ku persembahkan untuk-Mu.
Orang2 menyembah-Mu kerana takut Neraka,
Mereka hanya ingin bebas dari Neraka,
Lalu ingin tinggal di dalam istana Syurga,
Sambil meneguk minuman yang Lazat

Namun aku tidak inginkan Syurga,
Dan tidak takutkan Neraka,
Tapi aku hanya mahukan Engkau!
Dibahagikan kepada 18 bab kesemuanya. Akhir kata sebuah buku yang menarik.

27 November 2008

Imam Ja'far Al-Sadiq


Imam Ja'far Al-Sadiq - Pemikirannya Tentang Konsep Ketuhanan
Pengarang : Ahmad Zuhdi Ismail
Penerbit : Penerbit Universiti Malaya
Halaman: 172 Mukasurat

Salam

Pertamanya, buku ini mendekati pandangan seorang tokoh yang pakar dalam pelbagai keilmuan pada abad kedua hijrah. Kedua, buku ini membicarakan konsep-konsep kepercayaan Islam terhadap perspektif ketuhanan termasuklah konsep makrifat dan perbuatan Allah menerusi pandangan Imam Ja'far Al-Sadiq dengan membuat perbandingan dengan ulama kalam yang sezaman atau selepasnya. Ketiga, buku ini memberikan perhatian kepada hubungan Allah dengan manusia khususnya dalam usaha membentuk masyarakat yang berpaksikan Tauhid.

Dua di antara tokoh ulama Islam yang sentiasa memberi penghormatan kepada beliau ialah:
i. Imam Abu Hanifah ra (m.150 H) mengatakan bahawa beliau sendiri akan gagal mengembangkan ilmu pengetahuan seandainya berpisah dengan Imam Ja'far Al-Sadiq.
ii.Imam Malik bin Anas ra (m.179 H) mengatakan bahawa tidak ada sesuatu yang lebih utama apabila disebutkan nama Imam Ja'far Al-Sadiq. Keutamaan tersebut termasuklah ilmu pengetahuannya, peribadatannya dan kezuhudannya.

Buku ini membincangkan beberapa konsep yang berkait rapat dengan persoalan ketuhanan seperti makrifat, sifat dan zat serta af'al Allah berdasarkan pemikiran Imam Ja'far al-Sadiq yang selaras dengan keterangan al-Quran dan al-Sunnah.
Persoalan sifat turut diberikan penekanan dalam pengertian yang sistematik dan rasional serta mudah difahami. Imam Ja'far Al-Sadiq mengajak manusia menyelami hakikat al-Quran berhubung dengan makrifat Allah untuk meningkatkan kualiti keimanan. Ini kerana makrifat Allah adalah asas daripada seluruh ajaran Islam. Persoalan yang berkait rapat dengan of af'al Allah turut dibincangkan. Matlamat akhir kehidupan manusia seperti persoalan petunjuk dan penyesatan turut diulas.
Memandangkan konsep ketuhanan ialah konsep yang penting dalam Islam, penulis turut memuatkan pendapat pakar daripada beberapa aliran pemikirtan Islam bagi menerangkan dan membandingkannya. Tujuannya adalah untuk melihat persamaan dan perbezaan mengenai konsep ketuhanan.

Imam Ja'far Al-Sadiq menghabiskan setiap saat dalam kehidupannya dengan mengajar sama ada secara umum ataupun secara peribadi dan menjadikan kekayaan ilmu pengetahuan tersebut dalam genggaman setiap orang.
Buku yang ditulis secara ilmiah hingga dapat menjelaskan betapa pentingnya kefahaman yang menyeluruh terhadap konsep ketuhanan, untuk mengelakkan masyarakat membuat tafsiran sendiri terhadap hakikat Allah yang akan membawa fahaman al-Mujassimah dan al-Musyabbihah.
Akhir kata sebuah buku yang baik dan tinggi pembicaraannya. MySpace

26 November 2008

Bustan


Bustan - (Taman Bunga kebajikan)
Oleh: Syeikh Musliuddin Sa’di Shirazi
Keluaran: Navila
Halaman: 234 mukasurat
Salam
Syeikh Musliuddin Sa’di Shirazi adalah penyair sufi terkemuka di Persia. Dalam khazanah sastera sufi, kedalaman karya Sa’di menyamai kehandalan Jalaluddin Rumi dalam Matsnawi..

Karya2 Sa’di, terutama Gulistan dan Bustan, menjadi karya abadi. Seperti yang dikatakan Sa’di sendiri, “Aku berniat menulis kitab untuk menghibur mereka yang membacanya dan sebagai pedoman bagi siapa saja... yang daun2nya tak tersentuh oleh kesewanang2 pergantian musim, dan kecemerlangan sinarnya abadi, tak dapat diubah oleh musim gugur.”

Ana nukilkan tiga citer daripada ratusan citer yang terkandung dalam Taman Bunga kebajikan (Bustan).

Kisah Seorang Bodoh Dan Seekor Rubah
Seorang lelaki melihat seekor rubah yang keempat kakinya lumpuh. Lelaki itu merasa ingin tahu bagaimana rubah itu dapat bertahan hidup. Seekor harimau menyeret seekor serigala, dan si rubah menghabiskan sisa2nya. Hari2 berikutnya Tuhan Yang Maha Kuasa dan Maha Pemurah mengirimkan makanan untuk si rubah.

Mata lelaki itu kemudian terbuka bagai melihat cahaya kebenaran sejati, ia berpikir, “Aku akan duduk menyendiri bagai seekor semut, kerana banyaknya makanan yang diperoleh gajah, tidak ditentukan oleh kekuatannya.”

Maka ia pun duduk menyendiri, menunggu datangnya makanan dari Tuhan. Tapi tak seorang pun yang peduli, dan tubuhnya menyusut hingga bagai tulang dibungkus kulit. Ketika ia hampir pingsan kerana keadaannya yang sangat lemah, terdengar suatu suara dari balik dinding sebuah masjid berkata, “Berganjaklah, hai orong bodoh!. Jadilah bagai seekor harimau yang menyeret mangsa, dan jangan bersikap bagai seekor rubah lumpuh. Berusahalah bagai sang harimau, sehingga akan ada yang engkau sisakan dari makanan yang kau peroleh. Mengapa engkau menjawab rasa laparmu dengan berdiam diri, bagai rubah lumpuh itu ?. Makanlah buah-buahan yang engkau peroleh dari kerja kerasmu. Berkerjalah seperti halnya seorang lelaki, dan ringankanlan beban kaum miskin.”

Wahai pemuda, berikan pertolonganmu pada orang2 tua, dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu sambil berkata, “Tolonglah aku”. Melalui dua kata ini orang yang berbuat baik pada sesama makhluk akan memperoleh pahala Tuhan.

Kisah Setetes Air Hujan
Setetes air hujan jatuh dari awan musim semi, dan ia merasa malu melihat bentangan lautan yang luas. “Di manakah gerangan laut,” ia merenung, “Di manakah aku? Jika dibandingkan dengan laut, aku bagaikan ketiadaan.”

Saat ia tengah merenungkan dirinya dengan mata yang menerawang, seekor tiram memeluknya, dan takdir mengubah nasibnya hingga akhirnya tetes air hujan itu berubah menjadi sebuah mutiara kerajaan terkenal.

Ia telah dimuliakan, kerana ia rendah hati. Dengan mengetuk pintu ketiadaan, ia pun menjadi ada.

Tentang Taubat
Orang yang memohon pada Tuhan di malam hari tidak akan merasa malu saat dihisab.

Jika engkau orang bijak, berdoalah memohon ampunan di malam hari untuk dosa2 yang telah engkau lakukan di siang hari.

Apa yang engkau takutkan jika engkau selalu dekat dengan Tuhan.? Ia tidak akan menutup pintu ampunan bagi mereka yang memohon.

Jika engkau orang muslim, angkatlah tanganmu dalam doa dan jika engkau merasa malu (dari dosa2), maka menangislah dalam kesedihan.

Orang yang tidak menghapus air mata taubat untuk dosa2 yang dilakukannya, tak akan berdiri di ambang pintu-Nya

Akhir kata, sebuah kitab yg jenial, suke sgt dgn kitab nie. MySpace

20 November 2008

Kimya Sang Putri Rumi


Kimya Sang Putri Rumi (Novel Sufistik)
Judul Asal: Rumi Daughter
Oleh: Muriel Maufroy
Keluaran: Mizan
Halaman: 351 mukasurat

Salam

Belajar mengenai Jalaluddin Rumi melalui kacamata Kimya, putri angkat Rumi. Rumi cuba disorot melalui kacamata perempuan. Dia di lahir sebagai seorang anak petani di pedalaman Anatolia, sejak kecil dia merasakan sebuah kerinduan misterius kepada Yang Gaib. Kimya menyaksikan dari dekat proses perubahan ayah angkatnya. Dari seorang ulama terhormat di Konya, dia menjadi perindu Tuhan, bersyair dan menari merayakan cinta Ilahi. Semua itu karena perjumpaannya dengan seorang sufi pengembara, Syams dari Tabriz.
Hidup Kimya semakin berliku setelah dia menjadi istri Syams. Kimya harus menghadapi permusuhan murid-murid Rumi dan penduduk Konya yang menganggap Syams meracuni pikiran Rumi. Bagaimana Kimya menghadapinya? Apakah Syams juga mengubah diri Kimya, sebagaimana Rumi? Dan apakah Kimya menemukan apa yang selama ini dia rindukan? Melalui sudut pandang Kimya, kita juga akan melihat Rumi bukan hanya sebagai orang suci, tetapi juga sebagai seorang ayah dan suami, yang mengalami kegundahan yang amat manusiawi.
Penghayatan mendalam Kimya untuk menemukan tuhannya. Rumi dan Syams telah mengajarkannya cinta hakiki yang hanya dipersembahkan untuk Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
“Sangat unik karena untuk pertama kalinya Rumi ditampilkan dari sudut-pandang perempuan. Membacanya seolah mendengar bisikan Tuhan.”
Akhir kata, sebuah novel yang baik. MySpace

19 November 2008

Matsnawi-i Ma'nawi


Matsnawi – Senandung Cinta Abadi
Judul Asal: The Mathnawi of Jalaluddin Rumi Vol I and Vol II
Oleh: Jalaluddin Rumi
Keluaran: Bentang
Halaman: 286 mukasurat

Salam

Jalaluddin Rumi merupakan seorang sufi agung Islam. Karya agung Matsnawi yang membawa maksud sajak2 tentang makna2, ia merupakan tafsir indah atas Al-Quran. Ditulis dalam bentuk sajak2 yang indah. Rumi menguraikan lautan kerohanian dan perjalanan manusia menuju kebenaran hakiki.

Dengarlah nyanyian seruling buluh ini
Nyanyian sedih menawan hati
Rindu dan sayu saban hari
Sejak terpisah dari asal-usulku sendiri

Orang lain tidak tahu rasa hatiku
Penuh rindu di dalam kalbu
Kecuali orang yang menyelami jiwaku
Yang menyerapkan jiwanya dengan jiwaku

Ana nukilkan satu daripada kisahnya:
Kisah Khalifah Ketika Melihat Laila
Khalifah berkata kepada Laila, “Adakah kau ini gadis yang membuat Majnun bingung dan putus asa.?

Kau ternyata tidak lebih cantik dari gadis2 yang lain. ”Diam!” Kata Laila, “Tuan berkata demikian bukan kerana Majnun.”

Barang siapa yang matanya terjaga hanya pada benda2 dunia, ia akan tidur terhadap alam kerohanian; jaganya adalah lebih buruk dari tidurnya.

Bila jiwa tidak bangun terhadap Tuhan, bangun kita bagaikan menutup pintu terhadap kehadiran Tuhan.

Seorang yang tidur terhadap perkara kerohanian ialah yang diharapkan adalah khayalan kosong.

Seekor burung yang terbang tinggi di langit dan bayangnya mengecil ke bumi, bayang kelihatan seperti burung yang sedang terbang.

Beberapa orang bodoh mula mengejar bayang2 itu, berlari jauh sehingga lelah dan kehabisan tenaga.

Ia tidak tahu bahawa yang dikejar hanyalah bayangan burung yang terbang di udara, dan juga tidak tahu dari mana bayang2 itu berasal.

Dia melepaskan anak panah bertubi2 dengan sasaran bayangan itu sehingga anak panah habis dan usahanya menjadi sia2.

Namun, andai kata dia mendapat bimbingan dari bayangan Tuhan, maka akan bebaslah dia dari segala bentuk khayalan dan bayang2.

Bayang2 Tuhan ialah hamba Tuhan yang mati terhadap dunia dan hidup dengan Tuhan.

Letakkan segera lengan bajumu tanpa merasa was-was agar kau terlindung dalam jubah Hari Kiamat

Bagaimana Tuhan menunjukkan bayang2-Nya? Lihat saja para Nabi dan aulia, merekalah bayang2-Nya, mereka membimbing kita menuju matahari Tuhan.

Jangan berjalan di lembah ini tanpa pembimbing seperti Khalil (Nabi Ibrahim as) katakan, “Aku tidak menyukai yang mudah tenggelam!.”

Dan jika iri hati menguasai dirimu, maka itulah iblis yang sifatnya melampaui batas dalam kecemburuan.

Keirian iblis disebabkan dia memandang rendah Nabi Adam as, disebabkan iri hati itulah dia melawan kebahagiaan.

Tidak ada yang lebih sukar dilalui di jalan itu selain ini. Oh, beruntunglah orang yang tidak pernah dihinggapi rasa iri hati

Ketahuilah bahawa tubuh adalah sarang kediaman iri hati, sebab keluarga yang berada di situ telah dicemari kecemburuan dan iri hati.

Walau tubuh adalah sarang kediaman iri hati, namun Tuhan menjadikan tubuh itu murni

Hati yang murni ialah permata cahaya Tuhan, walaupun azimatnya dibuat dari tanah bumi.

Jika kau menggunakan tipu muslihat dan disertai iri hati dalam menghadapi orang yang dikuasai oleh rasa iri hati, maka noda hitam akan muncul dari keirian tu dalam hatimu.

Jadilah seperti debu di telapak kaki orang Tuhan, hamburkan debu itu di atas kepala keirian.

Dibahagikan kepada tujuh bahagian besarnya. Akhir kata sebuah kitab yang luas kata2nya

18 November 2008

Pelatihan Shalat Khusyu


Salam..

Pelatihan Shalat Khusyu
Oleh: Abu Sangkan
Keluaran: Shalat Center
Halaman: 133 mukasurat

Penulis mengajak kita untuk memasuki sebuah pengalaman baru, sebuah pencerahan jiwa yang benar2 dapat dirasai dengan mudah. Kita tidak diajak untuk menciptakan rasa khusyu tetapi kita akan memasuki dan menerima rasa khusyu tersebut. Kita hanya boleh merasakannya bukanlah menciptakan rasa khusyu tersebut.

Sebagaimana kita pernah mengalami rasa cinta terhadap seorang kekasih, kita tidak pernah menciptakan rasa cinta tersebut, tetapi kita hanya menerima rasa kecintaan tersebut. Mungkin agak sukar untuk di ceritakan keadaannya bagi orang2 yang tidak pernah mengalaminya.
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyu dalam shalatnya” QS Al-Mu’minuun : 1-2
Perhatikan tiga kata dalam ayat di atas Iman, Khusyu dan Shalat:
Iman: Hanya orang2 yang beriman yang merindukan ibadah shalat.
“(iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya.” QS Al Baqarah : 46

Shalat: Hakikatnya adalah zikir.
“Sungguh Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.: QS Thaahaa : 14

Khusyu: Adalah buah dari iman kepada-Nya:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga mengerti apa yang kamu ucapkan.” QS An Nisa : 43
HR Bukhari dan Muslim:
“Sesungguhnya Anas ra pernah berkata: Sungguh aku tidak kuasa shalat dengan kamu sebagaimana aku pernah melihat Rasulullah saw shalat dengan kami, iaitu apabila mengangkat kepalanya dari ruku, beliau berdiri tegak sehingga orang-orang menduga bahawa beliau lupa, dan apabila mengangkat kepalanya dari sujud, beliau diam sehingga orang-orang menduga bahawa beliau lupa.”
HR Bukhari, Muslim dan Ahmad:
Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Nabi saw pernah masuk masjid. Nabi saw bersabda: “Apabila kamu berdiri shalat bertakbirlah, lalu bacalah ayat yang mudah bagimu, kemudian rukuklah sehingga tumaninah dalam rukuk, kemudian bangkitlah sehingga iktidal dalam keadaaan berdiri, kemudian sujudlah sehingga tumaninah dalam keadaan sujud, kemudian bangkitlah sehingga tumaninah dalam keaddan duduk, kemudian sujudlah sehingga tumaninah dalam keadaan sujud, kemudian berbuatlah demikian dalam semua shalatmu.”

Pelatihan shalat khusyu juga disediakan dalam bentuk vcd, untuk memudahkan lagi penghayatan berkenaan dengan latihan shalat. Akhir kata ianya sebuah kitab yang baik.

13 November 2008

Dahsyatnya Kesabaran Para Ulama


Dahsyatnya Kesabaran Para Ulama
Oleh: Syaikh Abdul Fattah
Asal kitab: Shafahat min shabril ulama
Keluaran: Zamzam
Halaman: 224 mukasurat

Salam

Memaparkan kehidupan secara ringkas para-para ulama dan nenek moyang kita yang terdahulu. Darinya kita mengetahui bagaimana kehidupan kebanyakan dari mereka. Kemiskinan adalah pakaian mereka. Kelaparan adalah selimut mereka. Mereka biasa menjamah makanan yang keras dan serba kekurangan, kerana mereka memang orang miskin dan tidak berpunya. Namunpun begitu, mereka tetap menunjukkan sikap merasa cukup (qana’ah) dan tidak memerlukan uluran tangan orang lain. Mereka sangat2 bersabar, sehingga kesabaran itu sendiri hampir merasa bosan terhadap kesabaran mereka. Semua itu demi mendapatkan ilmu.

Di samping itu, mereka selalu menghimpunkan dalam jiwa mereka yang paling dalam keridhaan kepada Allah swt. Sehingga mereka menjadi teladan yang baik bagi para penuntut ilmu dan ahli ilmu sepeninggalan mereka. Dalam lembaran-2 ini kita disajikan dengan kisah2 pencari ilmu yang sangat sulit dan berat, yang menguji kesabaran. Yang dapat melepasinya hanyalah orang-2 yang berjiwa pahlawan, dari kalangan penuntut ilmu, yang bertekad bulat meraihnya, walaupun demi hal itu harus menghadapi berbagai rintangan.

“Kisah tentang para ulama dan kebaikan2 mereka lebih aku sukai daripada banyak masalah fiqih, sebab kisah mengandungi tata cara sebuah kehidupan.” (Imam Abu Hanifah ra)

“Seseorang tidak akan merasakan nikmatnya ilmu sebelum ia lapar dan melupakan rasa laparnya.” (Imam Dzahabi ra)

Semoga aku bertemu dengan orang yang bertemu dengan Nabi saw atau salah seorang sahabat Nabi saw.” (Amir bin Syarahil Al-Kufi Al-Hamdani ra)

Imam Asy-Sya’bi ra pernah ditanya dari manakah beliau mendapatkan semua ilmu ini.?
Dia menjawab: “Dengan tidak berpeluk tubuh, selalu berjalan dibumi, selalu bersabar seperti kesabaran benda mati dan selalu berangkat di awal waktu seperti berangkatnya seekor burung gagak.”


Ana nukilkan salah sebuah kisahnya..
Imam Bukhari ra Sering Terjaga dari Tidurnya Utk Menulis Ilmu.
Dari Al-Hafizh Ibnu katsir berkata di dalam kitabnya Al-Bidayah wan Nihayah, Jilid XI:25, tentang biografi Imam Bukhari ra, pemuka kaum beriman dalam bidang hadis. “Dia melakukan perjalanan kepada guru2 hadis di kota2 yang memungkinkan baginya untuk mendapatkannya. Dia menulis hadis dari seribu orang Guru.

“Imam Bukhari ra pernah bangun dari tidurnya di suatu malam. Dia pun menyalakan lampu dan mencatat ilmu yang terlintas di benaknya, lalu ia mematikan lampu kembali. Kemudian, ia bangun lagi dan melakukan hal yang sama. Demikianlah, sampai hal itu terjadi lebih kurang dua puluh kali.

Kitab ini dibahagikan kepada 6 bab besar:
1.Saat menempuh perjalanan jauh untuk mencari ilmu
2.Saat tidur tak teratur dan jiwa enggan bersantai-santai
3.Mereka bersabar menghadapi kerasnya hidup dan pedihnya kemiskinan
4.Betapa pedihnya menahan lapar dan haus
5.Saat kehabisan bekalan dan tak memiliki pakaian
6.Mereka kehilangan kitab dan kadang terpaksa menjualnya

Akhir kata sebuah kitab yang sarat dengan biografi para2 ulama dalam usaha meraih ilmu

12 November 2008

Al-Ghazali: The Alchemist Of Happiness (Bahagian 2)


Al-Ghazali: The Alchemist Of Happiness

Salam..

Tema utama filem ini ialah:

“Al-Ghazali adalah ubat kepada dunia yang sedang tenat pada hari ini”

Menemu bual tiga tokoh penting Islam di Barat iaitu Hamza Yusuf, T.J. Winter (Abdul Hakim Murad) dan Seyyed Hossein Nasr.

Citernya bleh d/load menggunakan torrent:
http://www.muslimtorrents.com/torrents-details.php?id=9

Akhir kata, sebuah dokumentari yang sangat baik.. MySpace

10 November 2008

Risalah Metafizik – Jalaludin Rumi


Risalah Metafizik – Jalaludin Rumi
Oleh: Abdul Majid Haji Khatib
Keluaran: Pustaka Aman Press (PAP)
Halaman: 55 mukasurat

Salam

Jalaluddin Rumi merupakan seorang sufi agung Islam. Karangan masyhurnya adalah “Mathnawi”. Pendapatnya menjurus kepada hakikat bagi segala hakikat iaitu Allah swt.

Cinta itu satu rahsia hidup dalam alam nyata. Cinta adalah satu perasaan yang dialami. Betul kata orang cinta itu buta. Orang yang bercinta tidak peduli apa-apa. Akal mencari apa yang memberi kebaikan dan keuntungan, tetapi cinta tidak peduli untung atau rugi, baik atau buruk akibatnya. Oleh itu akal dan cinta adalah berlawanan. Akal perlu memikirkan faedah tetapi cinta tidak peduli faedah.

Cinta inginkan sesuatu yang indah dan cantik. Yang maha Indah dan yang sempurna keindahannya ialah Allah swt. Keindahan alam adalah kurniaan Allah dan tidak pula kekal. Tetapi keindahan Allah adalah keindahan yang kekal abadi. Oleh itu cinta kita janganlah hendaknya terhenti kepada cinta akan alam sahaja, tetapi teruskanlah ke sumber atau asal segala cinta iaitu Allah Yang Maha Indah.
Jika tidak ada musuh, tidaklah terbayang soal jihad.
Jika tidak ada nafsu, tidaklah ada soal taat kepada perintah Allah.
Apabila tidak ada kehendak, tidaklah ada perkara menahan diri.
Jika tidak ada musuh, tidaklah perlu kekuatan.

Pada zahirnya,
dahan itu adalah sumber buah,
tetapi pada hakikatnya dahan itu diadakan demi untuk keperluan buah.
Jika tidaklah kerana hendakkan buah,
tidaklah petani menanam pokok itu.
Oleh yang demikian,
pada hakikatnya pokok itu berasal dari buah,
meskipun pada pandangan zahir,
buah itu berasal dari pokok.

Kitab ini mengandungi 9 bab kesemuanya. Akhir kata sebuah kitab baik dan penuh makna.

07 November 2008

Laila Majnun


Laila Majnun
Oleh: Nizami Ganjavi
Keluaran: Babu Hikmah
Halaman: 255 mukasurat

Salam
Di tulis oleh seorang sufi Persia iaitu Hakim Nizami Ganjavi. Kisah Laila Majnun adalah kisah antara Imra’il Qais dan Laila. Ini adalah kisah perjalanan seorang sufi untuk sampai kepada Tuhannya, pada proses cinta, dimana kecintaan telah membuat Majnun menanggalkan keegoannya, memandang dirinya dan penciptanya sebagai sebuah kesatuan yang tak terpisah, sehingga mencapai tahap peniadaan diri.
Kita dihadapkan pada perjuangan yang bukan saja menembus batas harga diri, tetapi juga mengorbankan darah dan nyawa dari orang-orang yang berpihak. Perjalanan Majnun mencintai Laila, perasaan Laila terhadap Majnun, syair2 yang berada diantara mereka, pilihan hidup mereka yang mempengaruhi orang2 di sekitar mereka, secara keseluruhan menggambarkan berbagai sisi kehidupan.
Bukankah suatu kegilaan bila kita terbakar selamanya dalam nyalaan api. ?
Bukankah suatu kegilaan jika tidak makan dan tidur sedikitpun. ?
Semakin ubat dicari semakin parah sakitnya..
Begitu dekat, namun terasa begitu jauh..
Hanya kata “Laila” yang sangat berarti. Ketika orang membicarakan hal lain, ia akan menutup telinganya dan mengunci mulutnya.
Katakan padanya: “Orang yang telah mengorbankan segalanya untuk-Mu menyampaikan salam dari jauh. Titipkan sehembus nafas-Mu melalui sang angin untuk memberitahu dia bahawa engkau masih memikirkannya.
Oh lilin jiwaku jangan kau siksa diri ku, ketika aku mengelilingimu, kau telah memikatku, kau telah merampas tidurku, akalku juga tubuhku.
Laila adalah cahaya fajar, Majnun adalah sebatang lilin
Laila adalah keindahan, Majnun adalah kerinduan
Laila menabur benih cinta, Majnun menyiraminya dengan air mata
Laila memegang cawan anggur cinta, Majnun berdiri mabuk oleh aromanya
Aku bagaikan orang yang kehausan, kau pimpin aku menuju sungai Eufrat, lalu sebelum sempat aku minum, kau menarikku dan kembali ke kawasan panas membara, padang pasir yang tandus !..
Kau mengajakku ke meja jamuan, tapi tidak pernah mempersilakanku makan ! mengapa kau menampakkannya kepadaku di awal, jika tidak pernah berniat untuk membiarkan aku memiliki hartaku.?”
Aku melihat matanya dalam matamu, lebih hitam dari kegelapan.
Namun bayangannya tidak akan kembali oleh hanya kesamaan.
Kerana apa yang telah hilang dariku tidak akan digantikan.
Dan yang
tersisa hanyalah kenangan yang menyakitkan.”
Setiap hembusan angin membawa harumanmu untukku.
Setiap kicauan burung mendendangkan namamu untukku.
Setiap mimpi yang hadir membawa wajahmu untukku.
Aku milikmu, aku milikmu, jauh maupun dekat.
Dukamu adalah dukaku, seluruhnya milikku, di manapun ia tertambat.
Di alam ini semua hal ditakdirkan untuk binasa, tidak ada yang abadi. Namun, jika Anda “mati” sebelum Anda mati, berpaling dari dunia dan kemunafikan wajahnya, Anda akan meraih keselamatan dalam kehidupan yang abadi. Terserah pada Anda: Anda adalah penentu bagi takdir Anda sendiri. Pada akhirnya kebaikan akan bersatu dengan kebaikan dan keburukan dengan keburukan. Ketika rahasia Anda diteriakkan dari puncak gunung dan gaungnya kembali, Anda akan mengenali suara itu sebagai suara Anda sendiri..
Jalan kita berbeza dan tidak akan pernah bertemu..
Kau adalah sahabat bagi dirimu sendiri.
Diriku adalah musuh terbesarku.
Apakah kau fikir akulah yang kau lihat dihadapamu ?.
Kau membayangkan bahawa kau melihatku,
tapi dalam kenyataannya aku tidak ada lagi.
Aku telah tiada dan hanya yang dicintai yang kini tersisa.
Akhirnya seorang sufi bermimpi melihat Majnun berada di samping Tuhan, dan Tuhan membelai-belai kepala Majnun dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Majnun disuruh duduk di samping Tuhan, lalu Tuhan berkata: “Tidakkah engkau malu memanggil Aku dengan nama Laila setelah kau teguk anggur cinta-Ku? “ sufi itu terbangun dalam keadaan cemas, Ia melihat posisi Majnun, tetapi di manakah Laila.. ? Tuhan mengilhamkan dalam hatinya, bahwa posisi Laila lebih tinggi lagi, karena Laila menyembunyikan kisah cinta dalam hatinya.
Akhir kata sebuah kitab yang sangat menarik, perlu bersabar dalam membacanya..

06 November 2008

Kisah Imam Syafie ra


Kisah Imam Syafie ra – Dalam Pencarian Ilmu
Kitab Asal: In Quest Of Knowledge
Terjemahan: Zahariman Bin Mohd Noor Ariffin
Keluaran: Pustaka Aman Press (PAP)
Halaman: 83 mukasurat

Salam

Imam Syafie ra adalah salah seorang murid kesayangan Imam Malik ra. Setelah lama berpisah dengan gurunya, Imam Syafie ra amat merindui untuk berjumpa dengan gurunya. Imam Syafie ra sungguh bernasib baik kerana telah bertemu dengan seorang yang baru balik daripada Madinah, lalu sayapun (Imam Syafie ra) bertanya kepadanya berkenaan dengan Imam Malik ra, katanya “Imam Malik ra sekarang ini sihat sejahtera dan hidup dalam keadaan yang mewah. Allah swt telah menghujani dengan berkat dan rahmat keatasnya dan memberinya dengan harta kekayaan yang banyak.”

Kata-2 ini menambahkan lagi keinginan saya untuk bertemu dengan Imam Malik ra, lalu saya berangkat dari Iraq menuju ke tempat Imam Malik ra mengajar iaitu di Madinah.

Imam Malik ra menatap wajahku untuk beberapa ketika kemudian berkata: “Apakah kamu ini Muhammad Idris Syafie ra.?”

Saya menjawab dengan suara yang rendah: “Ya tuan, saya bukanlah orang lain selain dari Syafie ra, budakmu yang hina dina.”

Kemudian dia telah menyambut tanganku dan dengan penuh kasih sayang dan kemesraan telah membawa saya ke rumahnya.

Saya merasa amat terperanjat sekali apabila dia membawa saya ke satu mahligai lalu saya bertanya kepadanya, “Apakah yang telah berlaku kepada teratak kecil yang tuan miliki semasa saya berada di sini dulu.?”
Dia berkata bahawa kami sedang berdiri betul-2 di atas tapaknya kerana rumah ini dibina di atas tapaknya. Dengan itu saya telah menitiskan air mata. Apabila melihat keadaan ini hatinya juga tersentuh.

Kenapa kamu menangis, wahai Syafie ra? Apakah kamu fikirkan bahawa saya telah menjadi pemburu dunia dan telah mengorbankan akhirat dengan yang ini.

“Kebimbangan itulah,“ jawab saya, ”yang telah membuatkan hati saya ini risau dan selalu meracau-racau.”

“Kamu sesungguhnya adalah seorang rakan yang benar-2 ikhlas,” kata Imam Malik ra.. Apa yang kamu saksikan ini adalah dari berkat dan kurniaan Allah swt. Kesemua ini adalah merupakan hadiah-2 yang datang dari mereka yang setia dalam pelajaran di Khurasan, Mesir dan lain-2 tempat. Dan kamu tahu Rasulullah saw, tidak pernah menolak apa-2 hadiah pun, dan dengan itu mengikuti sunnahnya, saya tidak menolak apa-apa hadiah.”

Keesokan harinya Imam Malik ra memegang tangan saya sambil berjalan seperti dua orang kawan karib, semasa saya melihat kuda-kudanya yang cantik, saya lalu berkata: “Cantik sungguh kuda-2 ini ! sungguh saya katakan saya tidak pernah melihat kuda secantik ini.”

Lalu Imam Malik ra berkata: “Itu semua pun adalah milik kamu.”

Imam Syafie ra lalu berkata: “Tidak, itu tidak mungkin, kamu memberikan kesemuanya kepada saya dan tidak meninggalkan sedikitpun untuk kegunaan kamu sendiri.”

Kata Imam Malik ra: "Wahai Syafie ra, ianya akan mengakibatkan keaiban yang besar kepada diriku di hadapan Allah swt jika saya menunggang kuda-kuda ini di mana kuda ini berjalan dengan menghentakkan kaki-kakinya di atas bumi di mana tempat berehatnya Rasul kesayangan saw."

Kitab ini dibahagikan kepada 7 bab kesemuanya. Akhir kata sebuah kitab yang baik walaupun ringkas.

04 November 2008

Mutiara Hikmah

Mutiara Hikmah dan Azimat Para Salafusoleh
Oleh: Suci Ilham
Keluaran: JahaBersa
Halaman: 107 Mukasurat

Salam

Menghimpunkan ratusan kata-2 hikmah dan azimat dari para Salafusoleh, dengan harapan agar kita lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh lagi dalam beramal dengan ajaran Islam hingga datang rahmat Allah swt ke atas kehidupan kita di alam fana ini.

Mutiara dari Abu Bakar Ash Shiddiq ra:
“Semenjak aku memeluk Islam, belum pernah ku kenyangkan perut ku, demi dapat merasakan segarnya beribadah dan belum pernah pula aku puas minum, kerana sangat rindunya aku kepada Ilahi.

Mutiara dari Umar Bin Khatab ra:
“Apabila engkau lihat seseorang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah dia mengenai agamanya ! kerana tiap orang yang mencintai sesuatu akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu.”

Mutiara dari Ali Bin Abi Thalib ra:
Kumpullah enam perkara ini nescaya ia tidak akan meninggalkan usaha mencari syurga dan lari dari neraka.
Ia Mengenal Allah lalu Mentaati-Nya
Ia Mengenal Syaitan lalu Menderhakainya
Ia Mengenal Kebenaran lalu Mengikutinya
Ia Mengenal Yang Batil lalu Menjaga Diri Daripadanya
Ia Mengenal Dunia lalu Menolaknya
Ia Mengenal Akhirat lalu Mencarinya
Takwa adalah takut kepada Allah,
Mengamalkan isi kitab Allah,
Merasa cukup dengan pemberian Allah (Qana’ah) dan
Bersiap menjelang hari berbangkat menuju Allah

Mutiara dari Ibnu Mas’ub ra:
Sebaik-baik Kaya ialah Kaya Hati
Sebaik-baik Bekal ialah Takwa
Seburuk-buruk Buta ialah Buta Hati
Sebesar-besar Dosa ialah Berdusta

Bukanlah ilmu itu kemahiran bercerita, tetapi ilmu itu menimbulkan takwa kepada Allah.

03 November 2008

Indahnya Cinta


Indahnya Cinta – Kisah-kisah kekasih Allah
Oleh: Ezee Rahmani
Keluaran: PTS
Halaman: 166 mukasurat

Salam

Sebuah buku yang menghimpunkan 43 kisah benar kekasih Allah. Pernikahan Agung di saksikan oleh para malaikat dan bidadari syurga.
"Indahnya cinta apabila saling memadu kasih kerana Allah, bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah."

Tiap satu kisah yang ana baca, ana terfikir nie kisah sapa yer dan yang nie lak kisah sapa lak.. dari kisah-2 nie ana nukilkan satu ringkasan kisah darinya yang bertajuk Ucapan Istimewa..

Lihatlah Julaibib ra itu. Dia tidur di mana-2 sahaja apabila penat, kata salah seorang sahabat Rasulullah saw apabila terpandang Julaibib ra berbaring di masjid. “Tidak kira di mana-2 sahaja.” Bangunan masjid di zaman Rasulullah saw hanyalah beratapkan daun-2 tamar dengan batangnya sebagai tiang dan tanah pasir sebagai lantainya.

Kita semua tahu dia sebatang kara, kata seorang sahabat yang lain pula. Mereka terus memerhatikan keadaan Julaibib ra yang serba kekurangan. Pakaiannya yang lusuh dan kakinya yang tidak pernah dilihat berselipar. Dia makan apa sahaja dengan hasil upah yang diperolehinya. Apabila dahaga, dia meneguk air dari kolam yang disinggahinya dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya.

Apabila selesai urusan hariannya, Julaibib menghabiskan masa di masjid, dia berzikir, membaca kitab Al Quran dan sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali waktu sembahyang. Begitu juga apabila di medan perang. Dia juga turut maju menentang musuh Allah di barisan hadapan tanpa gentar di hati.

Pada suatu hari, Rasulullah saw terpandang Julaibib ra lalu bertanya, “Tidakkah saudara mahu berkahwin ?”

“Siapalah yang mahu mengahwinkan anak gadisnya dengan saya,“ jawab Julaibib ra dengan nada sayu.

Rasulullah saw mendekati Julaibib ra. “Pergilah ke rumah si polan, seorang sahabat Ansar dan katakan kepadanya, Rasulullah saw menyampaikan salam untuknya dan memintanya mengahwinkan anak gadisnya dengan saudara.”

Julaibib ra. Segera beredar ke rumah yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. Dia memperkenalkan dirinya kepada tuan rumah. “Saya menyampaikan salam Rasulullah saw kepada tuan. Rasulullah saw meminta supaya tuan mengahwinkan anak gadis tuan dengan saya.”

Sahabat Ansar itu terkejut dan cuba bertenang. “ Selawat dan salam untuk Rasulullah saw. Bagaimanakah saya boleh mengahwinkan anak gadis saya dengan saudara sedangkan saudara tidak mempunyai apa-apa ?”.

Perbualan itu turut didengari oleh anak gadis mereka. “Adakah ibu dan ayah menolak permintaan Rasulullah saw. ? Beliau telah menghantar seorang calon suami yang sudah tentu akan memberi kebahagian dunia dan akhirat pada saya,” kata anak gadis itu dengan penuh yakin.

Lalu, berkahwinlah Julaibib ra dengan gadis Ansar yang dipilih Rasulullah saw. Majlis perkahwinan yang penuh berkat itu berlangsung dengan meriah. Tidak lama kemudian, datang seruang perang. Julaibib ra tidak mahu melepaskan peluang. Cita-cita bagi mendapat syahid tetap tidak berubah walaupun sudah berkahwin.

Pertempuran itu telah memberi kemenangan kepada tentera Islam. Jasad tentera Islam yang terkorban dikira dan dicatatkan nama mereka seorang demi seorang. Rasulullah saw turut hadir dalam memeriksa jasad-jasad yang terkorban. Dalam senarai nama mereka yang terkorban, tidak ada nama Julaibib ra. Rasulullah saw meneliti jasad-jasad yang terbujur kaku sekali lagi sehingga beliau terlihat sekujur jasad yang bersalut debu lalu mendekatinya.

“Saya kehilangan Julaibib ra,” kata Rasulullah saw sambil membersihkan wajah yang tertutup debu. Air matanya mengalir sedang tangannya terus mengusap wajah Julaibib ra. “ Saudara membunuh tujuh orang tentera musuh dan kini saudara pula yang terbunuh.”

Sahabat-sahabat segera mendekati Rasulullah saw yang duduk di sisi Julaibib ra. Kata Rasulullah saw lagi,
“ Saudara adalah sebahagian daripada saya dan saya adalah sebahagian daripada saudara.”

Rasulullah saw mengulangi lagi kata-kata yang sama:
“ Saudara adalah sebahagian daripada saya dan saya adalah sebahagian daripada saudara.”

Rasulullah saw terus berkata lagi, mengucapkan kata-kata yang sama beberapa kali. Ucapan itu adalah hadiah istimewa buat Julaibib ra. Hadiah yang tidak ternilai harganya kepada Julaibib ra sebagai membalas kecintaannya. Tercapailah cita-cita tertinggi Julaibib ra, mati syahid di medan tempur.

Akhir kata sebuah buku yang di olah dalam bentuk santai supaya mudah dihayati.