14 Julai 2009

Jejak-jejak Wali Allah


Jejak-jejak Wali Allah
Melangkah Menuju Gerbang kewalian Bersama Syeikh Abu Hasan Al-Syadzili ra
Kitab Asal: Durrat al-Asrar wa Tuhfat al-Abrar fi Aqwal wa Afál wa Ahwal wa Maqamat wa Nasb wa karamat wa Adzkar wa Da’wat Asy-Syaikh Abu al-Hasan asy-Syadzili ra
Oleh: Muhammad Ibn Abi Qasim al-Humairi.
Keluaran: Penerbit Erlangga
Halaman: 424 mukasurat

Salam

Nama lengkap al-Syadzili ra (1197M-1258M) adalah Abu Hasan al-Syadzili al-Hasani bin Abdullah Abdul Jabbar bin Tamim bin Hurmuz bin Hatim bin Qushay bin Yusuf bin Yusya’ bin Ward bin Baththal bin Ahmad bin Muhammad bin Isa bin Muhammad anak pemimpin pemuda ahli syurga dan cucu sebaik-baik manusia:Abu Muhammad Hasan bin Ali bin Abi Thalib r.a dan bin Fatimah al-Zahra’binti Rasulullah saw.

Kitab ini tidak hanya memuatkan manaqib (biografi) Imam Syadzili ra beserta karamah-karamah beliau, namun juga menghuraikan dengan indah berbagai pelajaran rohani (batin) secara lengkap di antaranya:
1. Derajat kewalian dan langkah-langkah untuk mencapainya.
2. Mutiara Ma'rifat Imam Syadzili ra
3. Wirid, untaian doa dan zikir
4. Hizib-hizib Imam Syadzili ra dan cara mengamalkannya beserta faedah dan kegunaannya. Antara Hizib-Hizib adalah:
Hizib al-Fath (Hizib Pembuka) atau Hizib an-Nur (Hizib Cahaya)
Hizib Mulia dan Hizib Agung: Hizib al-Barr (Hizib Daratan)
Doa Keberkahan atau yg dikenali dgn Hizib al-Bahr (Hizib Lautan)
Hizib al-Hamd (Hizib Pujian)

Berkata Ibnu Athaillah al-Sakandari ra: “Ia tidak memasuki jalan kaum sufi sebelum mempersiapkan diri untuk berdebat tentang ilmu-ilmu zahir”.
Janganlah kalian menyebarkan ilmumu agar manusia membenarkanmu, tetapi sebarkanlah ilmumu agar Allah membenarkanmu.
Hakikat mencintai adalah memandang yang dicintai terang-terangan. Kesempurnaannya adalah kesirnaan dirimu dalam setiap saat dan waktu.

Perhatikanlah keberadaanmu, apakah kamu ada untuk dirimu dengan sesuatu atau bahkan Allah ada untukmu dengan karunia-Nya.? Begitu kamu mengetahui karunia Allah kepadamu dalam gerak-geri sesuatu dari pengetahuan dan usahamu, maka tenggelamkanlah semua itu dalam karunia Allah terhadapmu sebelum ia menenggelamkanmu.

Semoga Allah melembutkan hatimu seperti hati orang-orang pilihan, melimpahkan berkah untukmu dalam apa yang Dia berikan dan menutup akhirmu dengan kebahagian.

Akhir kata suka sgt dgn kitab nie.. MySpace

02 Julai 2009

Rindu Tanpa Akhir


Rindu Tanpa Akhir
Al-Mahabbah wa al-Syawq Wa al-Uns Wa al-Ridha
Oleh: Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ra.
Keluaran: Serambi
Halaman: 328 mukasurat

Salam

Rindu Tanpa Akhir telah membantu jutaan kaum beriman, dari masa ke semasa bagi mencapai kehidupan yang bermakna dengan mengembangkan kemampuan mereka mengelola cinta. Imam al-Ghazali ra mengupas secara menyeluruh tentang hakikat cinta, sebab-sebab mahupun tanda-tandanya, cara mencintai dan dicintai Allah, kelazatan kerinduan rohani serta bagaimana emosi yang sangat luar biasa itu dapat mengubah arah kehidupan seseorang menuju kebahagian abadi. Kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq Wa al-Uns Wa al-Ridha ini adalah bahagian keenam dalam jilid keempat kitab Ihya’ Ulumiddin.

“Wujud paling jelas dan nyata adalah Allah swt. Semestinya Dia dikenal dan diketahui lebih dahulu dibanding yang lainnya. Dia juga yang paling mudah diterima akal. Namun, kenyataan yang terjadi malah sebaliknya.”

Sayang, hanya sedikit yang mempercayai cinta kepada Allah. Bahkan, sebahagian mereka mengingkari kemungkinan keberadaannya. Dalam pandangan mereka, cinta kepada Allah tidak lain adalah upaya sungguh-sungguh dan terus menerus untuk taat kepada-Nya. Mereka lupa, cinta yang hakiki mustahil terjadi tanpa bentuk dan peragaan.

Cinta kepada Allah dan Rasulullah saw itu wajib bagi setiap insan.
Bagaimana mungkin akan diwajibkan kalau pada kenyataannya cinta itu bukan sesuatu yang memang ada ?.
Bagaimana mungkin cinta ditafsirkan sebagai ketaatan, padahal ketaatan hanyalah buah dari cinta ?.

Allah swt mewahyukan kepada Nabi Dawud as.:
“Banyak orang mengaku cinta kepada-Ku, pada hal sebenarnya bohong belaka. Bagaimana tidaknya, ketika malam mulai kelam ia malah tidur meninggalkan Aku. Bukankah orang yang jatuh cinta ingin selalu berjumpa dengan kekasihnya ?. Inilah Aku ! Aku hadir dihadapan orang-orang yang mencari-Ku.”
“Wahai hamba-Ku, demi hakmu, Aku mencintaimu.
Dan, demi hak-Ku padamu, hendaklah kamu mencintai-Ku !”
Allah swt mewahyukan kepada Nabi Dawud as.:
“Kalau saja orang yang merenungkan Aku itu tahu, betapa Aku menunggu kedatangan mereka, betapa Aku selalu menemani mereka dan betapa Aku rindu untuk menyingkapkan kemaksiatan dari mereka, maka pastilah mereka akan mati kerana rindu bertemu Aku. Tulang belulang mereka juga pasti terpotong-potang kerana kecintaan mereka kepada-Ku. Wahai Dawud as, inilah kehendak-Ku terhadap orang-orang yang merenungkan Aku. Bayangkan bagaimana kehendak-Ku kepada orang-orang yang mengadap Aku ?. Wahai Dawud as, sesuatu yang paling aku perlukan dari seorang hamba adalah ketika ia tidak lagi memerlukan Aku ( untuk memenuhi keinginannya itu). Sesuatu yang paling aku sayangi pada hambaku adalah ketika ia merenungkan Aku. Dan, sesuatu yang paling agung bagi-Ku adalah ketika ia kembali kepada-Ku”.
Aku tinggalkan apa yang kuinginkan.
Demi apa yang Dia inginkan.
Salah seorang ahli mukasyafah yang juga pencinta pernah berkata:
”Aku menyembah Allah swt selama tiga puluh tahun, dengan amalan hati dan anggota tubuh. Aku kerahkan seluruh daya dan kekuatan dengan penuh kesungguhan, sampai aku mengira bahawa aku telah mendapatkan sesuatu di sisi Allah swt.” Setelah mengatakan itu, ia menyebutkan ketersingkapan beberapa tanda langit dalam sebuah cerita yang sangat panjang. Di akhir ceritanya itu, ia berkata, ”Kemudian sampailah aku pada sebuah saf atau barisan para malaikat yang jumlahnya sebanyak makhluk Allah seluruhnya. Aku bertanya, ’Siapakah kalian semua ?’ Mereka menjawab, ’Kami adalah para pencinta Allah Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Kami menyembah-Nya di sini sejak tiga ratus ribu tahun. Tidak ada sesuatu pun yang terlintas di hati kami selain Dia. Tidak ada yang kami sebut-sebut kecuali Dia semata.’ Mendengarkan itu, akupun berkata dalam hati, ’Sungguh aku merasa malu dengan amal-amalku. Lalu aku serahkan saja semuanya kepada Zat yang berhak memberikan ancaman agar Dia meringankan aku di Jahanam.’”

Akhir kata sebuah kitab yang amat3 baik. MySpace

30 Jun 2009

Kaifiyat Mempertajam Mata Hati


Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam mengenal Allah
Syarah Matan al-Hikam Ibnu ‘Athaillah
Keluaran: Thinkers Library
Halaman: 455 mukasurat

Salam

Buku ini mengandungi beberapa nasihat dan bimbingan dalam membersihkan jiwa serta jalan-jalan yang perlu dilalui untuk sampai kepada Allah, yang menjadi amalan para ahli sufi. Masalah2 yang dibentangkan oleh penulisnya, patut menjadi perhatian oleh genarasi kini mahupun genarasi mendatang.

Berkata ibnu ’Athaillah:
”Tidak ada amal yang lebih diharapkan untuk diterima daripada amal yang samar engkau menyaksikannya, serta dianggap rendah wujudnya menurut kamu.”

Maksudnya: Amal yang diterima Allah swt adalah amal yang tidak dimengerti maknanya, maksudnya bahawa seseorang itu beramal tetapi dia sendiri tidak merasakan bahawa dia sedang beramal. Ini kerana dia merasakan bahawa apa yang dikerjakan dan diamalkannya itu tidak akan terwujud tanpa pertolongan Allah swt dan petunjuk-Nya.

Selain itu, syarat lain yang perlu dipenuhi agar amal itu diterima oleh Allah, juga orang yang beramal itu tidak bergantung kepada amalannya itu untuk mendapatkan sesuatu yang diharapkan.

Menurut kalangan ahli makrifat, tanda-tanda amal yang diterima ialah kelalaianmu dan terputusnya penglihatanmu daripada amal itu.

Berkata ibnu ’Athaillah:
Takutlah kamu daripada wujudnya kebaikan-Nya (nikmat) kepada engkau, sedangkan kamu tetap melakukan perkara-perkara yang buruk (maksiat) bersama kebaikan-kebaikan itu. Kerana semua nikmat itu akan berubah menjadi istidraj bagimu, (sebagaimana firman-Nya): ”Kelak Aku akan menariknya secara beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui”.”

Akhir kata sebuah kitab yang penuh nasihat.

24 Jun 2009

The Secret of Ikhlas


The Secret of Ikhlas
Oleh: Abu Thalib al-Makki
Keluaran: Serambi
Halaman: 270 mukasurat

Salam

Sebuah karya Abu Thalib, nama lengkapnya adalah Muhammad ibn Ali ibn ’Athiyyah al-Haritsi al-Makki, kitab ini mungkin adalah salah sebuah kitab dari tulisan2 akhir kehidupannya. Kitab lain yang ditulisnya adalah Qutub al-Qulub yang dikatakan diguna oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ra.

Ketika ditanya tentang ikhlas, al-Hashi berkata:
Amal seorang hamba tidak akan ikhlas kecuali bila ia mengikhlaskan diri. Mengikhlaskan diri adalah dengan tidak memiliki sesuatu dan tidak dimiliki sesuatu. Jika ia memiliki sesuatu, bererti ia memiliki hal lain selain-Nya. Dan jika ia dimiliki sesuatu, sesuatu itu telah menjadi sekutu-Nya dalam kepemilikan dirinya. Seorang hamba yang mengikhlaskan diri hanya untuk Allah tidak merasa memiliki sesuatu dari-Nya, tidak merasa memiliki apa yang dimiliki-Nya, dan merasa tidak dimiliki oleh siapapun selain-Nya. Ketika itulah ia sesungguhnya milik Allah.
Janganlah kalian mengharapkan dari-Ku selain Aku dan janganlah kalian menginginkan dari-Ku selain Aku.
Abu Yazid al-Busthami mengatakan:
Dahulu aku keliru. Aku mengira bahawa aku telah mengingat-Nya. Ternyata Dia telah mengingatku sebelum aku mengingat-Nya. Aku mengira bahawa aku mencari-Nya. Ternyata Dia telah mencariku sebelum aku mencari-Nya. Aku mengira bahawa aku telah mengenal-Nya. Ternyata Dia telah mengenal-ku sebelum aku mengenal-Nya. Aku mengira bahawa aku telah mencintai-Nya. Ternyata Dia telah mencintaiku sebelum aku mencintai-Nya. Aku mengira bahawa aku telah menyembah-Nya. Ternyata Dia telah menjadikan semua makhluk bumi melayaniku”.

Kitab ini dibahagikan kepada empat bahagian:
1. Rahasia Ikhlas
2. Kekuatan Niat
3. Meluruskan Akidah, Niat dan Amal
4. Sejenak bersama Abu Yazid al-Busthami

Akhir kata sebuah kitab yang penuh hikmah. MySpace

22 Jun 2009

Biarkan Dirimu Tumbuh Sempurna


Biarkan Dirimu Tumbuh Sempurna
Oleh: Syeikh Abd al-Khaliq al-Shabrawi
Keluaran: Serambi
Halaman: 169 mukasurat

Salam

Syeikh Abd al-Khaliq al-Shabrawi (1887-1947M), adalah guru besar di Universiti Al-Azhar, Kairo. Ia menjadi mursyid kepada tarikat Khalwati. Dia dikenali sebagai pengembara spiritual tanpa henti, Ia juga pernah menempuh tarikat Syadzaliyyah dan Naqsyabandiah.

Menyusuri Kota-Kota Jiwa:

Kala Aku mengembara di dunia fana ini, Allah menunjukiku jalan yang lurus. Ketika menelusuri jalan itu di antara tertidur dan terjaga, seolah2 dalam mimpi, aku tiba di sebuah kota yang sangat gelap. Kota itu sangatlah luas sehingga aku tidak dapat melihat atau memperkirakan batasnya. Kota ini dihuni oleh manusia dari beragam bangsa. Semua perbuatan buruk dari segala makhluk, semua dosa yang kuketahui maupun tidak kuketahui, mengelilingiku. Kota ini dikenali dengan Kota Ammarah (Kota Yang Angkuh).

Nun jauh di sana, di bahagian tengah kota ini, ada kota lain dengan dinding yang tinggi dan besar. Apa yang kusaksikan di sekelilingku membuatku berfikir bahawa sejak semua cahaya matahari-kebenaran tak pernah menerangi kota ini. Tidak hanya langit dan rumah2 di kota ini yang berada dalam gelap gelita, tetapi para penduduknya bagaikan kelawar, mempunyai fikiran dan hati sepekat malam.

Sebahagian dari mereka yang mengetahui perintah2 Allah swt, tentang yang halal dan haram, berupaya mengatasi hal itu dan menemukan kepuasan di dalamnya dan tidak lagi berhubungan dengan penduduk kota itu. Para penduduk kota tidak bersikap ramah terhadap mereka. Aku dengar mereka berlindung di dalam kota berdinding (Kota Lawwamah) yang ku lihat berada di bahagian tengah alam ini.

Setibanya aku digerbang Kota Lawwamah. Di depan gerbangnya tertulis “Orang yang bertobat dari dosa seperti orang yang tak pernah berbuat dosa.” Kubuka pintu gerbang dengan bertobat atas dosa2ku, dan masuk ke dalam kota itu. Kulihat penduduknya jauh lebih sedikit dibandingkan dengan Kota Kegelapan yang pernah kusinggahi. Ketika pertama kali aku tiba di Kota Lawwamah, kulihat di tengah2nya ada istana lain. Aku bertanya kepada salah seorang penduduknya yang berilmu mengenai hal itu. Dia mengatakan bahawa kota itu diberi nama Mulhimah (Kota Cinta dan Ilham). Takkala kudengar hal itu, aku sangat ingin meninggalkan kota Lawwamah, dan berlari kepintu gerbang Kota Mulhimah yang penuh barokah. Di pintunya kubaca tulisan “bab al-jannati maktub: La ilaha illa Allah.” Kubaca frasa La ilaha illa Allah dengan suara yang keras., “Tidak ada Tuhan kecuali Allah”, lalu bersujud dan memanjatkan syukur. Pada saat itulah pintu terbuka dan aku pun masuk ke dalamnya.

Kulihat mereka saling mencintai, menghormati, tolong-menolong dengan wajah sentiasa ceria. Tak ada rasa cemas dan dukacita. Aku tiba2 merasakan kedamaian dan kegembiraan di tengah2 mereka. Kulihat ada seorang tua yang tampan.wajahnya memancarkan kedewasaan dan kebijaksanaan. Aku tertarik kepadanya dan langsung mendatanginya seraya bertanya, “Wahai sahabatku, aku adalah musafir miskin dan sekaligus sakit. Aku mencari ubat utk menyembuhkan penyakit kegelapan dan kelalaianku. Adakah tabib di Kota Cinta ini yang dapat menyembuhkan diriku?”.

Orang itu terdiam utk beberapa saat. Kutanyakan namanya. Dia mengatakan kepadaku, namanya adalah Hidayah (Petunjuk). Sejak azali tak satu pun kata dusta yg keluar dari mulutku. Tugas dan kewajibanku adalah menunjukkan jalan kpd org yg benar2 ingin bersama dengan Sang Kekasih. Kepadamu kukatakan, “Engkau juga pencinta yang tulus: ‘dengarkan aku dengan telinga hatimu’. Ada empat wilayah di Kota Cinta ini yang harus kamu datangi. Keempat wilayah itu saling berhubung”. Kamu harus menuju kewilayah Mujahid (pejuang), tegas orang itu.

Kuturuti nasihat orang itu dan pergi kewilayah para pejuang. Org2 yg kutemui di sana terlihat lemah dan kurus. Mendirikan salat, taat, berpuasa dan bertafakur. Kekuatan mereka terletak pada cara hidup yang selari dgn pengetahuan mereka. Aku menjadi dekat dgn mereka, aku tinggal di wilayah para pejuang itu selama bertahun2. aku mengerjakan apa yg mereka kerjakan dan hidup spt mereka.

Siang malam aku berusaha keras dgn egoku tetapi aku masih berada dalm keadaan begitu banyak “aku” dan pertempuran antara “aku-aku”, meskipun semuanya berhadapan dengan Allah yang Esa. Hal ini, yakni penyakit syirik khafi-ku, menjadi bayang2 berat di dalam hatiku, menyembunyikan kebenaran dan membuatku tetap lalai.

Aku bertanya kepada tabib2 di wilayah itu, seraya memohon kpd mereka. Kuceritakan penyakitku kepada mereka, kemusyrikan terselubung, sikap lalai yang parah, kegelapan hati dan meminta bantuan. Mereka berkata kpdku, bahkan ditempat org2 yg berperang melawan ego mereka ini pun tidak ada ubat bg penyakitmu.

Kemudian mereka menasihatiku utk pergi menuju istana Muthmainnah (Kota Ketenangan). Dekat istana itu terletak wilayah yang disebut Munajat wa Muraqabah, mungkin di sana, kata mereka, ada seorang tabib yg dpt menyembuhkan diriku.

Ketika aku tiba di wilayah Muraqabah, kulihat para penduduknya tenang dan damai, menyebut Allah dan nama-nama-Nya yg indah. Masing2 dari mereka mempunyai anak hati yg dilahirkan. Mereka berdiri, khusyuk di hadapan Allah, diam, bersedih dan penuh rendah hati. Meskipun paras lahir mereka terlihat hancur dan rusak. Kuhabiskan waktu bertahun2 di wilayah tafakur dan perenungan ini. Aku mengerjakan apa yang mereka kerjakan, dan sesungguhnya kukira aku akhirnya sembuh dari kelalaian, kemusyrikan dan kealpaan. Tetapi, aku masih belum sembuh dari terselubung antara “aku” dan “Dia” yang tetap menjadi beban berat di dalam hatiku.

Air mataku mencurah deras. Dengan penuh takjub, aku terperosok ke dalam keadaan aneh ketika samudra kesedihan melingkupiku. Aku ingin tenggelam di lautan itu. Tak kutemui jalan lain kecuali kematian. Tetapi, aku tak dapat berbuat apa2, aku tidak memiliki kehendak, bahkan kehendak untuk mati.

Saat aku berdiri di sana tanpa daya, muncullah si guru tampan, yang pernah kujumpai pertama kali di kawasan asing, guru yang disebut Hidayah (Petunjuk). Dia menatapku dengan penuh kasih, “Wahai hamba malang yg diperbudak oleh diri sendiri di pengasingan tanah asing ini! Wahai pengembara yang jauh dari kampung halaman! Kamu tidak akan menemukan ubat penyakitmu di tempat roh ini. Tinggalkan tempat ini. Pergilah ke wilayah nun jauh di sana, di dekat gerbang istana Muthmainnah. Nama tempat itu adalah Fana. Di sana akan kau temui tabib2 yang telah pernah merasakan fana, yang mengetahui rahasia “fa-afnu tsumma afnu tsumma afnu fa-abqu tsumma abqu tsumma abqu”.

Tanpa menunggu lebih lama, aku pergi ke wilayah fana. Kulihat penduduknya bisu, tidak berkata2 , seolah2 mati, tanpa tenaga utk mengucapkan sepatah katapun. Tidak kulihat mereka melakukan apa2 kecuali salat lima waktu dalam sehari. Mereka telah kehilangan konsep tentang perbedaan antara dunia dan akhirat. Bagi mereka, derita dan bahagia tak ada bezanya. Keperluan dan hasrat telah menjadi barang asing bg mereka. Mereka bahkan telah berhenti memohon kpd Allah apa yg mereka inginkan.

Aku tinggal bersama mereka selama beberapa tahun. Kukerjakan apa yang mereka kerjakan. Aku benar2 meniru mereka, tetapi aku tidak tahu keadaan batin mereka. Oleh kerana itu, aku tidak dapat melakukan apa yg mereka lakukan di dalam batin mereka.

Bahkan, di tempat itu, ditengah2 mereka, sakitku terasa kian parah. Tetapi, ketika aku ingin menjelaskan keadaan penyakitku, aku tidak dapat menemukan tubuh atau adanya, bahkan sekadar mengatakan “Inilah tubuhku” atau “Inilah aku”. Kemudian aku tahu bahawa itulah “aku” yang telah kembali. Dalam rasa takjub, kurasakan diriku terbebas dari semua keinginanku. Aku menangis dan terus menangis dalam keterputusanku, seandainya aku memanggil-Nya, maka yang ada menjadi pencinta dan Sang kekasih. Aku tidak tahu jalan kembali.

Ratapan sedih itu memanggil malaikat ilham, untuk mengajarku dengan seizin Tuhannya, dia membacakan kepadaku dari kitab ilham ilahi yang berbunyi “Pertama, Fanakanlah perbuatanmu”. Dia berikan itu kepadaku sebagai hadiah. Ketika kuhulurkan tangan untuk menerimanya, kulihat tidak ada tangan. Ia hanya merupakan susunan tanah, air, angin dan api. Aku tidak mempunyai tangan dan aku tidak memiliki tenaga untuk berbuat...

Akhir kata suka sgt dgn kitab nie.. MySpace

29 April 2009

Pengembaraan Spiritual


Pengembaraan Spiritual
Oleh: Ibnu Rajab Al-Hanbali ra
Keluaran: Pustaka Azzam
Halaman: 133 mukasurat

Salam

Beliau adalah Al Imam Al Hafizh Zainuddin, yang kemudiannya dikenali sebagai Ibn Rajab Al-Hanbali (736 H – 795 H). Kitab besar ini membicarakan tentang hadis Nabi saw: ”Tidak masuk syurga seseorang kamu dengan amalnya. Sahabat bertanya: ”Walaupun kamu Ya Rasulullah saw ? .” Jawab Rasulullah saw: ”Walaupun saya, melainkan dengan limpah rahmat Allah swt kepadaku.” (HR Imam Al-Bukhari ra).

Pada dasarnya, bahawa amalan seseorang itu tidak menyelamatkan dirinya dari siksa api neraka dan tidak dapat pula memasukkannya ke dalam syurga. Semua itu tergantung pada ampunan dan rahmat Allah swt. Dengan demikian, dugaan orang yang mengatakan bahawa syurga adalah merupakan balasan dari amal yang telah dikerjakan, dan bahawa orang yang mengerjakan amal itu berhak masuk syurga sebagai balasan dari Allah, sebagaimana hak seseorang untuk menerima barang ketika barang itu telah dibeli dan dibayar kepada penjualnya, maka hal tersebut adalah dugaan yang lemah.

Allah berfirman: ”Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).” (QS At-Takaatsur: 8)

Rasulullah saw bersabda: ”Barangsiapa yang dihisab oleh Allah swt secara benar-benar atau terlalu terperinci sekali, maka sudah pasti akan binasalah ia.” (HR Imam Muslim ra)

Abu Sulaiman pernah menanyakan: ”Bagaimana mungkin seseorang yang berakal merasa heran dengan amalnya ?.” Kerana, amal adalah merupakan nikmat dari nikmat-nikmat Allah swt yang ada. Ia hamba hanya wajib mensyukurinya dan bersikap rendah hati. Orang yang merasa heran dengan amalnya, hanyalah orang-orang yang berasal dari faham Qadariyah yang kedudukannya mendekati faham Muktazilah.

Kitab shahih Al-Hakim dari jabir ra diceritakan dari Jibril as: ”Sesungguhnya ada seorang hamba yang menyembah Allah swt dipuncak bukit yang terletak ditengah lautan selama 500 tahun. Kemudian ia meminta kepada Rabbnya agar diterima sujudnya. Kemudian malaikat Jibril as berkata: Kami selalu melewatinya (hamba tersebut), jika kami turun atau naik ke atas. Aku (malaikat Jibril as) diberitahu oleh Allah swt bahawa pada hari kiamat nanti hamba itu akan didatangkan ke hadapan Allah swt. Kemudian Allah swt berkata: ”masuklah engkau, wahai hambaku ke dalam syurga dengan rahmat-Ku.” Akan tetapi, sang hamba itupun berkata: ”Wahai Allah swt, apakah kerana amalanku ?.” Pertanyaan itu diulang sampai tiga kali. Kemudian Allah swt berkata kepada malaikat: ”Bandingkanlah antara nikmat yang telah Aku berikan kepadanya dengan amalannya yang ia tujukan kepada-Ku.” Maka malaikat menemukan kenikmatan berupa penglihatannya sahaja yang digunakan untuk beribadah selama 500 tahun. Sedangkan sisanya tinggallah nikmat badan. Maka Allah swt berkata: Wahai hamba-Ku, masuklah engkau kedalam neraka. Kemudian ia digiring menuju neraka. Maka hamba itu berteriak-teriak dengan keras: Wahai Allah swt, dengan rahmat-Mu, masukkanlah aku kedalam syurga-Mu. Dengan rahmat-Mu masukkanlah aku kedalam syurga-Mu. Maka Allah swt memasukkannya kembali kedalam syurga. Kemudian jibril as berkata kepada Nabi Muhammad saw: Wahai Muhammad saw, segala sesuatu itu dapat terjadi berkat rahmat Allah swt.

Jika demikian halnya, maka seorang mukmin yang mencari keselamatan dari neraka dan mengharapkan syurga, yang dekat dengan Sang Pencipta serta dapat melihatnya di syurga nanti, maka ia harus menemukan sebab musabab yang dapat mengantarkan dirinya kepada rahmat, ampunan, ridha dan mahabbah (kecintaan) Allah swt.

Orang Mukmin di dunia harus berjalan menuju Rabbnya, sehingga ia sampai kepada-Nya, sebabaimana firman Allah swt: ”Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.” (QS Al Insyiqaaq: 6)

Dari Abi Hurairah ra berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda: ”Sesungguhnya orang yang pertama kali diadili di hari kiamat adalah orang yang mati syahid. Dia akan ditunjukkan pada nikmat yang telah diberikan padanya selama di dunia, kemudian ia melihatnya. Kemudian Allah bertanya: kamu gunakan untuk apa nikmat itu, ? Ia menjawab, aku berperang untuk agama-Mu kemudian aku mati syahid. Allah menyangkal, kamu bohong. Melainkan kamu berperang agar kamu dianggap sebagai pemberani. Kemudian ia diperintahkan untuk dihisab amalannya lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Kedua, adalah orang yang belajar ilmu lalu diajarkan kepada orang lain dan membaca Al Quran sewaktu di dunia. Orang ini kemudian ditunjukkan pada nikmat yang diberikan kepadanya sewaktu didunia lalu ia melihatnya. Kemudian Allah bertanya: kamu gunakan untuk apa nikmat itu. ? Ia menjawab: aku belajar ilmu lalu aku ajarkan dan saya membaca Al Quran. Allah menyangkal: kamu bohong. Melainkan kamu belajar ilmu supaya dianggap oleh orang lain sebagai orang Alim dan kamu membaca Al Quran supaya dianggap sebagai Qari’. Kemudian orang itu diperintahkan untuk dihisab lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Ketiga, adalah orang yang dilapangkan rezekinya oleh Allah dengan harta yang melimpah ruah sewaktu di dunia. Kemudian ia ditunjukkan nikmat yang diberikan kepadanya selama di dunia lalu ia melihatnya. Kemudian Allah bertanya kamu gunakan untuk apa nikmat itu ?. Lalu ia menjawab: aku tidak pernah meninggalkan suatu tempat kecuali di situ aku bersedekah kerana Engkau. Allah menyangkal: kamu bohong. Melainkan kamu berinfaq supaya kamu dikenali sebagai orang yang dermawan. Kemudian ia diperintahkan untuk dihisab, lalu dilemparkan ke dalam neraka.” (HR Imam Muslim ra)

Akhir kata sebuah kitab yang baik.

24 April 2009

Risalah-Risalah Sufi Syeikh al-Darqawi


Risalah-Risalah Sufi Syeikh al-Darqawi
Kitab Asal: Letters Of A Sufi Master
Oleh: Maula al-Arabi ad-Darqawi ra
Keluaran: Pustaka Hidayah
Halaman: 111 mukasurat

Salam

Adalah terjemahan dari risalah-risalah sufi pilihan karya Syeikh al-Arabi ad-Darqawi ra, pengasah cabang utama tarikat Syadziliyyah di Afrika Utara. Setiap risalah mengandungi hikmah kearifan yang berlimpah dan menjadi kunci utama untuk membuka pintu-pintu menuju jalan spiritual. Berdasarkan teknik-teknik penting dalam zikir, ia membahas kaedah memerangi hawa nafsu dan berbagai segi yang berpengaruh di jalan sufi. Selain itu, himpunan risalah ini dapat dipandang sebagai ajaran-ajaran langsung dari tangan pertama dalam literatur tasawuf.

Syeikh Ibn Athaillah ra berkata dalam Al-Hikam: ”Sejak engkau tahu bahawa setan tidak akan pernah melupakanmu, maka tugasmu adalah tidak melupakan Dia yang memegang ubun-ubunnya.”
Syeikh berkata: Jalan terbaik untuk menghancurkan musuh adalah bergelut dengan cinta Sang Sahabat. Disisi lain, jika kalian sibuk berperang melawan musuhmu, maka dia akan mendapatkan apa yang diinginkannya darimu dan pada saat yang sama, kalian kehilangan kesempatan untuk mencintai Sang Sahabat."

Jika kalian mengingini apa yang kalian inginkan tanpa mencarinya, maka tinggalkanlahnya dan tumpukan perhatian pada Tuhanmu. Dengan begitu kalian mendapatkannya. Insya Allah jika kalian menyerahkan seluruh keperluanmu dan hanya menyibukkan diri dengan Allah, maka Dia akan memberimu segala kebaikan yang kalian inginkan.

Dengarlah, wahai faqir, apa yang kusampaikan kepada saudaraku: ”Setiap kali aku kehilangan sesuatu, besar ataupun kecil, aku berpaling darinya dan menatap Tuhanku dan aku mendapatkannya dihadapanku.

Kita mengetahui bahawa berbagai keperluan orang biasa dapat dipenuhi dengan mencari sendiri, sementara keperluan orang-orang terpilih akan dipenuhi oleh Allah swt.

Ketika orang lain sibuk beribadah, sibukkanlan dirimu dengan-Nya yang disembah.
Ketika mereka sibuk dengan cinta, sibukkanlah dirimu dengan Sang Kekasih.
Ketika mereka berusaha menunjukkan berbagai keajaiban, carilah ketenangan dalam doa.
Ketika mereka melipat gandakan ibadah, datangilah Allah Yang Maha Pengasih.

Akhir kata sebuah kitab yang sgt3 baik.

22 April 2009

Uqala’ al-Majanin


Pikiran-Pikiran Setengah Gila
Kitab Asal: Uqala’ al-Majanin
Oleh: Abu Qasim al-Hasan an-Naisabury ra
Keluaran: Risalah Gusti
Halaman: 232 mukasurat

Salam

Hikmah dan nilai-nilai luhur yang dalam, dapat muncul dari mana sahaja, termasuk dari orang-orang yang dipandang gila oleh masyarakat umum. Padahal ”jalan kegilaan”: yang mereka tempuh mereka sadari sepenuhnya, walaupun harus menerima risiko tersingkir dari masyarakat. ”Kegilaannya” lebih sebagai sanggahan atas ketidak sucian duniawi, sekaligus untuk menunjukkan kesendirian peribadinya hanya semata untuk Allah swt. Bahawa kecintaan dan kerinduan yang hakiki, hanya semata kepada-Nya.

Daripada cerita Hasan al-Bashri ra, Qatadah ra berkata, Rasulullah saw bersabda, ”Berkat syafaat seorang umatku, akan masuk syurga orang-orang yang jumlahnya lebih ramai dari bani Rabi’ah dan bani Mudhar. Tidakkah kalian ingin aku sebutkan nama orang itu kepada kalian?.”
Mereka menjawab, ”Benar, wahai Rasulullah saw!.”
Beliau menjawab, ”Ia adalah Uwais al-Qarani !” Selanjutnya bersabda, ”Wahai Umar, bila engkau menemuinya, sampaikanlah salamku kepadanya dan katakan kepadanya, sampai ia mendoakanmu. Ketahuilah, ia mempunyai cahaya, kemudian ia berdoa kepada Allah, lalu cahaya itu dihilangkan. Lalu ia berdoa kepada Allah, cahaya itu dikembalikan sebagaian kepadanya.”

Haram bin Hayyan berkata, ”Aku mengunjungi kota Kufah tanpa maksud apa pun selain mencari Uwais al-Qarani ra. Aku pun mencari dan bertanya-tanya, sampai menemuinya ia sedang duduk di tepian sungai Eufrat membasuh tangan dan kakinya. Ia mengenakan pakaian dari wol dan sarung dari bahan yang sama, dengan wajah sendu, tatapan kosong, kulitnya sawa matang, dan janggut yang tebal.

Aku mengucapkan salam dan ia pun menjawabnya seraya berkata, ”Semoga Allah swt merahmatimu, lebih dari yang lain !”. Aku segera menghulurkan tangan untuk berjabat dengannya, tapi ia menolak bersalaman denganku. Aku berkata, ”Semoga Allah swt juga merahmatimu !. Bagaimana keadaanmu, wahai Uwais ? Semoga Allah mengasihimu!”.

Kesedihan memicu dan menyelubungiku, kerana kasih sayangku kepadanya saat aku melihat keadaannya, hingga membuatku menangis dan ia pun menangis. Ia lalu berkata, ”Semoga Allah mengasihimu, wahai Haram bin Hayyan !. Bagaimana keadaanmu, wahai saudaraku ? Siapa yang menunjukkanmu kepadaku ?” . Aku menjawab, ”Allah swt !” Ia pun menyahut, ”Tidak ada Tuhan selain Allah. Maha Suci Tuhan Kami. Sesungguhnya janji Tuhan kami pasti terlaksana.”

Aku pun menjadi kagum dan heran saat ia menyebut namaku dan mengenaliku, padahal - Demi Allah – aku belum pernah melihatnya dan ia pun belum pernah melihatku sama sekali. Aku bertanya, ”Dari mana engkau mengenalku, tahu namaku dan nama ayahku ?. Padahal – Demi Allah – aku belum pernah melihatmu sebelum hari ini ?.” Ia menjawab, ”Tuhan Maha Tahu dan Maha Bijaksana menceritakan kepadaku. Jiwaku mengenal jiwamu, saat diriku berbicara kepadamu. Sesungguhnya arwah mempunyai jiwa sebagaimana jiwa orang-orang hidup. Sesungguhnya orang Mukmin akan mengenal satu sama lain dan saling mengasihi dengan ruh Allah swt, meskipun mereka belum pernah saling bertemu, mengenal atau berbicara dan sekalipun mereka mempunyai rumah dan tempat tinggal yang terpisah.” Aku meminta kepadanya, ”Tolong ceritakan kepadaku sebuah hadis dari Rasulullah saw yang akan ku pelihara darimu !.” Ia menjawab, ”Sesungguhnya aku bertemu Rasulullah saw sementara aku tidak pernah bersama dengan beliau, akan tetapi aku bersahabat dengan beberapa orang yang melihatnya, dan sampai pula kepadaku seperti sebahagian hal yang sampai kepada kalian semua. Aku tidak ingin membuka pintu (rahsia) ini !”.

Uwais segera memberi alasan. Aku berkata, ”Bacakan untukku ayat-ayat dari Kitabullah dan berikan sebuah pesan yang akan ku ingat selalu !.” Ia pun berdiri dan memegang tanganku lalu berkata, ”(Aku berlindung kepada Allah dari godaan setan yang direjam. Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang).” Tiba-tiba ia berteriak histeria lalu menangis. Ia melanjutkan. ”Tuhanku berfirman, dan sebenar-benar ucapan adalah firman Tuhanku, sebenar-benar ucapan adalah ucapan Tuhanku, dan sebaik-baik Kalam adalah Kalam-Nya: ”Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dengan bermain-main.” (Ad Dukhaan: 38). Ia membacanya sampai pada ayat yang berbunyi, ”Sesungguhnya Dia Maha Tahu lagi Maha Pengasih.” Ia berteriak sekali lagi lalu diam. Aku pun melihatnya, sementara aku mengira ia telah pengsan. Kemudian ia berkata, ”Wahai Harun bin Hayyan ! Ayahmu meninggal dan ia menyampaikan khabar gembira kepadamu bila engkau meninggal, mungkin ke syurga dan mungkin pula ke neraka. Wafatlah kedua nenek moyangmu Adam as dan Hawa as, wafatlah Nuh as, wafatlah Ibrahim kekasih Allah. Wahai Ibnu Hayyan, wafatlah Musa Kalam Allah. Wahai Ibnu Hayyan, wafatlah Daud as. Wahai Ibnu Hayyan, wafatlah Muhammad Rasulullah saw. Wahai Ibnu Hayyan, wafatlah Abu Bakar ra, khalifah kaum Muslimin. Dan wafatlah saudara, teman dan tamuku Umar Ibnu Khaththab ra.” Kemudian ia berseru, ”Wahai Umar ku. Semoga Allah mengasihi Umar !.” Sementara saat itu Umar ra masih hidup.

Haram berkata, ”Lalu ku katakan bahawa Umar ra belum wafat. Ia menjawab. ”Umar ra telah dipanggil mengadap kepada Tuhanmu !. Bila Engkau dapat memahami, telah tahu apa yang ku katakan. Sementara diriku dan dirimu berada di desa ini.” Uwais ra lalu membaca shalawat kepada Rasulullah saw dan beberapa doa secara perlahan, kemudian berkata, Inilah pesanku: Wahai Ibnul Hayyan, berpeganglah kepada Kitabullah dan ulama-ulama saleh. Aku meratapimu, dengan diriku dan dirimu. Maka tetaplah ingat kepada Allah swt dan kematian. Janganlah hatimu melupakannya walaupun sekejap mata pun. Berikanlah nasihat kepada pemeluk agamamu, semuanya. Waspadalah, jangan sampai engkau tinggalkan agama, sementara dirimu tidak menyadarinya dan kemudian masuk neraka !”

Kemudian ia melanjutkan, ”Wahai Tuhanku, orang ini beranggapan bahawa ia mencintaiku demi Engkau dan mengunjungiku demi Diri-Mu. Ya Allah, kenalkanlah wajahnya kepadaku di syurga. Jagalah ia di dunia, sebagaimana mestinya. Redhalah ia dengan harta secara mudah !. Apa pun yang Engkau berikan kepadanya dari dunia, mudahkanlah baginya dan jadikanlah ia dari kenikmatan yang Engkau berikan kepadanya sebagai orang-orang yang bersyukur. Balaslah ia atas amalnya keranaku dengan sebaik-baik balasan. Wahai Haram bin Hayyan, aku titipkan engkau kepada Allah swt. Salam dan rahmat-Nya bagimu. Aku tidak akan melihatmu setelah hari ini, kerana aku tidak suka kemasyhuran dan lebih suka menyendiri. Janganlah engkau mencariku !. Ketahuilah, engkau selalu di hatiku, meski aku tidak melihatmu atau engkau tidak melihatku. Ingatlah aku dan doakanlah, kerana aku akan selalu mengingati dan mendoakanmu, bila Allah swt menghendakinya.”

Akhir kata sebuah kitab yang jenial.

13 April 2009

Terapi Spiritual


Peringatan Bagi Mereka Yang Terpedaya
Kitab Asal: Tanbih Al-Mughtarrin
Oleh: Syaikh Abdul Wahhab Asy-Syarani ra
Keluaran: Pustaka Hidayah
Halaman: 248 mukasurat

Salam

Setiap orang pasti pernah melakukan dosa. Kerana itu, sudah semestinya kita sering memohon ampun kepada Allah. setelah kita menangis bersimpuh dihadapan-Nya dan mengakui segenap dosa kita, biasanya kita beranggapan bahawa kita telah terbebas darinya dan merasa tenang dan aman dari siksa Allah. Benarkah demikian? Adakah jaminan bahawa tangisan kita telah menyentuh kasih-Nya sehingga Dia pasti mengampuni segenap dosa kita?.

Orang2 salih yang taat beribadah saja masih tidak merasa aman dari siksa Allah, apa lagi para pendosa seperti kita? Janganlah kita merasa tenang dengan amal2 salih yang tak jarang kita lakukan dengan cara yang sangat buruk, tidak memperhatikan adab2 dihadapan Allah dan belum tentu diterima oleh-Nya, sehingga kita melupakan keburukan2 kita sendiri? Janganlah kita terpedaya oleh anggapan bahawa kita sudah merasa aman dari siksa Allah berkat amal2 salih kita.

Fudhail ibn Iyadh ra berkata, ”Saat sebelum subuh, rambut para sahabat Nabi saw, biasanya nampak penuh berdebu, kerana mereka menjalani malamnya dengan sujud dan berdiri (Shalat sepanjang malam). Jika mengingat Allah swt, tubuh mereka bergoyang bagai pohon dihari berangin kencang. Air mata mereka mengalir hingga membasahi baju, bahkan nampak seperti sisa air wudhu. Namun, saat waktu subuh hampir tiba,mereka segera meminyaki wajah dan mencelak mata mereka, sehingga nampak seperti penidur lalai yang baru bangun dari tidurnya sepanjang malam.”

Imam Abu Bakr Ash Shiddiq ra. Berkata, ”Barangsiapa mampu menangis, menangislah!. Dan yang tidak mampu, berusahalah menangis!”.

Setiap malam, seorang putri tetangga Manshur ibn Al-Mutamar ra selalu melihat Manshur berdiri di atap rumahnya. Hanya saja, si puteri tetangga ini mengira Manshur sebagai tiang, kerana Manshur selalu lama berdiri tegak disana. Saat Manshur wafat, si puteri tetangga bertanya kepada keluarga Manshur, ”Kemana tiang yang setiap malam ku lihat berdiri tegak di atap rumah kalian?”. Mereka menjawab, ”ia telah menghadap Tuhannya Yang MahaTinggi nan MahaAgung.” Si putri tetangga bertanya heran,. ”Bagaimana boleh berlaku seperti itu?.” Mereka menjawab, ”Sebenarnya, di atap rumah kami tidak ada tiang. Yang setiap malam engkau lihat berdiri tegak di sana adalah Manshur.” Setiap kali menceritakan kisah ini, Imam Ahmad ibn Hanbal ra selalu menangis hingga janggutnya basah.

Amir Al Mukminin Umar ibn Al khaththob ra berkata, ”
Ciri engkau benar2 bertobat adalah mengakui dosa2mu.
Ciri bahawa engkau benar2 ikhlas dalam beramal adalah membuang ujubmu jauh2.
Ciri bahawa engkau benar2 bersyukur adalah mengakui kekuranganmu dalam beribadah.”

Seseorang bertanya kepada Siti Aisyah ra, ”Wahai Umm Al-Mu’minin, bila seseorang mengetahui bahawa dirinya termasuk orang yang baik?”.
Ia menjawab, ”Saat ia tahu bahawa dirinya termasuk orang yang buruk.”
Orang itu bertanya lagi, ”Bila seseorang mengetahui bahawa dirinya termasuk orang yang buruk?”
Ia menjawab, ”Saat ia menganggap dirinya sebagai orang baik.”
Hasan Al-Bashri ra berkata, "kepada orang2 yang bersungguh dalam ibadah, ”Demi Allah! Jika dibandingkan dengan para salaf, kesungguhan kalian dalam beribadah bagaikan main2."

Akhir kata sebuah kitab yang sukar untuk dilepaskan.

10 April 2009

Tanyalah Aku Sebelum Kau Kehilangan Aku


Tanyalah Aku Sebelum Kau Kehilangan Aku
(Himpunan Kata2 Mutiara Sayyidina Ali bin Abi Thalib k.w)
Di Himpunkan Oleh: Syaikh Fadhullah Al-Hairi.
Teks Arab turut disertakan.
Keluaran: Pustaka Hidayah
Halaman: 169 mukasurat

Salam

Amirul Mukminin Ali kw adalah orang yang paling dekat dengan Rasulullah saw, sebagaimana dikatakan oleh Rasulullah saw:
” Kedudukan Ali kw disisiku seperti diriku, ketaatan kepadanya sama dengan ketaatan kepadaku, dan kemaksiatan kepadanya sama dengan kemaksiat kepadaku”
Sayyidina Ali kw. Berkata:
”Wahai manusia, bertanyalah kepadaku sebelum kalian kehilangan aku. Sesungguhnya aku ini lebih mengerti jalan-jalan langit daripada jalan-jalan bumi. Bahkan, aku mengetahui sebelum bencana itu terjadi dan menghempaskan impian-impian umat ini”.
Ilmu adalah sebaik-baik perbendaharaan dan yang paling indah. Ia ringan dibawa, namun besar manfaatnya. Ditengah-tengah orang banyak ianya indah, sedangkan dalam kesendirian ianya menghiburkan.

Umur itu terlalu pendek untuk mempelajari segala hal yang baik untuk dipelajari. Akan tetapi, pelajarilah ilmu yang paling penting, kemudian yang penting, dan begitulah seterusnya secara berurutan.

Janganlah kalian memaksakan anak-anakmu sesuai dengan pendidikanmu, kerana sesungguhnya mereka diciptakan untuk zaman yang bukan zaman kalian.
Pokok agama adalah makrifat (kenal) tentang Allah swt.
Kesempurnaan makrifat tentang-Nya adalah tashdiq (membenarkan) terhadap-Nya.
Kesempurnaan tashdiq terhadap-Nya adalah dengan tauhid kepada-Nya.
Kesempurnaan tauhid kepada-Nya adalah dengan Ikhlas kepada-Nya.
Barangsiapa yang melekatkan suatu sifat kepada-Nya, bererti dia telah menyertakan sesuatu kepada-Nya.
Dan barangsiapa yang menyertakan sesuatu dengan-Nya, maka dia telah menduakan-Nya.
Barangsiapa yang menduakan-Nya, maka dia telah memilah-milahkan (Zat)-Nya.
Barangsiapa yang memilah-milahkan-Nya, maka sesungguhnya dia tidak mengenal-Nya.
Barangsiapa yang tidak mengenal-Nya, maka dia akan melakukan penunjukan kepada-Nya.
Barangsiapa melakukan penunjukan kepada-Nya, maka dia telah membuat batasan tentang-Nya.
Dan barangsiapa yang membuat batasan tentang-Nya, Sesungguhnya dia telah menganggap-Nya berbilang.

Barangsiapa yang ingin melihat kedudukannya di sisi Allah, maka hendaklah dia melihat kedudukan Allah pada dirinya.

Sesungguhnya wali-wali Allah swt adalah mereka yang memandang batin dunia ketika orang-orang memandang lahirnya. Mereka sibuk dengan urusan akhirat ketika orang-orang disibukkan dengan urusan dunia. Mereka telah mematikan dari dunia ini kerana mereka khawatir ia akan mematikan mereka. Dan mereka meninggalkan dunia kerena mereka tahu bahawa ia akan meninggalkan mereka.

Wahai Tuhanku, sebagaimana Engkau telah menjaga wajahku dari sujud kepada selain-Mu, maka jagalah wajahku dari meminta kepada selain-Mu.

Akhir kata sebuah kitab dengan mutiara kata yang indah.

08 April 2009

Ad-Durrah an-Nafisah


Ad-Durrah an-Nafisah fi Bayan al-Wahdah fi al-Af'al wa al-Asma' wa ash-Shifat wa az-Zat al-Muqaddasah
Oleh: Syeikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari
Keluaran: Khazanah Fathaniyah
Halaman: 290 mukasurat

Salam

Artikel Ustaz Wan Mohd Shaghir Abdullah.

SEBUAH kitab tasawuf peringkat tinggi yang cukup terkenal di dunia Melayu yang banyak kali dicetak ialah (Ad-Durr an-Nafis) karya Syeikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari. Kitab tersebut ditulis dalam tahun 1200 H / 1785 M dan dicetak pertama kalinya seratus tahun kemudian, iaitu tahun 1300 H / 1882 M. Cetakan pertama ditashhih oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Yang saya perkenalkan dalam artikel ini bukan “Ad-Durr an-Nafis” tetapi adalah (Ad-Durrah an-Nafisah fi Bayan al-Wahdah fi al-Af'al wa al-Asma' wa ash-Shifat wa az-Zat al-Muqaddasah) yang ditulis lebih kurang tiga puluh sembilan tahun sesudah “Ad-Durr an-Nafis”. Tarikh tepat penulisan mulai waktu Dhuha, hari Jum’at, 15 Rabi’ul Akhir 1239 H / 19 Disember 1823 M, dan selesai pada tengah malam Isnin, 9 Muharram 1240 M / 3 September 1824 M. Kitab ini belum pernah diterbitkan berupa bahan cetakan. Manuskrip yang ada hanya sebuah saja, ada dalam simpanan saya (penulis artikel ini). Sungguh pun tidak terdapat nama pengarang namun dapat diduga adalah karangan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari, merupakan syarah kitab beliau yang berjudul “Ad-Durr an-Nafis”. Jadi manuskrip yang sekarang menjadi koleksi peribadi saya adalah asli tulisan tangan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari.
Sebelum memasuki kandungan “Ad-Durrah an-Nafisah”, sebagai mukadimah Syeikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari memperkenalkan dua buah karya ringkas tentang tasawuf. Yang sebuah 18 halaman dan satu lagi 14 halaman. Kedua-duanya tanpa judul. Yang sebuah tanpa tahun dan sebuah lagi selesai penulisan pada malam, 30 Jumadil Awwal 1235 H / 16 Januari 1820 M. Pada mukadimah risalah yang pertama Syeikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari menyebut tentang ‘diri’ ada empat jenis. Kata beliau, “Pertama: Diri yang berdiri, iaitu diri jasad, atau tubuh badan. Kedua: Diri yang terperi. Ketiga: Diri yang nyata pada ilmu Allah. Keempat: Diri yang sebenar-benar diri.” Keempat-empat ”diri” dihuraikan dengan agak panjang menurut kaedah yang terdapat dalam ilmu tasawuf.
Kedua-dua risalah yang dianggap sebagai mukadimah “Ad-Durrah an-Nafisah” saya tinggalkan saja, langsung saja kepada manuskrip yang sedang diperkenalkan. Syeikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari memulai bicara dengan katanya, “Aku memulai akan risalah ini pada hijrah Nabi S.A.W seribu dua ratus tiga puluh sembilan tahun, pada tahun Alif, pada lima belas hari bulan Rabi’ul Akhir, yaum al-Jum’ah, waktu Dhuha, jam pukul dulapan (maksudnya: Jum’at, jam 8.00, pada 15 Rabi’ul Akhir 1239 H pen:)”. Sebab-sebab beliau menulis kitab yang tersebut juga dinyatakan dalam mukaddimah pada halaman yang berikutnya. Kata beliau, “Kemudian daripada itu, maka tatkala adalah tahun seribu dua ratus tiga puluh lima tahun, daripada tahun hijrah, pada hari yang ketiga puluh cukup, daripada bulan Jamadil Awwal, (maksudnya: pada 30 Jamadil Awwal 1235 H, pen:).” Selanjutnya beliau jelaskan, “Sanya memintalah kepadaku setengah daripada saudaraku yang telah dibukakan [oleh] Allah hatiku dan hatinya dengan cahaya terang musyahadah, yakni cahaya terang memandang dan mengenal.” Beliau jelaskan selanjutnya, "Bahawa itu aku perbuatkan baginya akan suatu risalah yang simpan (maksudnya: yang ringkas, pen:) perkataannya dengan bahasa Jawi-Melayu yang lemah lembut...” Barangkali oleh kerana kandungan keseluruhan “Ad-Durrah an-Nafisah” adalah tasawuf peringkat tinggi, maka diperlukan bahasa yang beradab. Itulah yang dimaksudkannya dengan “bahasa Jawi-Melayu yang lemah lembut” bukan bahasa Melayu yang kasar, yang tiada beradab atau tiada berakhlak atau boleh juga dikatakan tiada berbudi bahasa.
Sebelum memasuki bahasan tasawuf, Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari terlebih dulu membicarakan mazhab-mazhab dalam ‘aqidah. Mengenai ini ada yang telah beliau bicarakan dalam “Ad-Durr an-Nafis” tetapi selepas dibanding ternyata dalam manuskrip “Ad-Durrah an-Nafisah” penambahan dan bahasan jauh lebih banyak, perbicaraan jauh lebih luas dan mendalam. Mengenai dua mazhab iaitu Mazhab Qadariyah dan Mazhab Jabariyah tidak banyak tambahan, tetapi mengenai Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama’ah dalam “Ad-Durrah an-Nafisah” terdapat tambahan yang sangat banyak. Dalil mengenai Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama’ah beliau jelaskan ketika turun ayat al-Quran tentang “kaum yang kasih kepada Allah” salah seorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Nabi S.A.W menjawab dan menunjuk sahabat baginda Abu Musa al-Asy'ari R.A. Manakala muncul keturunan beliau, iaitulah Imam Abu Hasan al-Asy'ari R.A, maka sepakatlah ulama bahawa Imam Abu Hasan al-Asy'ari R.A adalah “imam” Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama’ah. Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari menyebut pula, “Mazhab yang berpegang kepada I’tiqad Imam al-Asy'ari ini, iaitu Imam Malik ibnu Anas dan Imam Muhammad anak Idris Syafi’ie. Maka Mazhab Imam Abu Hanifah ibnu Tsabit dan Imam Ahmad ibnu Hanbal itu adalah Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama’ah yang pada I’tiqad itu, iaitu Imam Abu Manshur Maturidi.” Sesudah membicarakan tiga mazhab di atas Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari membahas pula Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama’ah golongan Ahl al-Kasyaf dan Musyahadah.
Walaupun karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari judul “Ad-Durr an-Nafis” yang pernah dicetak terjadi kontroversi dengan beberapa tokoh ahli zhahir, namun bagi saya “Ad-Durrah an-Nafisah” yang merupakan syarah “Ad-Durr an-Nafis” mesti diperkenalkan. Bahawa kedua-dua kandungan kitab yang tersebut adalah tidak salah menurut ulama-ulama ahli shufi.

- Artikel ini pernah dimuat dalam Berita Harian, hari Selasa 27 Disember. 2005, hlm 10, dengan judul Ad-Durrah an-Nafisah, Bahasan Tasawuf, Guna Bahasa Beradab.
Akhir kata suka sgt dgn kitab nie.. MySpace

06 April 2009

Hari Kebangkitan Manusia


Merenungi Hari Kebangkitan Manusia Dari Kubur
Oleh: Syaikh Harits Al-Muhasibi ra.
Keluaran: Mitra Pustaka
Halaman: 111 mukasurat

Salam

Dia adalah Al-Harits ibn Asa Al-Muhasibi (165H – 243H), Quthb ahli makrifat pada masanya dan guru spiritual para pencari Allah pada Zamannya. Dia adalah guru kepada Iman Al Junaid ra.

Manusia, seperti apapun gagahnya, pada akhirnya akan mengalami kematian. Dan kematian sebagaimana yang kita imani, bukanlah akhir dari segalanya. Ia malah merupakan awal bagi kehidupan yang abadi. Kitabnya, ”Hari kebangkitan” ini adalah sebuah buku yang luar biasa. Ia memulai dengan menggambarkan hari kebangkitan dengan adanya panggilan dari seseorang yang mengadap Allah swt: langit terbelah, panasnya matahari dan banjir cucuran keringat menyatu, masing2 orang sibuk dengan dirinya sendiri. Manusia lari dari keluarganya, padahal di dunia, mereka adalah semangat dan kesejukan bola matanya.

Para makhluk meminta syafaat dari Nabi kita Muhammad saw, dan mereka menunggu dengan hati yang getir, dengan seluruh anggota badan gementar di hadapan Tuhan Yang Maha Agung.

Maka naiklah Nabi Muhammad saw ke atas mimbanya dan memanggil: ”Ke marilah semua, wahai orang2 yang beriman kepadaku tapi tidak menuhankanku.” dan tiba2 ada seseorang yang menyeru: ”Hai Adam as, mengadaplah kepada Tuhanmu.” Adam as berkata: ”Hai Muhammad saw, Tuhanku telah memanggilku untuk menanyakan perbuatanku.” Nabi Adam as, dalam keadaan takut, pergi kepada Tuhannya. Maka Tuhan berfirman: ”Hai Adam, kirimkan manusia keturunanmu untuk dimasukkan ke neraka!”, Adam as berkata” ”Tuhanku dan Junjunganku, aku akan mengirim mereka ke syurga, aku tidak akan mengirim mereka ke neraka.” Maka Allah berfirman: ”Kirimkan satu orang dari setiap seribu orang ke syurga, dan sembilan ratus sembilan puluh sembilannya ke neraka.” Adam as pun menangis, lalu Allah swt berfirman: ”Seandainya Aku tidak melaknat para pendusta dan melarang dusta, nescaya Aku mengasihi anak2mu semuanya. Akan tetapi, Aku telah menjadikan syurga untuk orang yang taat kepadaKu dan neraka bagi orang yang maksiat kepadaKu, dan Aku tidak akan mengingkari janji. Wahai Adam as, teruslah ke timbangan (Mizan) dan tetaplah di situ: maka siapa yang kebaikkannya mengungguli keburukan2nya seberat satu biji sawi, raihlah tangannya, dan masukkanlah ia ke syurga tanpa dimusyawarahkan. Aku telah jadikan dosa2 satu hitungan, sementara kebaikan dihitung sepuluh kali, agar kau tahu bahawa Aku tidak akan memasukkan ke neraka kecuali dia yang lari dan sangat nakal, maksiat terhadap perintahKu dan melampaui batas.”

Lalu Adam as berkata: ”Tuhan dan junjunganku, Engkau lebih berhak memberi kebaikan2 daripada aku, dan Engkau Maha Mengetahui hal-hal yang ghaib.”
Akhir kata sebuah kitab yang cukup baik..

03 April 2009

Rahasia Maha Agung


Rahasia Maha Agung
Oleh: Dr. Mustafa Mahmoud
Keluaran: Mutiara Ilmu Surabaya
Halaman: 224 mukasurat

Salam

Terjemahan buku kali ini adalah sambungan dan pelengkap buku ”Melihat Allah. Kerana isinya sejalan dan jalur yang dilaluinya adalah sama. Buku ini merupakan simpanan yang berharga, ianya merupakan ilmu yang memerlukan penglihatan matahati untuk dapat mengerti dan memahami, baik dari segi yang dapat kita hadapi mahupun dari segi belakang kita, dan ketahuilah baik-baik, bahawa makrifat yang benar-benar memerlukan ”merasakan perasaan yang dirasakan”.
Saya tidak dapat memahami sesuatu apapun isinya ?.
Andaikan anda menyenangi sebagaimana yang kami senangi,
nescaya anda dapat memahami sebagaimana yang kami fahami.
Jangan kamu katakan bahawa ilmu itu berada di langit, siapa yang akan menurunkannya, atau di perut bumi, siapa yang akan menaikkannya, atau di seberang laut, siapa yag akan menyeberangkannya. Ilmu itu tercipta dalam hatimu, berlakulah di hadiratKu dengan sopan santun ahli ruhani dan budi ahli kebenaran, nescaya Ku lahirkan ilmu itu dalam hatimu, sehingga ia meliputi dan memenuhi dirimu.

Pusaka yang ditinggalkan oleh para sufi itu adalah tebing curam ditengah samudra yang di dalamnya penuh kulit kerang berisi mutiara, tetapi terdapat pula ikan-ikan ganas yang bersimpang siur dan sotong gurita yang menyeramkan. Ditengah lautan itu ada pulau2 dari marjan yang kalau tidak teliti dapat membuat orang sesat jalan, dan banyak nelayan yang tidak dapat kembali kerana tidak tahu jalan.

Terbahagi kepada 7 bab kesemuanya:
1.Pendahuluan
2.Dia
3.Aku
4.Penyaksian ketauhidan dan ungkapan hijab
5.Cinta ilahi
6.Tujuan kembali
7.Tirai tasauf
Akhir kata sebuah kitab yang sgt3 baik.. MySpace

26 Mac 2009

Risalah Sufi Al Qusyairi


Risalah Sufi Al Qusyairi
Oleh: Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al Qusyairi An Naisaburi ra.
Keluaran: Jahabersa
Halaman: 486 mukasurat

Salam

Risalah Sufi Al-Qusyairi adalah sumber paling tua di antara karya2 Agong dalam bidang tasawuf. Abul Qasim ra. membawa pembaca meninjau ke alam tasawuf dan persoalan2 yang berkaitan dengannya. Ianya disusun bertujuan meluruskan pemahaman keagamaan Islam tentang konsep2 tasawuf, akidah tasawuf, pengalaman kerohanian. Disamping berusaha membongkar dan memperbetulkan kekeliruannya untuk dikembalikan pada tempat yang selayaknya, buku ini juga menyajikan konsep2 sufi yang setiap tajuk dihuraikan secara lengkap dengan olahan yang menarik. Kitab nie adalah kitab yang sama dengan kitab Ar-Risalatul Qusyairiyah Fi ‘Ilmit Tashawwuf.
Buku-buku disekitarku
Tidak meninggalkan tempat tidurku
Kerana didalamnya terdapat ubat
Bagi sakit yang kusembunyikan.

Kesabaran untuk Allah adalah kesukaran,
Sabar dengan Allah adalah tetap bersama-Nya,
Sabar terhadap Allah adalah cubaan dan
Sabar jauh dari Allah adalah sangat tercela.
Aku akan bersabar untuk menyenangkan-Mu, sementara rindu menghancurkan diriku.
Cukuplah bagiku bahawa Engkau redha, meskipun kesabaranku menghancurkan diriku.

Ketika Nabi Musa as. Berdoa, ”Ya Allah bimbinglah aku kepada amal yang akan mendatangkan keredhaan-Mu.”
Allah swt menjawab, ”Engkau tidak akan mampu melakukannya.”
Nabi Musa as. Bersujud dan terus memohon. Maka Allah swt lalu mewahyukan kepadanya, ”Wahai Putera ’Imran, Keredhaan-Ku ada pada kerelaanmu menerima ketetapan-Ku.”

Jika engkau tidak dapat membantunya, maka janganlah engkau mengganggunya.
Jika engkau tidak dapat memberinya kegembiraan, maka janganlah engkau membuatnya sedih.
Jika engkau tidak dapat memujinya, maka janganlah engkau mencari2 kesalahannya.

Kitab ini menerangkan bab “Tingkatan jalan pendakian para salik”, dimana ianya dihuraikan kepada 43 bahagian kesemuanya.

Akhir kata sebuah kitab yang cukup baik.

10 Mac 2009

Melihat Allah


Melihat Allah
Oleh: Al Imam An Nafri
Keluaran: Victory Agencie
Halaman: 313 mukasurat

Salam.
Nie adalah kitab yang sama dengan kitab Nikmatnya Melihat Allah, cuma gaya bahasanya yang berbeza. Kitab ini merupakan pelengkap ilmu Tasawuf yang banyak terdapat di perpustakaan. Banyak juga terdapat bahan terjemahan dalam berbagai judul yang mempunyai erti tersendiri. Tujuananya tetap satu iaitu pengetahuan tentang Allah.
Terbanglah kamu, hai hamba-Ku, kepada-Ku. Jika kamu tidak mampu melakukannya, maka menyeberanglah kamu ke arah-Ku, hai hamba yang lemah. Dan jika kamu memang tidak mampu juga untuk melakukan itu, maka berteriaklah kamu kepada-Ku, hai hamba yang tenggelam, hingga kamu berhasil mencapai posisimu dari sisi-Ku, agar Aku dapat membawamu kepada suatu posisi sebelum ”kun”.
Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lihat dan kamu dengar pada posisi tersebut memang telah ada dalam pengetahuan-Ku yang tidak kamu ketahui pada posisimu yang rendah.

Itulah kehidupan pertamamu di dunia. Maka janganlah kamu datang kepada-Ku dengan membawa sesuatu yang dapat Aku singkapkan amal perbuatanmu yang buruk (Janganlah kamu datang kepada-Ku dengan perasaan ujud sambil membanggakan amal perbuatanmu yang baik di akhirat kelak. Bukankan kamu telah mengetahui bahawa Aku telah mengeluarkanmu dari kegelapan agar kamu dapat menjalankan amal perbuatan ini dengan Nur Cahaya-Ku).

Sebenarnya, Aku akan mengeluarkanmu dari kehidupan duniamu, menuju kerajaan dan kekuasaan-Ku di akhirat kelak yang memang belum kamu ketahui dan belum Aku tampakkan kepadamu di dunia ini. Dari hadis Rasulullah saw.

”Tidak masuk syurga seseorang kamu dengan amalnya. Sahabat bertanya: ”Walaupun kamu Ya Rasulullah saw ?”. Jawab Rasulullah saw: ”Walaupun saya, melainkan dengan limpah rahmat Allah swt kepadaku.” (HR Imam Al-Bukhari ra).

Oleh kerana itu, serahkanlah dirimu kepada-Ku sambil melemparkan semua amal perbuatanmu dari dirimu dan janganlah kamu mengatakan kepada-Ku, ”Aku telah beramal... Aku telah beramal... Aku telah beramal.” Tetapi, datanglah kamu kepada-Ku seraya mengucapkan, ”La Haula Wala Quwwata illa Bilah.”
Akhir kata sebuah kitab yang sangat baik..

08 Mac 2009

Ar-Risalatul Qusyairiyah Fi ‘Ilmit Tashawwuf


Ar-Risalatul Qusyairiyah Fi ‘Ilmit Tashawwuf
( Risalah Qusyairiyah )
Oleh: Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al Qusyairi An Naisaburi ra.
Keluaran: Pustaka Amani
Halaman: 647 mukasurat

Salam

Tasawuf merupakan disiplin ilmu yang dipandang lebih banyak berbicara persoalan batin dan keadaan2 rohani. Pengalaman yang dibentuk melalui proses perlaksanaan ajaran sufistik bersifat mistik dan hampir mengarah ke dalam yang bersifat peribadi dan sulit diperkatakan kepada orang lain, sehingga selamanya hampir menjadi milik peribadi.

Kitab ini disusun dengan tujuan meluruskan pemahaman keagamaan Islam tentang konsep2 tasawuf, akidah tasawuf, pengalaman mistik, terminal2 spiritual. Di samping berusaha menata kembali kekeliruan2 untuk dikembalikan pada posisinya semula, kitab ini juga memaparkan konsep2 sufi, yang hampir setiap persoalan disajikan secara lengkap dan utuh. Kitab ini juga menjadi sumber rujukan dan kajian bagi para sufi generasi sesudahnya.

Kurenungkan apa yang akan kukatakan saat kita berpisah,
Dan terus menerus ku sempurnakan ucapan permohonan,
Tapi lalu aku lupakannya ketika kita berjumpa,
Dan kalau tidak aku bicara, ku ucapkan kata-kata hampa.
Wahai Laila, betapa sangat perlunya aku,
Tapi ketika ku datang padamu,
Aku tidak tahu apa keperluanku.
Dari Bisyr ibn Al-Harits:
Apabila berbicara menyenangkan anda, diamlah. Apabila diam menyenangkan anda, berbicaralah.

Belajarlah diam sebagaimana kamu belajar berbicara. Jika bicara dahulu menjadi pembimbingmu, maka diam akan menjadi pelindungmu”.

Diceritakan bahawa Ibrahim bin Adham ra pergi ke salah satu padang pasir yang luas. Seorang tentera yang dijumpainya di situ bertanya ”Dimanakah kampung yang paling dekat dari sini ?”. Ibrahim bin Adham menunjuk ke arah kuburan. Tentera itu lalu memukul kepalanya hingga berdarah. Ketika akhirnya dia melepaskan Ibrahim bin Adham, seorang mengatakan kepadanya, ”itu ialah Ibrahim bin Adham, sufi dari Khurasan”. Tentera itu lalu meminta maaf kepada Ibrahim bin Adham, lalu ia berkata, ”Ketika engkau memukulku, aku berdoa kepada Allah swt agar, memasukkanmu ke dalam syurga”. Tentera itu bertanya, ”Mengapa ?”. Ibrahim bin Adham menjawab, ”Sebab aku tahu bahawa aku akan memperolehi pahala kerana pukulan2mu. Aku tidak ingin nasibku menjadi baik dengan kerugianmu dan perhitungan amalmu menjadi buruk kerana aku.”

Allah swt mewahyukan kepada Nabi Isa as..
Peringatlah dirimu. Jika ia menghiraukan peringatan itu, maka peringatlah manusia. Jika tidak, maka malulah kepada-Ku untuk memperingatkan manusia.

Kitab ini dibahagikan kepada 5 bab.
1.Dasar-dasar tauhid menurut kaum sufi.
2.Istilah-istilah tasawuf
3.Tingkatan jalan pendakian para salik
4.Keadaan rohani dan karamah
5.Tokoh-tokoh sufi dan kata-kata hikmahnya.

Akhir kata sebuah kitab yang cukup lengkap.. MySpace

05 Mac 2009

Al Mawafiq Wal Mukhthobat


Al Mawafiq Wal Mukhthobat - ( Nikmatnya Melihat Allah )
Oleh: Al Imam An Nafri
Keluaran: Pustaka Rumput Abadi
Halaman: 194 mukasurat

Salam

Dia adalah laksana batu karang, dimana kita semua akan berhenti, di lautan yang penuh kegelisahan serta keresahan, keadaan yang saling berganti suasana kesemuanya adalah laksana prahara yang akan menenggelamkan biduk kita, maka tiada hambatan, pegangan serta pelindung selain kepada-Nya, disitulah akan kita temui genangan air yang tenang.

Imam An Nafri, sama dengan para sufi lainnya, tidak melihat jalan lain menuju ke sana kecuali dengan ”membebaskan diri” dan menanggalkan kedua terompahmu”. Seperti mana firman Allah swt:

”Tanggalkanlah kedua terompahmu, sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci Thuwa.” QS Thaahaa:12

Hai hamba-Ku, kamu tidak mempunyai apa-apa kecuali apa yang telah Aku berikan kepadamu, kamu tidak berhak memiliki jiwamu, kerana Akulah yang menciptakannya. Kamu tidak berhak miliki tubuhmu, kerana Akulah yang menyempurnakan penciptaannya, kerana Aku kamu hidup dan dengan kalimah-Ku kamu hadir di dunia ini.

Hai hamba-Ku, kamu adalah barang milik-Ku yang hilang. Apabila Aku telah mendapatkanmu, maka cukuplah kamu bagi-Ku. Kamu adalah barang milik-Ku yang hilang dan Aku adalah barang milikmu yang hilang, tidak ada diantara kita berdua yang merasa kehilangan. Apabila Aku telah menjadi barang milikmu yang hilang, kamu akan merasa bingung kecuali bersama-Ku dan kamu akan merasa bimbang kecuali kamu berada di sisi-Ku.

Tahukah kamu bagaimana cara menemui-Ku secara sendirian. ?
Pertama kamu harus memperhatikan petunjuk-Ku yang Aku berikan kepadamu dengan karunia-Ku dan bukan dengan memperhatikan amal perbuatanmu. Kedua, kamu harus melihat kepada maaf-Ku dan bukan kepada ilmumu. Ketiga, kembalikanlan ilmu dan amal perbuatanmu kepada-Ku, nescaya Aku akan membimbang dan menambahkannya dengan segala karunia-Ku.
Jadikanlah ilmu pengetahuan itu sebagai salah satu saranamu untuk menuju kepada tujuan utama dan bukan sebagai tempat pemberhentianmu. Kerana sesungguhnya, Akulah tempat terakhir bagi segala jalan dan tujuan. Sementara ilmu itu merupakan sarana untuk menuju kepada-Ku dan bukan sebagai tujuan ataupun tempat pemberhentian terakhir.

Oleh kerana itu, waspadalah kepada-Ku. Sikap diammu itu. sebenarnya, tidak akan menjadi penyokong dirimu. Sedangkan kamu menduga bahawa diammu itu merupakan faktor penyebab kedekatanmu kepada-Ku.
Akhir kata sebuah kitab yg menarik.. Suka sgt dgn kitab nie.. MySpace

13 Januari 2009

Naskhah Jawi Sejarah Dan Teks Jilid 1


Naskhah Jawi Sejarah Dan Teks Jilid 1
Oleh: Mahayudin Hj. Yahaya
Keluaran: Bewan Bahasa Dan Pustaka
Halaman: 369 mukasurat

Salam

Masyarakat Melayu Nusantara sebagai salah sebuah masyarakat terbesar di dunia telah memperlihatkan keunggulannya dalam bidang kebudayaan dan intelektual. Agama islam telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan ilmu, budaya dan pemikiran orang Melayu. Indonesia merupakan salah sebuah pusat penyebaran dan intelektual Islam yang penting. Bermula dari kerajaan Perlak setelah itu diikuti pula oleh kerajaan Samudera-Pasai dan Acheh.

Sejak awal kedatangan Islam hingga ke hari ini, kitab2 agama, termasuklah yang belum bercetak (manuskrip), yang ditulis oleh ulama Melayu telah digunakan secara meluas sebagai bahan bacaan dan pengajian mengenai agama Islam di kalangan masyarakat Melayu Nusantara. Kebanyakan naskah2 Melayu Jawi yang tertua mengenai agama Islam masih terdapat di perpustakaan2 Indonesia, terutama di wilayah Acheh.
Antara Transliterasi Rumi Naskhah adalah.. (Manuskrip jawi turut disertakan)
1. Bahr al Lahut Al-Kitab fi Bayan Al-Alif Oleh Syeikh Abdullah Arif
2. Hujjah Al-Siddiq li-Daf’I Al-Zindiq Oleh Syeikh Nurruddin Al-Raniri
3. Hkayat Al-Habib Husain Al-Qadri Disalin Oleh Alwi bin Ahmad Al-Qadri
4. Al-Mukhtasar fi’Alamah Al-Mahdi Al-Muntazar Oleh Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari

Terbahagi kepada 3 bahagian. Akhir kata sebuah kitab yang sangat baik.

08 Januari 2009

Surat-Surat Sang Sufi


Surat-Surat Sang Sufi
Oleh: Muhammad Ibn ‘Abbad Al-Rondi
Keluaran: Hikmah
Halaman: 236 mukasurat

Salam

Setiap tokoh sufi mewakili aliran berbeza dari banyaknya tarikat sufi yang pernah ada. Sebut saja Al-Ghazali ra, Al-Hallaj, Jalaluddin Rumi, Fariduddin Al-Aththar dan Rabiah Al-Adawiyah, mereka telah mengharumkan dunia tasawuf selama hayatnya. Di luar sana masih banyak tokoh2 sufi yang juga punyai sumbangsih bagi dunia tasawuf. Ibn ‘Abbad salah seorang yang dimaksudkan itu. Ibn ‘Abbad tidak banyak meninggalkan karya. Tidak ada puisi dan sia2 saja orang yang ingin mencari ucapan2 ekstatik dan kidung pujian. Surat2 sang sufi ini merupakan satu2nya karya Ibn ‘Abbad yang diterbitkan dengan baik.

Mengapa engkau mencari bukti tentang apa yang pada dasarnya tidak dapat dipaparkan.?
Bila Dia begitu tersembunyi sehingga tidak ada bukti tentang-Nya.?
Bagaimana mungkin Dia hilang dari kita sementara banyak jejak yang memimpin kita menuju kepada-Nya?
Dapatkah segala sesuatu selain Dia menjadi nampak dengan cara di luar kekuatan alaminya, sampai Dia menampakkannya.?
Mana mungkin Dia yang pada diri-Nya segala sifat diketahui dapat diketahui oleh sifat2-Nya.?
Atau, mana mungkin Dia yang wujud-Nya mendahului segala wujud lainnya, dapat dibedakan sebagai satu entiti khas.?

Namun mereka merenungkan wujud itu, yang bila segala sesuatu lainnya dibandingkan dengan-Nya hanyalah ketiadaan semata, yang bila keabadian segala sesuatu lainnya dibandingkan dengan-Nya tidaklah bererti apa2.

Seseorang yang melihat kedekatan dalam kejauhan, ditipu oleh rasa amannya, dan dengan demikianpun direndahkan kedudukannya. Seperti kata Ibn Atho’illah:

Mungkin saja Dia akan membukakan untukmu pintu kepatuhan tanpa membukakan untukmu pintu penerimaan, atau barang kali Dia akan menetapkan dosa bagimu, sehingga dosa itu menjadi saranamu untuk datang kepada-Nya.

Ketakutan paling baik adalah ketakutan bahawa engkau akan menemui Tuhanmu dan mendapati bahawa apa yang engkau inginkan tidaklah sama dengan apa yang terbaik yang diinginkan Allah darimu.

Sesungguhnya, orang yang menuju jalan Allah tidaklah menginginkan apa-apa. Tetapi orang yang kehilangan Allah, tidaklah memiliki apa-apa.

Terdiri daripada 16 surat kesemuanya. Akhir kata sebuah kitab yang cukup baik.