26 Mac 2009

Risalah Sufi Al Qusyairi


Risalah Sufi Al Qusyairi
Oleh: Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al Qusyairi An Naisaburi ra.
Keluaran: Jahabersa
Halaman: 486 mukasurat

Salam

Risalah Sufi Al-Qusyairi adalah sumber paling tua di antara karya2 Agong dalam bidang tasawuf. Abul Qasim ra. membawa pembaca meninjau ke alam tasawuf dan persoalan2 yang berkaitan dengannya. Ianya disusun bertujuan meluruskan pemahaman keagamaan Islam tentang konsep2 tasawuf, akidah tasawuf, pengalaman kerohanian. Disamping berusaha membongkar dan memperbetulkan kekeliruannya untuk dikembalikan pada tempat yang selayaknya, buku ini juga menyajikan konsep2 sufi yang setiap tajuk dihuraikan secara lengkap dengan olahan yang menarik. Kitab nie adalah kitab yang sama dengan kitab Ar-Risalatul Qusyairiyah Fi ‘Ilmit Tashawwuf.
Buku-buku disekitarku
Tidak meninggalkan tempat tidurku
Kerana didalamnya terdapat ubat
Bagi sakit yang kusembunyikan.

Kesabaran untuk Allah adalah kesukaran,
Sabar dengan Allah adalah tetap bersama-Nya,
Sabar terhadap Allah adalah cubaan dan
Sabar jauh dari Allah adalah sangat tercela.
Aku akan bersabar untuk menyenangkan-Mu, sementara rindu menghancurkan diriku.
Cukuplah bagiku bahawa Engkau redha, meskipun kesabaranku menghancurkan diriku.

Ketika Nabi Musa as. Berdoa, ”Ya Allah bimbinglah aku kepada amal yang akan mendatangkan keredhaan-Mu.”
Allah swt menjawab, ”Engkau tidak akan mampu melakukannya.”
Nabi Musa as. Bersujud dan terus memohon. Maka Allah swt lalu mewahyukan kepadanya, ”Wahai Putera ’Imran, Keredhaan-Ku ada pada kerelaanmu menerima ketetapan-Ku.”

Jika engkau tidak dapat membantunya, maka janganlah engkau mengganggunya.
Jika engkau tidak dapat memberinya kegembiraan, maka janganlah engkau membuatnya sedih.
Jika engkau tidak dapat memujinya, maka janganlah engkau mencari2 kesalahannya.

Kitab ini menerangkan bab “Tingkatan jalan pendakian para salik”, dimana ianya dihuraikan kepada 43 bahagian kesemuanya.

Akhir kata sebuah kitab yang cukup baik.

10 Mac 2009

Melihat Allah


Melihat Allah
Oleh: Al Imam An Nafri
Keluaran: Victory Agencie
Halaman: 313 mukasurat

Salam.
Nie adalah kitab yang sama dengan kitab Nikmatnya Melihat Allah, cuma gaya bahasanya yang berbeza. Kitab ini merupakan pelengkap ilmu Tasawuf yang banyak terdapat di perpustakaan. Banyak juga terdapat bahan terjemahan dalam berbagai judul yang mempunyai erti tersendiri. Tujuananya tetap satu iaitu pengetahuan tentang Allah.
Terbanglah kamu, hai hamba-Ku, kepada-Ku. Jika kamu tidak mampu melakukannya, maka menyeberanglah kamu ke arah-Ku, hai hamba yang lemah. Dan jika kamu memang tidak mampu juga untuk melakukan itu, maka berteriaklah kamu kepada-Ku, hai hamba yang tenggelam, hingga kamu berhasil mencapai posisimu dari sisi-Ku, agar Aku dapat membawamu kepada suatu posisi sebelum ”kun”.
Sesungguhnya segala sesuatu yang kamu lihat dan kamu dengar pada posisi tersebut memang telah ada dalam pengetahuan-Ku yang tidak kamu ketahui pada posisimu yang rendah.

Itulah kehidupan pertamamu di dunia. Maka janganlah kamu datang kepada-Ku dengan membawa sesuatu yang dapat Aku singkapkan amal perbuatanmu yang buruk (Janganlah kamu datang kepada-Ku dengan perasaan ujud sambil membanggakan amal perbuatanmu yang baik di akhirat kelak. Bukankan kamu telah mengetahui bahawa Aku telah mengeluarkanmu dari kegelapan agar kamu dapat menjalankan amal perbuatan ini dengan Nur Cahaya-Ku).

Sebenarnya, Aku akan mengeluarkanmu dari kehidupan duniamu, menuju kerajaan dan kekuasaan-Ku di akhirat kelak yang memang belum kamu ketahui dan belum Aku tampakkan kepadamu di dunia ini. Dari hadis Rasulullah saw.

”Tidak masuk syurga seseorang kamu dengan amalnya. Sahabat bertanya: ”Walaupun kamu Ya Rasulullah saw ?”. Jawab Rasulullah saw: ”Walaupun saya, melainkan dengan limpah rahmat Allah swt kepadaku.” (HR Imam Al-Bukhari ra).

Oleh kerana itu, serahkanlah dirimu kepada-Ku sambil melemparkan semua amal perbuatanmu dari dirimu dan janganlah kamu mengatakan kepada-Ku, ”Aku telah beramal... Aku telah beramal... Aku telah beramal.” Tetapi, datanglah kamu kepada-Ku seraya mengucapkan, ”La Haula Wala Quwwata illa Bilah.”
Akhir kata sebuah kitab yang sangat baik..

08 Mac 2009

Ar-Risalatul Qusyairiyah Fi ‘Ilmit Tashawwuf


Ar-Risalatul Qusyairiyah Fi ‘Ilmit Tashawwuf
( Risalah Qusyairiyah )
Oleh: Abul Qasim Abdul Karim Hawazin Al Qusyairi An Naisaburi ra.
Keluaran: Pustaka Amani
Halaman: 647 mukasurat

Salam

Tasawuf merupakan disiplin ilmu yang dipandang lebih banyak berbicara persoalan batin dan keadaan2 rohani. Pengalaman yang dibentuk melalui proses perlaksanaan ajaran sufistik bersifat mistik dan hampir mengarah ke dalam yang bersifat peribadi dan sulit diperkatakan kepada orang lain, sehingga selamanya hampir menjadi milik peribadi.

Kitab ini disusun dengan tujuan meluruskan pemahaman keagamaan Islam tentang konsep2 tasawuf, akidah tasawuf, pengalaman mistik, terminal2 spiritual. Di samping berusaha menata kembali kekeliruan2 untuk dikembalikan pada posisinya semula, kitab ini juga memaparkan konsep2 sufi, yang hampir setiap persoalan disajikan secara lengkap dan utuh. Kitab ini juga menjadi sumber rujukan dan kajian bagi para sufi generasi sesudahnya.

Kurenungkan apa yang akan kukatakan saat kita berpisah,
Dan terus menerus ku sempurnakan ucapan permohonan,
Tapi lalu aku lupakannya ketika kita berjumpa,
Dan kalau tidak aku bicara, ku ucapkan kata-kata hampa.
Wahai Laila, betapa sangat perlunya aku,
Tapi ketika ku datang padamu,
Aku tidak tahu apa keperluanku.
Dari Bisyr ibn Al-Harits:
Apabila berbicara menyenangkan anda, diamlah. Apabila diam menyenangkan anda, berbicaralah.

Belajarlah diam sebagaimana kamu belajar berbicara. Jika bicara dahulu menjadi pembimbingmu, maka diam akan menjadi pelindungmu”.

Diceritakan bahawa Ibrahim bin Adham ra pergi ke salah satu padang pasir yang luas. Seorang tentera yang dijumpainya di situ bertanya ”Dimanakah kampung yang paling dekat dari sini ?”. Ibrahim bin Adham menunjuk ke arah kuburan. Tentera itu lalu memukul kepalanya hingga berdarah. Ketika akhirnya dia melepaskan Ibrahim bin Adham, seorang mengatakan kepadanya, ”itu ialah Ibrahim bin Adham, sufi dari Khurasan”. Tentera itu lalu meminta maaf kepada Ibrahim bin Adham, lalu ia berkata, ”Ketika engkau memukulku, aku berdoa kepada Allah swt agar, memasukkanmu ke dalam syurga”. Tentera itu bertanya, ”Mengapa ?”. Ibrahim bin Adham menjawab, ”Sebab aku tahu bahawa aku akan memperolehi pahala kerana pukulan2mu. Aku tidak ingin nasibku menjadi baik dengan kerugianmu dan perhitungan amalmu menjadi buruk kerana aku.”

Allah swt mewahyukan kepada Nabi Isa as..
Peringatlah dirimu. Jika ia menghiraukan peringatan itu, maka peringatlah manusia. Jika tidak, maka malulah kepada-Ku untuk memperingatkan manusia.

Kitab ini dibahagikan kepada 5 bab.
1.Dasar-dasar tauhid menurut kaum sufi.
2.Istilah-istilah tasawuf
3.Tingkatan jalan pendakian para salik
4.Keadaan rohani dan karamah
5.Tokoh-tokoh sufi dan kata-kata hikmahnya.

Akhir kata sebuah kitab yang cukup lengkap.. MySpace

05 Mac 2009

Al Mawafiq Wal Mukhthobat


Al Mawafiq Wal Mukhthobat - ( Nikmatnya Melihat Allah )
Oleh: Al Imam An Nafri
Keluaran: Pustaka Rumput Abadi
Halaman: 194 mukasurat

Salam

Dia adalah laksana batu karang, dimana kita semua akan berhenti, di lautan yang penuh kegelisahan serta keresahan, keadaan yang saling berganti suasana kesemuanya adalah laksana prahara yang akan menenggelamkan biduk kita, maka tiada hambatan, pegangan serta pelindung selain kepada-Nya, disitulah akan kita temui genangan air yang tenang.

Imam An Nafri, sama dengan para sufi lainnya, tidak melihat jalan lain menuju ke sana kecuali dengan ”membebaskan diri” dan menanggalkan kedua terompahmu”. Seperti mana firman Allah swt:

”Tanggalkanlah kedua terompahmu, sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci Thuwa.” QS Thaahaa:12

Hai hamba-Ku, kamu tidak mempunyai apa-apa kecuali apa yang telah Aku berikan kepadamu, kamu tidak berhak memiliki jiwamu, kerana Akulah yang menciptakannya. Kamu tidak berhak miliki tubuhmu, kerana Akulah yang menyempurnakan penciptaannya, kerana Aku kamu hidup dan dengan kalimah-Ku kamu hadir di dunia ini.

Hai hamba-Ku, kamu adalah barang milik-Ku yang hilang. Apabila Aku telah mendapatkanmu, maka cukuplah kamu bagi-Ku. Kamu adalah barang milik-Ku yang hilang dan Aku adalah barang milikmu yang hilang, tidak ada diantara kita berdua yang merasa kehilangan. Apabila Aku telah menjadi barang milikmu yang hilang, kamu akan merasa bingung kecuali bersama-Ku dan kamu akan merasa bimbang kecuali kamu berada di sisi-Ku.

Tahukah kamu bagaimana cara menemui-Ku secara sendirian. ?
Pertama kamu harus memperhatikan petunjuk-Ku yang Aku berikan kepadamu dengan karunia-Ku dan bukan dengan memperhatikan amal perbuatanmu. Kedua, kamu harus melihat kepada maaf-Ku dan bukan kepada ilmumu. Ketiga, kembalikanlan ilmu dan amal perbuatanmu kepada-Ku, nescaya Aku akan membimbang dan menambahkannya dengan segala karunia-Ku.
Jadikanlah ilmu pengetahuan itu sebagai salah satu saranamu untuk menuju kepada tujuan utama dan bukan sebagai tempat pemberhentianmu. Kerana sesungguhnya, Akulah tempat terakhir bagi segala jalan dan tujuan. Sementara ilmu itu merupakan sarana untuk menuju kepada-Ku dan bukan sebagai tujuan ataupun tempat pemberhentian terakhir.

Oleh kerana itu, waspadalah kepada-Ku. Sikap diammu itu. sebenarnya, tidak akan menjadi penyokong dirimu. Sedangkan kamu menduga bahawa diammu itu merupakan faktor penyebab kedekatanmu kepada-Ku.
Akhir kata sebuah kitab yg menarik.. Suka sgt dgn kitab nie.. MySpace