31 Oktober 2008

Perbahasan ‘ANA’ (Aku) Dan Zarah


Perbahasan ‘ANA’ (Aku) Dan Zarah
Oleh: Badiuzzaman Said Nursi
Keluaran: Yayasan Islam Terengganu
Halaman: 56 mukasurat

Salam

Sebahagian kalimah ke 30, kalimah ini membongkar teka-teki alam, menjadi tangkal alam, serta menyelesaikan salah satu rahasia agung Al-Quran.

Satu huruf daripada kitab ‘ANA’ yang maha besar satu noktah daripada lautan zarah yang agung.

Kalimah ini mengandungi dua tujuan:
1. Membahaskan hakikat dan natijah ‘ana’
2. Membincangkan gerakan dan tugas-tugas zarah.


“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh,” QS Al-Ahzab : 72


Amanah atau Permata yang enggan dipikul oleh langit, bumi dan gunung-ganang mempunyai beberapa pengertian dan banyak sudut. Salah satu pengertian dan sudut tersebut adalah perkataan ‘ana’ yang bermaksud ‘saya’.

Perkataan ‘ana’ merupakan sebiji benih, yang akan menumbuhkan sepohon pokok Tuba, iaitu pokok yang bercahaya, lagi besar. Ia juga menumbuhkan sepohon zaqum yang menggerunkan. Kedua-dua pohon tersebut menghulur dan menyebarkan dahan serta rantingnya ke seluruh alam insani semenjak Nabi Adam as sehinggalah ke waktu kini

Dibahagikan kepada 15 bahagian kesemuanya, Akhir kata bacalah kitab besarnya Sozler (Al Kalimaat).

30 Oktober 2008

Misteri Alam Kubur


Misteri Alam Kubur
Oleh: Syeikh Daud Abdullah Al-Fatani
Keluaran: Sinar Media Services
Halaman: 176 mukasurat
Salam
Merupakan sebuah karya yang diadaptasikan daripada sebuah kitab lama yang ditulis Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani. Kitab asal bertajuk Kasyful Ghummah pada menyatakan kelakuan orang mati dan hal hari kiamat.

Kitab ini membuatkan kita lebih banyak mengingati kematian. Dengan mengetahui rahsia di alam kubur dan mengawal manusia daripada dihanyutkan oleh arus hawa nafsu yang mendorong kearah keburukan.

Ana nukilkan sedikit dari bahagian ucapan salam kepada penghuni kubur.
Dalam riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah ra menyebutkan bahawa Rasulullah saw keluar ke perkuburan seraya berkata:


“Salam sejahtera kepada kamu penghuni negeri kaum mukminin dan kami Inysa Allah akan menyusul kamu.”

Dalam riwayat Al-Nasa’ie dan Ibn Majah daripada Buraidah menyebutkan bahawa Rasulullah saw mengajar kepada mereka apabila keluar ke kubur supaya menyebutkan:

“Salam sejahtera ke atas kamu penduduk negeri-negeri daripada kalangan umat Islam. Kami sesungguhnya akan menyusuli kamu. Kamu mendahului kami dan kami akan mengikuti kamu. Aku memohon kepada Allah agar diberikan keselamatan kepada kami dan kamu.”

Dari At-Tirmidzi daripada Ibn Abbas ra berkata. Rasulullah saw lalu pada satu kubur di Madinah, lalu menghadap kepada mereka seraya berkata:

“Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur, semoga Allah mengampuni kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami bakal menjejaki.”

Kitab nie dibahagikan kepada 46 bahagian kesemuanya. Akhir kata sebuah kitab yang amat teliti..

28 Oktober 2008

Risalah Cinta


Risalah Cinta
Kitab Asal: At-Thariq ila Allah (Kitab As-Sidq)
Oleh: Abu Sa’id Al Kharraz ra
Keluaran: Diadit Media
Halaman: 127 mukasurat

Salam

Adalah antara kitab yang telah diwarisi oleh para ahli sufi yang telah disembunyikan cukup lama agar tidak terjatuh ke tangan orang-2 yang bukan ahlinya. Kitab nie laksana mutiara terpendam yang tidak bleh diserahkan kepada orang-2 yang matahatinya tertutup.

Inilah jalan yang mesti ditempuh oleh manusia dalam usaha menunaikan tujuan hidupnya, kata pengakuan Abu Sa’id Al kharraz ra.

“ Lama sekali aku mencari-Nya, tapi yang ku temui hanyalah diriku sendiri, sekarang aku mencari diriku, tapi yang ku temui hanyalah Dia. Jika kalian temui Dia, maka kalian akan terlepas dari segala sesuatu dan jika kalian terlepas dari segala sesuatu, maka kalian akan menemui-Nya. Lalu mana yang harus lebih didahulukan di antara keduanya?. Hanya Allah lah yang lebih tahu. Jika Allah menampakkan Diri maka kamu tiada, dan jika kamu ada maka Dia menampakkan diri. Lalu mana lebih dahulu? Hanya Allah lah yang lebih tahu”.

Apabila seorang hamba tersadar daripada kesilapannya, maka ia akan berfikir dan meneliti segala nikmat yang telah di karuniakan Allah padanya, baik yang dulu mahupun yang baru. Maksud nikmat-2 Allah yang dulu adalah, karunia pemberian-Nya di saat kamu masih belum ada apa-apa lagi, dengan menggolongkan kamu ke dalam kelompok ahli tauhid dan menjadikan kamu beriman dan mengenal zat-Nya yang Maha Mulia. Dia telah menetapkan namamu dengan Qalam di Lawh Mahfuz sebagai seorang muslim, pada hal telah banyak manusia dari masa lampau yang telah dibinasakan oleh-Nya, dan kamu telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam golongan terpilih, dari orang yang beriman dan selamat.

Setelah itu kamu dimasukkan ke dalam suatu umat yang terbaik dari sekelian umat, menganuti satu agama yang paling mulia dan, menjadi umat kekasih-Nya iaitu nabi Muhammad SAW. Kemudian Dia memberimu hidayah untuk terus berpegang pada Sunah Nabi saw dan, memberimu petunjuk dengan syariat-Nya, serta menjauhkanmu dari kesesatan hawa nafsu. Lalu Dia memeliharamu, membelamu dan memberimu makanan serta minuman sehingga kamu dapat hidup dan berkembang.

Tapi sayangnya kamu membalasnya dengan tidak baik. Air Susu dibalas dengan Tuba. Kamu mengingkari segala karunia-Nya, lalai memelihara wasiat-Nya. Meskipun demikian, Allah tetap tidak membalas kejahatanmu dengan kejahatan yang serupa, malah Dia menutupinya, memaafkannya dan juga masih menyayangimu.

Sesudah itu, Dia masih tetap menunjukkan kasih-Nya terhadapmu, dengan cara memberi kesadaran atas kelalaianmu. Lalu Dia, mengingatkanmu akan banyaknya ketaatan yang masih belum kamu tunaikan dan masih terus memberimu peluang untuk kembali dan bertaubat kepada-Nya, hingga kamu diletakkan ditempat yang paling baik dan diridhai-Nya.

Dari Anas Ibn Malik ra berkata: “Selama aku mengabdi kepada Nabi Muhammad saw, belum pernah sekalipun beliah menegur atas apa yang aku lakukan. Umpamanya mengatakan, mengapa engkau melakukan itu atau mengapa engkau tidak berbuat begini? Tapi yang biasa beliau katakan, “Begitulah yang telah ditetapkan Tuhan, dan beginilah yang telah ditentukan Tuhan.”

Dari Umar Ibn Al khattab ra berkata: “Aku tidak pernah menghiraukan keadaanku di waktu pagi atau petang, adakah sesuai dengan kehendakku atau sebaliknya, sebab aku tidak pernah tahu keadaan mana yang lebih baik buat diriku.”

Pernah Nabi Muhammad Saw berkata kepada Ibn Mas’ud ra: “Wahai anak hamba Allah ! kamu jangan banyak berfikir, sebab apa-apa yang ditakdirkan-Nya pasti akan terjadi. Dan makanlah apa-apa yang boleh engkau perolehi sebagai rezekimu.”

“Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan kami.” QS Ath Thuur:48

Kitab nie dibahagikan kepada tiga bahagian:
1.Jalan keselamatan
2.Pintu-pintu kebenaran
3.Maqam-maqam orang yang benar
Akhir kata sebuah kitab yang sukar untuk dilepaskan.

22 Oktober 2008

Mengapa Harus Berserah

Mengapa Harus Berserah
Kitab Asal: Al-Tanwir Fi Isqath Al-Tadbir
Oleh: ibnu Atho’illah ra
Keluaran: Serambi
Halaman: 335 mukasurat
Salam
Buku ini menawarkan cara tepat untuk memandang hidup. Kerananya, buku ini ibarat kacamata, yang dengannya matahati kita yang rabun boleh melihat kesempurnaan. Dengan penglihatan yang sempurna, tentulah hidup ini menjadi semakin jelas. Dan dengan jelasnya hidup, tentunya perjalanan kita menempuhnya menjadi lebih lurus dan lancar.

Pemberian Tuhan yang telah anda terima mengingatkanmu kepada-Nya sehingga anda lebih siap menerima hukum ketetapan-Nya. Sebagai mana Dia telah menetapkan untukmu sesuatu yang anda sukai, anda juga mesti bersabar menghadapi sesuatu yang Dia sukai. Sebab, sabar menerima ketentuan Allah akan mendatangkan rida-Nya. Kerana itulah mereka rela memikul beban ujian. Mereka mengharapkan rida-nya. Sama seperti orang yang menahan pahitnya ubat kerana ingin sembuh.

Jika anda menyadari baiknya pilihan Allah swt, ia akan merasa yakin bahawa Dia tidak pernah menghendaki hamba-Nya menderita, kerana Dia Maha Penyayang. Allah berfirman,

“Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman.” QS Al Ahzab:43

Suatu ketika Rasulullah saw melihat seorang wanita bersama anaknya.
Rasulullah saw bersabda, “Mungkinkah ia meleparkan anaknya ke dalam kobaran api ?”
Para sahabat menjawab, “Tentu saja tidak, wahai Rasulullah saw.”
Rasulullah saw bersabda, “Allah lebih menyayangi hamba-Nya yang beriman lebih dari wanita itu menyayangi kepada anaknya.”

Hanya saja, Allah swt menakdirkan pelbagai penderitaan untuk mu demi karunia dan anugerah yang akan datang sesudahnya. Seandainya Allah swt membiarkan hamba menjalani pilihan mereka sendiri, tentu mereka tidak akan mendapatkan karunia-Nya dan tidak bisa masuk ke syurga-Nya. Segala puji bagi Allah atas pilihan-Nya yang baik. Allah berfirman,
“Boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia baik bagi kalian. Dan boleh jadi
kalian menyenangi sesuatu padahal ia buruk bagi kalian.”
Kitab ini mengandungi 13 bab kesemuanya:
1.Berserah diri dan tidak ikut mengatur
2.Maqam keyakinan
3.Mengapa tidak boleh ikut mengatur
4.karamah paling utama: Tidak mengatur
5.Berserah diri kepada Allah swt
6.Jenis-jenis pengaturan
7.Mengapa Allah memberi kita hasrat untuk mengatur
8.Hikmah berusaha
9.Hukum menyimpan harta
10.Penjelasan tentang doa Syeikh Abu Al Abbas Al-Mursi ra
11.Perumpamaan mengatur bersama Allah
12.Seruan Ilahi
13.Doa-doa
Akhir kata sebuah kitab yang luar biasa.

20 Oktober 2008

Bahjah Al-Nufus


Bahjah Al-Nufus – Syarah Taj Al-Arus Al-Hawi Litahzib Al-Nufus
Kitab Asal: Taj Al-Arus Al-Hawi Li Tahzib Al-Nufus
Oleh: Ibnu Atho’illah As-Sakandari ra
Keluaran: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Susunan Oleh: Dr. Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri
Halaman: 405 mukasurat

Salam
Kitab nie dibahagikan kepada tiga bahagian:
1. Muqaddimah
- Definasi tasawuf
- Biografi Pengarang (Ibnu Atho’illah As-Sakandari ra)
- hakikat tamsilan (perumpamaan)
2. Terjemahan Taj Al-Arus
3. Munajat Ibnu Atho’illah As-Sakandari ra
- Definasi munajat
- Munajat Seruan Tuhan kepada Hamba
- Munajat Hamba kepada Tuhan

Ana nukilkan sedikit dari bahagian kedua iaitu terjemahan Taj Al-Arus, Ibnu Atho’illah As-Sakandari ra memulai dengan kata:
“Hai hamba ! mohonlah taubat daripada Allah pada setiap masa”

Permulaan maqam itu adalah dengan taubat. Tanpanya tidak diterima apa yang dilakukan selepasnya – iaitu membersihkan sifat-sifat mazmumah sebelum dihiasi dengan sifat mahmudah.
“Ya Allah pindahlah diriku daripada kehinaan maksiat kepada kemuliaan taat.”

Ketahuilah, seorang ibu yang kematian anak tiada kegembiraan baginya. Begitulah kegembiraan hanyalah bagi mereka yang mengumpul segala sifat kebaikan.

Sebahagian ulama bertanya pada seorang pendita: “Hai pendita, bilakah waktunya kita bergembira ?”
Lantas dijawabnya: “Di hari diampunkan dosa.”

Justeru, mohonlah taubat daripada Allah swt jika sekiranya diterima taubat. Sebaliknya jika tidak diterima, maka hendaklah kamu meminta tolong dengan Allah swt seraya berdoa sebagaimana firman Allah swt.:

“Keduanya berkata: Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi”. QS Al-A’raaf : 23

Waspadalah daripada nafsu yang berada diantara dua rusukmu yang boleh merosakkanmu, kerana nafsu tidak pernah meninggalkan tuannya sehingga tuannya mati.

“Sembunyikan kebaikan kamu seperti mana kamu sembunyikan keburukanmu”

Syeikh Abu Hasan Al-Syazili ra berkata: “Aku pernah menetap di sebuah perkampungan badwi selama 3 hari, kemudian datang sebahagian orang Nasrani lalu berhampiranku, sambil melihatku dalam keadaan bertongkat, mereka berkata: “Ini rahib orang Islam.” Lalu mereka meletakkan makanan disisiku dan terus berlalu.

Aku berkata: “Hairannya.. Bagaimana mungkin aku direzekikan melalui tangan musuh dan tidak melalui tangan kekasih (orang-orang islam)?”.

Kemudian mereka berkata: “Bukanlah lelaki sebenar mereka yang diberikan rezeki melalui tangan kekasih. Sebaliknya lelaki sebenar adalah mereka yang diberi rezeki melalui tangan musuhnya.”

“Hai lelaki, jadikan nafsumu sebagai tunggangan. Tatkala ia menyimpang dari jalan, pukullah ia supaya kembali ke jalan yang benar. Seperti juga yang kamu lakukan terhadap pakaianmu itu tatkala kotor, kamu basuhnya atau tatkala koyak, kamu tampalnya. Dengan demikian, kamu akan beroleh kebahaigan. Dan janganlah jadi seperti seorang yang janggutnya sudah memutih namun masih belum lagi mahu duduk bersama Allah swt untuk memuhasabah dirinya.”

Akhir kata sebuah kitab yang sarat dengan nasihat dan kata-kata hikmah.

18 Oktober 2008

Mutiara Nahjul Balaghah (Bahagian 4)

HUBUNGAN DENGAN RASULULLAH SAW DI MASA KECIL KU (IMAM ALI K.W).
Salam.

… Dan telah kalian ketahui tempatku di sisi Rasulullah saw.; dengan kekerabatanku yang amat dekat dan kedudukanku yang khusus. Beliau meletakkan aku di pangkuannya ketika aku masih seorang anak kecil. Di dakapnya aku ke dadanya, dipeluknya dipembaringannya, disentuhkannya aku dengan tubuhnya dan diciumkannya aku harum aromanya. Adakalanya beliau mengunyah sesuatu lalu disuapkannya ke mulutku. Tiada pernah ia mendapatiku berdusta dalam suatu ucapan atau terburu-buru dalam sesuatu perbuatan.

Sejak masa kecilnya, Allah swt telah menyertakan dengannya malaikat-Nya yang termulia, agar menunjukkan kepadanya jalan keluhuran budi perketi serta kemuliaan akhlak, di siang hari ataupun di malam hari.

Aku pun mengikutinya ke mana beliau pergi, bagai anak unta setia mengikuti ibunya. Tiap hari ia mengajariku tambahan pengetahuan dari akhlaknya dan memerintahkan aku agar mencontohnya. Di hari-hari tertentu, setiap tahunnya, ia menyingkir menyendiri di gua Hira, dan aku melihatnya sementara tidak seorang pun melihatnya selain aku.

Pada saat itu tak ada satu pun rumah tangga yang terikat dalam Islam selain Rasulullah saw, Khadijah serta aku – yang ketiga setelah keduanya. Dan aku pun menyaksikan sinar wahyu dan kerasulan, menghirup pula semerbaknya kenabian.

… Sungguh diriku ini dari suatu kaum yang , di jalan Allah, tidak peduli dengan kecaman siapa saja yang ingin mengecam. Tanda-tanda kaum yang tulus nampak di wajah mereka. Ucapan-ucapan mereka sesuai selalu dengan kemuliaan perbuatannya. Malam hari diisi dengan renungan dan ibadah. Adapun di siang hari, mereka adalah pemberi isyarat bagi para pencari hidayah. Berpegang erat-erat dengan “Tali” Al-Quran. Menghidupkan sunah-sunah Allah dan Rasul-Nya. Tidak pernah menyombongkan diri atau meninggikan hati, mengkhianati amanah atau merusak di atas bumi. Jiwa-jiwa mereka di syurga dan tubuh-tubuh mereka dalam amal kebajikan..

17 Oktober 2008

Rahasia yang MahaIndah


Rahasia yang MahaIndah – Belajar Hidup Berkah Dari Kekasih Allah
Kitab Asal: Latha’if Al-Minan
Oleh: Ibnu Atho’illah As-Sakandari ra
Keluaran: Serambi
Halaman: 410 mukasurat
Salam..
Ibn Atha’illah Al-Sakandari ra menceritakan hubungannya dengan Syeikh Abu Al-Abbas Al-Mursi ra. Ia mengatakan, “Dulu, aku termasuk orang yang tidak menyukai dengan Syeikh Abu Al-Abbas ra, bukan kerana apa yang ku dengar darinya atau kerana khabar tentang dirinya, melainkan kerana aku berselisih dengan beberapa muridnya. Aku pernah melontarkan ucapan tidak elok tentang mereka. Namun, kemudian aku berfikir, “Sebaiknya aku pergi menemui orang ini (Syeikh Abu Al-Abbas ra). Orang yang berada dalam kebenaran tentu mempunyai ciri dan tanda yang jelas.” Maka, aku mendatangi majlisnya. Ketika itu, ia tengah membahaskan tentang masalah nafs, maqam para salik menuju Allah, serta kadar makrifat dan kedekatan mereka kepada-Nya, yang menurutnya terbagi ke dalam tiga tingkatan:

Tingkatan pertama adalah Islam: tunduk, taat dan melaksanakan berbagai ketentuan syariat.
Tingkatan kedua adalah iman: mengenal hakikat syariat dan memahami berbagai konskuensi ubudiyah.
Tingkatan ketiga adalah ihsan: yakni menyaksikan Allah swt di dalam kalbu.

Dengan kata lain tingkatannya adalah ibadah, kemudian ubudiyah (pengabdian), dan yang terakhir adalah ubudah (penghambaan)

Dengan kata lain tingkatannya adalah syariat, kedua hakikat dan ketiga adalah tahaqquq (Kesadaran bersama-Nya)

Beberapa kali ia mengatakan: “Dengan kata lain…., dengan kata lain…,” sehingga akalku menjadi terang. Akhirnya, aku sadar bahawa ia adalah orang yang menceduk ilmu terus dari samudra ilahi..

Di masa majlis yang lainnya. Ucapan pertama yang terlontar dari mulutku adalah: “Tuanku, demi Allah, aku mencintaimu.” Ia menjawab, “Semoga Allah mencintaimu sebagaimana kau mencintaiku.” Lalu aku mengadu kegelisahan yang kurasakan. Ia menjawab, “Hanya ada empat keadaan yang dialami seorang hamba: nikmat, cobaan, taat dan maksiat.

Jika berada dalam Nikmat maka Bersyukurlah.
Jika berada dalam Cobaan maka Bersabarlah.
Jika berada dalam Taat maka Saksikanlah Anugerah-Nya Kepadamu.
Jika berada dalam Maksiat maka Segeralah Bertobat.

Setelah mendengar nasihat semua kegelisahan dan kerisauan hilang laksana sehelai baju yang ditanggalkan.

Rahasia yang Mahaindah tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Namun, dengan tulus hati, Ibn Athaillah memberikan kita kunci untuk membuka pintu-2 khazanah yang selama ini hanyalah misteri. Dengan gaya bahasa yang menawan, ia mengajak kita menuju jalan ilahi. Ia memimpin kita menghindari jurang kesesatan. Kedalaman makna Al Quran dan Al Hadis yang mulia disajikan dengan cara yang paling sempurna. Menurut Abdul Halim Mahmud “Latha’if Al-Minan” adalah mutiara yang terpendam di kedalaman samudra.
Kitab ini menceritakan dua tokoh agung yang telah mencapai puncak ketinggian ruhani iaitu: Imam Abu Al-Hasan Al-Syadzili ra dan Syeikh Abu Al-Abbas Al-Mursi ra.
Kitab ini terbahagi kepada 10 bab kesemuanya:
1. Memahami wali dan kewalian
2. Tentang Syekh Abu al Hasan Al Syadzili serta kesaksian para ulama dan tokoh semasanya
3. Kesaksian Syekh Abu Al Hasan dan para wali lain tentang keistimewaan Abu al-Abbas
4. Pengalaman, kedudukan dan penyingkapan syekh Abu al Abbas
5. Berbagai karakter dan keistimewaan Abu al Abbas al Mursi
6. Tafsir ayat-ayat Al Quran menurut Syekh Abu al Abbas
7. Rahasia hadist-hadist nabi
8. Penjelasan syekh Abu al Abbas tentang ucapan ahli hakikat yang sulit dipahami
9. Penjelasan syekh Abu al Abbas tentang hakikat, maqamat dan berbagai persoalan pelik lainnya
10. Zikir, doa dan hizib Syekh Abu al Abbas dan Syekh Abu Al Hasan
Akhir kata, sebuah kitab yang sangat baik, janganlah ia di abaikan.

16 Oktober 2008

Mencari DIA…


Mencari DIA…
Oleh: Buya HAMKA
Keluaran: Pustaka Aman Press (PAP)
Halaman: 77 mukasurat

Salam..
Sebuah buku yang ditulis oleh Haji Abdul Malik Karim Amrullah (HAMKA). Ana nukilkan sket citernya..

Melihat alam dgn serba serbi keindahan, kebesaran, susunatur yang seimbang, harmoni tergetar pada jiwa ingin bertanya.
“Apakah agaknya Rahsia Disebaliknya?.”

Seumpama sebuah mahligai yang indah berseri, penuh kebesaran, kita lihat dari luar nampak kepandaian pereka, kita masuk ke dalam nampaklah kepintaran penyusunan. Segala yang masuk ke dalam kagum melihat susunannya yang rapi, gabungan diantara Jamal (Indah) dan Jalal (Agung / Mulia). Yang tahu benar tentang bentuknya ialah seorang arkitek, yang tahu benar akan susunan seninya ialah seorang seniman, yang sanggup merangkum kata memuja dan menyanyikannya ialah seorang pujangga, semuanya sepakat mengatakan “INDAH”.
"Adakah Ada Apa-Apa Di Dalamnya.?"

Inilah pertanyaan yang timbul setelah melihat bentuk mahligai. Setengahnya berkata tidak mungkin tidak ada apa-apa, tentu amat mahal nilai barang yang tersembunyi didalamnya jika dibandingkan dengan mahligai itu sendiri. Orang yang merasa bahawa rahsia itu ada, sentiasa berusaha mencari apakah dia, dimana letaknya dan dia belum puas sebelum maksudnya tercapai.

Sebahagian yang lain bukanlah isi yang hendak dicari. Pandangannya hanya terbatas kepada keindahan lahiriah. Oleh itu dia tidak menuju pada isinya, bukan itu niatnya, meskipun ia termasuk ke dalam isinya, tidaklah juga ia akan mendapatkannya.

Datang yang lainnya menetapkan sahaja, sebelum mencarinya bahawa yang dikatakan ada itu sebenarnya tidak ada, hanya membuang masa mencari sesuatu yang tidak berfaedah..

Mahligai itu sememangnya mempunyai rahsia di dalamnya, dia hanya dapat dibuka dengan “kunci wasiat” yang letaknya tidak jauh dari dalam diri kita sendiri. Kuncinya telah lama ada, Cuma kita perlu bersihkannya dan menghilangkan karat-karat dan kotorannya.

Manusia biasanya memandang sesuatu terpisah dengan lainnya. Langit berpisah dengan bumi, bintang berpisah dengan matahari, air matanya lain dari tanah. Bahkan engkau lain akupun lain, tetapi pandangan seorang sufi tidaklah demikian.

Pada tenunan kain, pada kumpulan benang, dia melihat fabrik dan dia melihat pencipta fabrik. Pada buah dan pada daun, dia melihat pohon. Pada setitis air, dia melihat laut.. Dia melihat semua dalam yang satu dan melihat yang satu dalam semua, bahkan dia melihat segala sesuatu dalam segala sesuatu dalam segala sesuatu.

Bahkan kadang-2 dia mendaki lebih tinggi. Seakan-akan lepas dia dari pandangan hidup orang biasa. Sebab dia berani menyatakan keyakinannya ada, yang ada hanyalah yang tetap ada..

Akhir kata banyak rahsia yang berselerak di dalamnya..

15 Oktober 2008

Sadar untuk Bersandar


Sadar untuk Bersandar – Gemala Hikmah ibn Atha’illah
Kitab Asal: Al-Janib Al-Athifi Min Al-Islam
Oleh: Muhammad Al-Ghazali
Keluaran: Serambi
Halaman: 151 mukasurat

Salam

“Kemaksiatan yang menimbulkan rasa hina dan rendah hati lebih baik daripada ketaatan yang menimbulkan rasa bangga dan ingin dipuji.”

“Jika Dia menghendakimu sampai kepada-Nya, Dia akan menutupi sifatmu dengan sifat-Nya, watakmu dengan watak-Nya. Dia membuatmu sampai kepada-Nya dengan kebaikan yang Dia berikan kepadamu, bukan dengan kebaikan yang engkau berikan kepada-Nya.”

Orang yang tidak bercermin adalah orang yang tak ingin tahu rupa dirinya. Tak ingin tahu sudah ayukah wajahnya. Tak ingin tahu adakah sesuatu yang melekat pada wajahnya. Tak ingin tahu adakah rambutnya perlu disikat.

Kita bercermin kerana kita ingin tahu apa yang kurang pada diri kita. Kita bercermin kerana ingin tahu apa yang masih kotor agar kita boleh membersihkannya.

Bila masa bercermin, jangan berdiri jauh daripadanya. Kerana gambaran anda tak akan tergambar secara sempurna. Bila sudah dekat dengannya, maka jangan memalingkan mata ke selainnya. Itu bukan bercermin namanya.

Cermin itu ada yang elok dan ada yang kotor. Gambaran kita akan terpantul sempurna pada cermin yang bersih dan menjadi tidak sempurna pada cermin yang kotor..

Sama lah dengan membaca buku bererti kita dekat dengan pengarangnya.. Bercermin pada buku samalah dengan bercermin kepada pengarangnya..

14 Oktober 2008

Rahasia Asma Allah


Rahasia Asma Allah – Belajar Menapak Makrifat Pada Ahlinya
Oleh: Ibnu Athaillah ra
Keluaran: Serambi
Halaman: 192 mukasurat

Salam

Kitab yang memaparkan bagaimana kita mengenal Allah melalui Asma-Nya. Kita diajak memahami Asmaul Husna, terutama nama “Allah” sebagai nama-Nya yang paling istimewa Nama “Allah” ini hanyalah milik-Nya. Nama ini memiliki rahasia dan keagungan yang tidak dimiliki nama lain. Huruf-2nya mempunyai rahsia yang tersendiri, segenap rahasia dalamnya dihuraikan pada bahagian pertama.

Pada bahagian kedua, kita diajak bertauhid dalam berzikir. Pada satu sisi, mengerti tauhid amatlah penting bagi menambah kesadaran orang yang berzikir. Pada sisi lain, berzikir itu sendiri sepatutnya tetap berada di atas landasan tauhid. Hakikat zikir adalah mengesakan Allah dengan si penzikir lenyap dari zikirnya sendiri, fana dalam kesaksian-Nya, serta hidup dalam penyaksian-Nya.
Dibahagikan kepada dua bahagian :
1. Rahasia Nama “Allah”
- Dari sudut bahasa
- Dari sudut hikmah
- Dari sudut makrifat
2. Semesta Rahasia Zikir
Akhir kata kitab ini bukanlah membicarakan tentang 99 Asmaul Husna seperti apa yang ana sangkakan.. tetapi jauh dari itu ianya membuka rahsia Asma Allah..

13 Oktober 2008

Mengurai Tanda Kebesaran Allah


Mengurai Tanda Kebesaran Allah
Oleh: Imam Ja’far Ash-Shadiq
Keluaran: Pustaka Hidayah
Halaman: 140 mukasurat
Salam

Suatu hari Al-Mufadhdhal bin Umar Al-Jufiy, seorang sahabat kepada Imam Ja’far Ash-Shadiq., bertemu dgn seorang ateis yang mendebatnya tentang keberadaan Tuhan dan pengaturan-Nya atas segala sesuatu. Baginya segala sesuatu terjadi tanpa kesengajaan. Tiada pencipta dan tiada pengaturan, melainkan segala sesuatu terjadi dengan sendirinya. Atas dasar inilah dunia ini ada dan akan tetap ada.

Begitu tajamnya argumen yang dibawanya sehingga Al Mufadhdhal tak dapat menguasai diri kerana kemarahan. Ia melaporkan hal ini kepada Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s maka Imam berkata kepadanya”
“Wahai Mufadhdhal, akan ku sampaikan kepadamu tentang kebijakan Pencipta Yang maha Agung dan Maha Suci dalam menciptakan alam, binatang buas, binatang melata, burung, singa dan seluruh yang bernyawa dari kelompok binatang, tumbuh-2an, pohon-2 yang berbuah.. Semua itu menjadi pelajaran bagi orang-2 yang mahu mengambil pelajaran. Mengenali-Nya menenangkan hati orang-2 yg beriman dan membingungkan orang-2 yang ingkar..”

Kitab ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bersamaan dengan 4 kali pertemuan..

Di pertemuan pertama
Menceritakan tentang Manusia, keteraturan padanya, perubahan ihwalnya dan pelajaran yang dapat dipetik darinya. Ianya terbahagi kepada 51 perkara kesemuanya. Dari yang sebesar-2 mengenai manusia sehinggalah yang sekecil-2nya mengenai manusia..

Di pertemuan kedua
Menceritakan tentang Haiwan samada haiwan di darat, di laut mahupun di udara. Ianya terbahagi kepada 36 jenis kesemuanya..
Berkata Imam: ” Wahai Mufadhdhal, makhluk itu ragu dalam kesesatan mereka dan mengikuti setan dan thaghut mereka. Mereka buta, tidak dapat melihat. Mereka bisu, tidak dapat berkata. Mereka tuli, tidak dapat mendengar. Mereka menyukai kehinaan. Mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk. Mereka berpaling dari keutamaan. Mereka hidup mewah dalam ladang dosa dan najis, seakan mereka terhindar dari kematian dan jauh dari hukuman. Celakalah mereka dengan kesengsaraan, lamanya penderitaan dan kerasnya siksaan mereka.

“Yaitu hari yang seorang karib tidak dapat memberi manfaat kepada karibnya sedikitpun dan mereka tidak akan mendapat pertolongan, kecuali orang yang diberi rahmat oleh Allah” QS AD-Dukhaan: 41-42

(Mufadhdhal berkata:) Ketika mendengar itu, aku menangis. Maka beliau berkata, “Janganlah engkau menangis. Engkau bebas dari itu jika engkau menerima, dan selamat jika engkau mengetahui.”

Di pertemuan ketiga
Menjelaskan mengenai ihwal langit, matahari, bulan, bintang-2, tata surya, malam, siang, panas, dingin, angin, tanah, air, udara, api, hujan, padang sahara, gunung, tanah liat, batu, pohon kurma dan pohon-pohonan serta bukti dan pelajaran dari semua itu. . Ianya terbahagi kepada 31 penerangan kesemuanya..

Di pertemuan keempat
Menceritakan tentang Kematian, Fana, Keyakinan orang yang bodoh, Empat aspek makrifat Al-Haq dan perinciannya. Ianya terbahagi kepada 12 keadaan kesemuanya..

Akhir kata sebuah kitab yang sungguh mengkagumkan..

10 Oktober 2008

Ibn ‘Arabi – Riwayat Hidup dan Perjalanan Seorang Sufi Agung


Ibn ‘Arabi – Riwayat Hidup dan Perjalanan Seorang Sufi Agung
Keluaran: Middle Estern Graduates Centre
Buku Asal bertajuk: Ibn ‘Arabi: The Voyage of No Return
Karya: Claude Addas
Halaman: 114 mukasurat

Ibn ‘Arabi telah menghasilkan 400 buah karya, ia adalah di antara penulis yang paling prolifik di dalam dunia persuratan Arab. Ada diantaranya yang pendek, dan ada yang panjangnya sehingga beribu-ribu halaman. Sebagai contoh Diwan Al-Maarif (Himpunan Pengetahuan Suci), sebuah himpunan puisi yang dikarang oleh beliau lalu dikumpulkan oleh Ibnu Arabi sehingga ke saat kematiannya; yang terkandung didalamnya puluhan ribu bait-2 puisi. Begitu juga dengan tafsir Quran yang dikarangnya, semuanya sekitar 64 jilid, tidak berjaya disiapkan dan sayangnya ianya sudah hilang. Yang tidak boleh tidak disebut ialah karyanya yang berjudul Futuhat Al-Makkiyah (Pembukaan kota Mekah).

08 Oktober 2008

Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf Al Hikam


Hakikat Hikmah Tauhid Dan Tasawuf Al Hikam (Jilid 1)
Keluaran: Pustaka Nasional Singapura
Oleh: Ibn Athaillah
Syarah Oleh: Prof. Dr. K.H. Muhibbuddin Waly
Halaman: 510 mukasurat

Salam..

Kitab Al-Hikam ini menurut Abuya (Prof. Dr. K.H. Muhibbuddin Waly) merupakan inti dalam ilmu Tauhid dan tasawuf dan ianya telah disyarahkan dengan baik dan dengan bahasa yang mudah dan sesuai dengan pengetahuan orang umum, syarahnya bermula dari matan 1 sehingga matan 99:

Ana nukilkan salah satu matannya yang ke 8.. hanya secara ringkasnya saja..

Matan 8: Terbuka Jalan Makrifat Kepada Allah

Apabila Allah membuka bagi anda jalan untuk mengenal-Nya, maka janganlah anda ambil perduli tentang sedikit amalanmu, kerana Allah swt tidak membukakan jalan tadi bagimu selain Ia-Nya berkehendak memperkenalkan (Dzat-Nya atau sifat-2-Nya) kepadamu. Tidakkah anda ketahui bahawa memperkenalkan itu adalah pemberian Allah atas anda. Sedangkan amal-2 (yang anda kerjakan) anda berikan amal-2 itu untuk Allah, dan di manakah fungsi pemberian anda kepada Allah apabila dibandingkan pada apa yang didatangkan Allah atas anda ?

Kalam Hikmah ini adalah sebagai berikut:


1. Hamba-2 Allah yang mengerjakan amal ibadah dgn sebanyak mungkin, tujuannya agar sampai kpd Allah dgn perasaan sepenuh hati dan perasaan mengenal Allah swt. Apabila kita tekun dan sabar mengerjakan amal ibadah, lama-kelamaan, Insya Allah pintu hati kita dibukakan oleh Allah swt utk mengenal (makrifat) kepada-Nya.
Makrifat kpd Allah ialah kita merasakan bahawa Allah “ADA” dimana saja kita berada. Allah melihat hal keadaan kita, dan pula perasaan kita yang bercampur dgn aqidah yang mendalam bahawa tidak ada yang berbuat dan berkuasa selain hanya Allah swt. Di mana saja kita berada, Allah selalu berserta kita. Segala perbuatan dan tindak-tanduk kita dilihat oleh Allah. Apa saja yang kita kerjakan adalah Allah yang menciptakannya.

2. …Kemungkinan juga terjadi sedikit amal ibadah yang kita kerjakan disebabkan penyakit yg ada pada tubuh kita, tetapi apabila makrifat kita kepada Allah sudah begitu mendalam, maka kita mengetahui dengan rasa yakin bahawa sakit itu lebih baik dari sihat, kerana kita dalam sakit boleh meningkat hal keadaan kita utk lebih dekat kpd Allah drp sihat dimana kita jauh drp-Nya…

3. Ketahuilah, bahawa Allah membuka jalan makrifat utk dpt kita kenal Allah, adalah merupakan kehendak-Nya, semoga dgn kurnia-Nya kita dpt dekat kepada Allah. Terbuka segala sifat-Nya dan termakan pengertian Asma-Nya dalam hati dan perasaan tubuh jasmaniah kita. Terbuka jalan ini adalah lebih besar nilainya drp amal ibadah yang banyak, tetapi sunyi atau sedikit sekali makrifat kita kpd Allah swt…

Kesimpulannya:
Bahawa kita selaku hamba Allah, biarlah amal ibadah kita sedikit, asal saja makrifat kita kepada Allah bersemayam di dalam diri kita. Ini adalah lebih bagus drp amal ibadah yang banyak tetapi hati kita lalai kepada Allah. Allah berfirman:

“Maka kecelakaanlah bagi orang-2 yang shalat, iaitu orang-orang yang lalai dari shalatnya, orang-orang yang berbuat riya.” QS Al-Maa’un: 4-6.

Apabila kita diberikan oleh Allah sebagian nikmat makrifat kepada-Nya, maka hendaklah selalu kita hadapkan hati kita kepada Allah dalam arti yang luas. Sebab Dialah yang Maha Berkehendak, Maha Berkuasa, Maha Pengasih, Maha Penyayang dan lain-lain dari sifat-2 Allah yang tidak terhingga banyaknya…

Inilah yang menyebabkan hamba-2 Allah yang soleh tidak putus-2 dari mulut mereka mengingat Allah dengan kalimat dialog:

“ illahi anta maksudi wa ridoka matlubi “
(Wahai Tuhanku! Engkaulah yang aku tuju dan keridhaan Engkaulah yang aku cari.)

07 Oktober 2008

Gulistan


Gulistan
Keluaran: Nuun
Oleh: Syeikh Musliuddin Sa’di Shirazi
Halaman: 524 mukasurat
Salam

Ketika membacanya, seolah-olah kita memasuki pintu-pintu yang membuat iman dan cinta kembali hidup. Menurut penulisnya, hanya melalui jalan cinta dan iman seseorang dapat memetik hikmah tertinggi yang dengan itu seseorang memperoleh pencerahan dan penyaksian luasnya kasih sayang Allah swt.

Setiap detik kita menarik nafas kehidupan
Aku yakin, tidak banyak lagi yang tersisa
Wahai engkau, yang terlena selama limapuluh tahun
Bisakah menebus kelengahanmu hanya dalam waktu lima hari ?
Genderang telah dipukul, waktu telah mendekat,
Tetapi mengapa mereka tidak segera mempersiapkan diri ?

Siapapun yang datang ke suatu tempat dan membangun gedung baru
Lalu dia pergi sebelum pekerjaan itu selesai
Maka sia-sialah mengharap orang lain akan menyambungkan pembangunan itu
Kerana pada akhirnya gedung itu tidak akan pernah siap dibangunkan
Siapkan bekalmu untuk perjalanan kalian menuju pusara masing-masing
Kerana tidak ada seorangpun yang akan mengirimkan ke pusaramu
Hanya sedikit waktu yang tersisa
Tetapi orang-orang tetap malas

Dengarkan baik-baik dan resapkan dalam hatimu nasihat dari Sa’di
Kerana ini adalah jalan yang harus dilalui setiap manusia
Bahagian terbesar dari tubuh manusia berada di wilayah perut
Jika secara teratur perut dikosongkan (dengan berpuasa),
Maka tidak akan ada kekhawatiran
Tetapi jika perut ditutup seperti tidak akan dibuka lagi
Maka mungkin jiwa akan putus asa
Dan juga jangan dibuka seperti tidak akan ditutup lagi
Pergi dan bersihkan tanganmu dari kehidupan duniawi



“Singkatnya, aku tidak boleh menahan lidahku untuk tidak berbicara dengannya. Aku yakin memalingkan wajah pada saat berbicara, adalah tindakan yang tidak baik. Apa lagi dia adalah teman yang sangat menyenangkan.”


Saat engkau berkelahi dengan seseorang
Pertimbangkanlah, apakah engkau
Meninggalkannya
Atau dia yang meninggalkanmu



Saat pagi hari, temanku mengisi ke dalam jubahnya dengan berbagai macam bunga, seperti bunga sepatu, bakung dan rerumputan segar untuk dibawa ke kota. Aku berkata kepadanya, “Engkau tahu bunga-bunga di taman itu akan mati dan musim akan sering berganti. Bak kata ahli falsafah, “Apa saja yang tidak abadi, tidak akan dihargai.”

Temanku kemudian menanyakan, “Lalu apa yang harus kulakukan ?”
“Aku akan menulis buku untuk menghiburkan orang yang membacanya, dan sebagai pedoman pada siapa yang menginginkan Taman Bunga, “Gulistan”, yang daunnya tidak boleh disentuh kesewenang-wenangan pergantian musim. Apa gunanya seikat bunga untukmu?. Ambillah sehelai daun dari “Taman Bungaku”.
Setelah mendengarkan kata-kataku, dia membuang bunga-bunga itu dari jubahnya, dan berlari menujuku sambil berkata, “Saat seorang teman yang baik hati berjanji, dia akan selalu menepati kata-katanya”.

Pada hari itu juga aku terus menulis dua bab, dengan judul kesopanan dalam masyarakat dan adab berbicara. Singkatnya, beberapa bunga-bunga di taman masih ada, saat buku Taman Bunga diselesaikan. Tetapi ianya baru benar-benar sempurna setelah diterima di istana shah. Bacalah dengan teliti dan hati yang terbuka. Diharapkan buku ini bisa menghibur dan tidak membosankan, kerana Taman Bunga adalah tempat yang menyenangkan.

Buku ini merupakan buku sastra persia yang sangat populer. Mungkin setanging dengan Mantiq alTayr / Musyawarah Burung (Fariduddin al-Atthar) dan Matsnawi-i (Jalaludin Rumi)

06 Oktober 2008

Mutiara Kata yang Indah Syarah Hikam


Mutiara Kata yang Indah Syarah Hikam (Jilid 1)
Keluaran: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Oleh: Ibn Athaillah
Susunan Oleh: Dr. Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri
Halaman: 521 mukasurat

Salam..

Kitab Syarah Al-Hikam ini menarik sangat cara pengolahannya, di mana ianya dibahagikan kepada 8 bahagian kesemuanya bermula dari matan 1 sehingga matan 72:

Ana nukilkan salah satu matannya yang ke 26, dibahagian 2..

Matan Hikmah 26:

Ibn ‘Ajibah berkata: “Sesiapa yang mengenali Allah swt sudah pasti dia kembali kepada-Nya pada setiap sesuatu dan bergantung kepada-Nya pada semua keadaan.

Syeikh Zarruq berkata: “Cukuplah dengan cara ini iaitu kembali kepada Allah swt merupakan tanda keuntungan. Sebaliknya kembali kepada nafsu ialah tanda kerugian.

Dari Matan Ibn Athaillah yang ke 26:
Antara alamat atau tanda kejayaan sesuatu pada akhirnya adalah dengan kembali kepada Allah swt pada permulaannya.

Mafhum Hikmah:
Antara tanda kerugian pada akhir sesuatu perkara ialah mengikut nafsu pada permulaannya. Hal ini adalah kerana jika permulaan dengan Allah swt natijah kesudahannya juga kepada Allah swt.

Iktibar Hikmah
1. Syeikh Zarruq berkata: “Antara alamat kerugian pada kesudahan sesuatu adalah dengan kembali kepada nafsu pada permulaannya. Hal ini adalah kerana jika permulaannya dengan Allah swt, pasti kesudahannya juga kepada Allah swt.

2. Syeikh Al-Nahjuri berkata: “Sesiapa yang kenyangnya dengan makanan, dia sentiasa lapar. Siapa yang kayanya dengan harta, dia fakir sentiasa. Siapa yang memohon hajat kepada selain Allah swt, dia sentiasa dihalang dan siapa yang minta pertolongan dalam urusannya kepada selain Allah swt, dia sentiasa hina.

3. Sebahagian ulama tasawuf berkata: “Sesiapa yang menyangka bahawa dia akan sampai kepada Allah swt dengan yang lain selain Allah swt, dia tak akan sampai, dan sesiapa yang minta pertolongan dalam ibadat kepada dirinya sendiri nescaya akan diserahkan kepadanya.

4. Ibn Ajibah berkata: “Jika kamu mahu cita-citamu berjaya dan hajatmu sampai perlulah pada awalnya lagi kamu kembali kepada Allah swt. Buangkan segala keupayaan dan kekuatan yang bergantung padamu.

5. Benarlah kata setengah penyair yang maksudnya:
Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk menolongnya,

Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.

04 Oktober 2008

Bersuci

Salam..

Jika kita sedang bersuci, lihatlah pada kejernihan, kelembutan dan kemampuan air untuk menyucikan dan membersihkan. Sesungguhnya Allah menjadikan air penuh keberkahan:

“Dan Kami turunkan air dari langit penuh keberkahan” QS 50:9

Pergunakanlah air untuk menyucikan anggota-2 tubuh yang diperintahkan-Nya. Mensucikan diri kerana Allah swt seperti kesucian air itu sendiri.

Bersihkan wajah hati dari pandangan selain-Nya.
Basuhlah tangan dari hak orang lain.
Usapkan kepala dari bangga selain-Nya.
Lalu bersihkan kedua kaki dari langkah selain-Nya.
Dan bersyukurlah kepada Allah swt yang mengilhamkan agama kepada kita..

03 Oktober 2008

Penyelamat Dari Kesesatan


Penyelamat Dari Kesesatan
Kitab asal bertajuk Munqidh Min Ad-Dalal
Oleh: Imam Al-Ghazali ra
Halaman: 96 mukasurat

Salam
Sebuah autobiografi yang menerangkan pengalaman-2 Imam Al-Ghazali ra yang terpenting dalam bidang akliah dan rohaniah. Ia mencakupi persoalan falsafah, gerakan Batiniah, Ilmu Kalam, Tasawuf dan yang teristimewa tentang detik-2 ia mengubah cara hidupnya meninggalkan keagungan dunia akademik di Universiti Nizamiah, Baghdad dan kemewahan yang dimilikinya untuk menjadi seorang zahid dan pencari kebenaran.
Kitab yang telah menarik perhatian ramai di timur maupun di barat, khususnya para sarjana falsafah dan agama, sejak 900 tahun yang lalu, kerana kemampuannya memberikan petunjuk kepada manusia untuk mencari kebenaran. Kitab ini khusus sebagai panduan kepada murid-2 ilmu suluk, yang berhubung rapat dengan kebatinan para murid dalam ilmu shufi. Dimulakan membicarakan mazahab-2 syakkiyah sebagai pendinding bagi mereka supaya tiada terpesong daripada jalannya yang benar, di teruskan pula dengan mendedahkan kategori murid dalam penglibatan masing-2 dalam golongan-2 mutakallimin (ahli ilmu kalam), bathiniyah (ahli kebatinan), filosuf dan shufi.
Akhir kata kitab nie eloklah dibaca bagi yang dahagakan ilmu..