30 Oktober 2008

Misteri Alam Kubur


Misteri Alam Kubur
Oleh: Syeikh Daud Abdullah Al-Fatani
Keluaran: Sinar Media Services
Halaman: 176 mukasurat
Salam
Merupakan sebuah karya yang diadaptasikan daripada sebuah kitab lama yang ditulis Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani. Kitab asal bertajuk Kasyful Ghummah pada menyatakan kelakuan orang mati dan hal hari kiamat.

Kitab ini membuatkan kita lebih banyak mengingati kematian. Dengan mengetahui rahsia di alam kubur dan mengawal manusia daripada dihanyutkan oleh arus hawa nafsu yang mendorong kearah keburukan.

Ana nukilkan sedikit dari bahagian ucapan salam kepada penghuni kubur.
Dalam riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah ra menyebutkan bahawa Rasulullah saw keluar ke perkuburan seraya berkata:


“Salam sejahtera kepada kamu penghuni negeri kaum mukminin dan kami Inysa Allah akan menyusul kamu.”

Dalam riwayat Al-Nasa’ie dan Ibn Majah daripada Buraidah menyebutkan bahawa Rasulullah saw mengajar kepada mereka apabila keluar ke kubur supaya menyebutkan:

“Salam sejahtera ke atas kamu penduduk negeri-negeri daripada kalangan umat Islam. Kami sesungguhnya akan menyusuli kamu. Kamu mendahului kami dan kami akan mengikuti kamu. Aku memohon kepada Allah agar diberikan keselamatan kepada kami dan kamu.”

Dari At-Tirmidzi daripada Ibn Abbas ra berkata. Rasulullah saw lalu pada satu kubur di Madinah, lalu menghadap kepada mereka seraya berkata:

“Salam sejahtera ke atas kamu wahai ahli kubur, semoga Allah mengampuni kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami bakal menjejaki.”

Kitab nie dibahagikan kepada 46 bahagian kesemuanya. Akhir kata sebuah kitab yang amat teliti..

Tiada ulasan: