06 Oktober 2008

Mutiara Kata yang Indah Syarah Hikam


Mutiara Kata yang Indah Syarah Hikam (Jilid 1)
Keluaran: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Oleh: Ibn Athaillah
Susunan Oleh: Dr. Zulkifli Bin Mohammad Al-Bakri
Halaman: 521 mukasurat

Salam..

Kitab Syarah Al-Hikam ini menarik sangat cara pengolahannya, di mana ianya dibahagikan kepada 8 bahagian kesemuanya bermula dari matan 1 sehingga matan 72:

Ana nukilkan salah satu matannya yang ke 26, dibahagian 2..

Matan Hikmah 26:

Ibn ‘Ajibah berkata: “Sesiapa yang mengenali Allah swt sudah pasti dia kembali kepada-Nya pada setiap sesuatu dan bergantung kepada-Nya pada semua keadaan.

Syeikh Zarruq berkata: “Cukuplah dengan cara ini iaitu kembali kepada Allah swt merupakan tanda keuntungan. Sebaliknya kembali kepada nafsu ialah tanda kerugian.

Dari Matan Ibn Athaillah yang ke 26:
Antara alamat atau tanda kejayaan sesuatu pada akhirnya adalah dengan kembali kepada Allah swt pada permulaannya.

Mafhum Hikmah:
Antara tanda kerugian pada akhir sesuatu perkara ialah mengikut nafsu pada permulaannya. Hal ini adalah kerana jika permulaan dengan Allah swt natijah kesudahannya juga kepada Allah swt.

Iktibar Hikmah
1. Syeikh Zarruq berkata: “Antara alamat kerugian pada kesudahan sesuatu adalah dengan kembali kepada nafsu pada permulaannya. Hal ini adalah kerana jika permulaannya dengan Allah swt, pasti kesudahannya juga kepada Allah swt.

2. Syeikh Al-Nahjuri berkata: “Sesiapa yang kenyangnya dengan makanan, dia sentiasa lapar. Siapa yang kayanya dengan harta, dia fakir sentiasa. Siapa yang memohon hajat kepada selain Allah swt, dia sentiasa dihalang dan siapa yang minta pertolongan dalam urusannya kepada selain Allah swt, dia sentiasa hina.

3. Sebahagian ulama tasawuf berkata: “Sesiapa yang menyangka bahawa dia akan sampai kepada Allah swt dengan yang lain selain Allah swt, dia tak akan sampai, dan sesiapa yang minta pertolongan dalam ibadat kepada dirinya sendiri nescaya akan diserahkan kepadanya.

4. Ibn Ajibah berkata: “Jika kamu mahu cita-citamu berjaya dan hajatmu sampai perlulah pada awalnya lagi kamu kembali kepada Allah swt. Buangkan segala keupayaan dan kekuatan yang bergantung padamu.

5. Benarlah kata setengah penyair yang maksudnya:
Jika Allah swt tidak menolongmu apa-apa yang kamu hendak, Nescaya tidak mungkin makhluk menolongnya,

Jika Dia tidak menunjukkanmu pada setiap jalan, Nescaya sesatlahmu sekalipun pakar yang menunjukkannya.

2 ulasan:

firusfansuri berkata...

Saudara,
dari mana boleh dapatkan syarah hikam ini?

UnInX berkata...

Salam

Saudara blehlah dapatkannya di sini: http://www.ns.gov.my/mufti/index.php?option=com_content&task=view&id=74&Itemid=74

Semoga dipermudahkan..