30 September 2008

Salam Aidil Fitri 1429


Salam
Terima Kasih.. Maaf Zahir Batin Lillahi Taala

29 September 2008

Ayyuhal Walad (Wahai Anakku Yang Tercinta)


Ayyuhal Walad (Wahai Anakku Yang Tercinta)
Keluaran: Khazanah Banjariah
Oleh: Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ra
Halaman: 84 Mukasurat

Salam..

Kandungan surat Imam Al Ghazali ra. ini sangat ikhlas sekali di dalam memberi nasihat dan dicelah-2 ungkapan beliau tersingkap kebolehan Imam Al Ghazali ra dalam menggambarkan tipuan dunia yg fana ini dan kekalnya akhirat dan betapa perlunya kita kpd iman, amal soleh dan kejernihan jiwa. Kasih sayang Imam Al Ghazali ra terhadap murid-2nya menerusi nasihat ini kerana ia disampaikan dalam bahasa yang lembut, menyentuh hati nurani sehingga kadang-2 dapat mengalirkan air mata dan memberikan kesan yg sangat mendalam sekali, bagi sapa-2 yang ingin berubah dalam hidup.

Dalam kitab ini menceritakan 25 Nasihat kesemuanya.. Ana nukilkan dua dari Nasihatnya..

Nasihat 6: Hakikat Hidup, Cinta Dan Amal.
Wahai anakku yang tercinta,

Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.


Nasihat 7: Dahulukan Belajar Ilmu Yang Fardhu Ain.
Wahai anakku yang tercinta,

Apakah hasil yang akan engkau perolehi drp menghabiskan masa hanya belajar ilmu Al-Kalam (perbahasan ilmu Tauhid yg dalam-2) dan ilmu al Khilaf (perbahasan ilmu Fekah yang halus-2) dan ilmu at-Thib (Ilmu perubatan) dan ilmu ad Dawawin wal Syir (ilmu berkenaan dgn dewan syair arab) dan ilmu an Nujum (ilmu peredaran bintang) dan ilmu A’rud (ilmu yg berkenaan dgn timbangan syair Arab) dan ilmu an Nahu wa Tasrif (ilmu yg berkenaan dgn kaedah bahasa Arab) selain drp mempersia-siakan umur dgn menyalahi perintah Allah yang Maha Besar: Maksud disini adalah (belajar ilmu berlebih-2an dan membuang masa mempelajari masalah yg halus-2 sehingga tidak mempunyai masa utk belajar ilmu yang fardhu Ain).

Sesungguhnya aku telah melihat di dalam Injil Nabi Isa a.s ada disebutkan:

Mulai seorang mayat diletakkan di atas keranda sampai mayat itu diletakkan di tepi kuburnya, Allah taala telah bertanya kepadanya 40 soalan. Yang pertama sekali ialah:

“Wahai hambaKu ! Kenapa engkau sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan menusia kepadamu (iaitu anggota badanmu yang zahir) tetapi engkau tidak peduli kepada tempat pandanganKu (Hati engkau) walaupun hanya satu saat”.

Dan setiap hari Allah taala memandang ke dalam hatimu lalu ia berfirman: “Kenapa engkau hanya memberikan perhatian kepada selain daripadaKu, sedangkan engkau dikelilingi dengan ehsanKu. Apakah engkau sebenarnya tuli, dan tidak dapat mendengar lagi”.

28 September 2008

SATA’AT (Cahaya Yang Terang Benderang)


SATA’AT (Cahaya Yang Terang Benderang)
Keluaran: Pustaka Aman Press
Oleh: Syah Waliyullah
Halaman: 112 Mukasurat

Salam..

Faqir Waliyullah berkata bahawa ini adalah beberapa perkataan yang dinamakan sata’at (Cahaya) iaitu satu penerangan berkenaan rahasia KeTuhanan yang mana adalah berhubungan antara Zat Mutlak dengan alam Nyata dan sedikit daripada sifat-sifat dan kesan-kesan. Kepada Allah saya memohon pertolongan dan kepadaNya juga saya bertawakal.

Dalam kitab ini telah dihuraikan 46 penerangan kesemuanya.. Ana nukilkan salah satu daripada penerangannya..

Penerangan 23:
Jika kita katakan, bahawa ‘Gulistan’ itu ditulis atas lembaran kertas, dibaca oleh anak-2 dan disimpan dalam hati mereka, telah terzahir 500 tahun yang silam dan pengarangnya Syeikh Sadi, maka semua ini adalah betul, kerana tiap-2 satu kenyataan itu memberi penerangan tentang wujudnya yang lain, iaitu ianya ditulis dengan tulisan tangan, dibaca dengan melalui bentuk-2 huruf, tersimpan dalam bentuk akal dan adalah karangan Syeikh Sadi iaitu susunan perkataan-2nya adalah kerja keupayaan akal beliau, dan 500 tahun telah berlalu sejak mulanya ‘Gulistan’ itu terzahir.

Perkara-2 ini adalah sama dengan semua buku dalam setiap bahasa baik moden atau lama. Dengan ibarat perkara-2 ini, tahulah anda bahawa Al Quran itu juga ditulis atas lembaran kertas, dibaca dengan lidah, disimpan dalam hati, dan yang empunya perkataan (atau yang bercakap di situ) ialah Allah. Satu lagi perkara ditambah di sini ialah ianya qadim (kekal) kerana satu bentuknya yang lain telah ada memang wujud dalam Inayat Azaliah sebelum pun terzahir alam semesta ini.

26 September 2008

Al Hikam Rampai Hikmah


Al Hikam Rampai Hikmah
Keluaran: Serambi
Oleh: Ibn Athaillah
Syarah Oleh: Syeikh Fadhlalla Haeri
Halaman: 264 mukasurat

Salam..

Kitab Al-Hikam ini telah di syarahkan oleh Syeikh Fadhlalla haeri, dimana syarahnya telah dibahagikan kepada 30 bahagian kesemuanya bermula dengan bahagian:
1. Berserah pada takdir dan Anugerah
2. Agar Hati Tak Teralingi
3. Berjuang dari aib menuju yang gaib
4. Berhijrah kepada Allah
5. Terus melangkah dalam berserah

26. Ilham
27. Godaan Dunia
28. Takutlah kepada Allah
29. Allah, Manusia dan Alam
30. Zikir dan Pikir

Ana nukilkan salah satu matannya dibahagian 2. Agar Hati Tak Teralingi

Matan 11:
Pendamlah wujudmu dalam “tanah” tak dikenal, kerana sesuatu yang tumbuh dari benih yang tak ditanam (terlebih dahulu), buahnya tiada sempurna.

Syarah (Keterangan):
Hanya amal yang didasarkan pada penghambaan yang rendah hati dan persembahan di jalan Allah lah yang bisa menghasilkan buah dan keterbebasan dari kepalsuan dan bayang-bayang makhluk. Bila seseorang menginginkan nama baik atau penghargaan, maka buahnya akan masam dan busuk kerana watak dunia yang selalu berubah. Salik yang berhasil tidak memperdulikan hasil akhir amal kerana ia merasakan rahmat-Nya sejak awal penyerahan dirinya kepada Allah

25 September 2008

Al-Ghazali: The Alchemist Of Happiness


Salam..


Tema utama filem ini ialah ‘Al-Ghazali adalah ubat kepada dunia yang sedang tenat pada hari ini’.

Dibintangi oleh para pelakon Ghorban Nadjafi berlakon sebagai Imam al-Ghazali. Turut dibintangi oleh Mitra Hajjar, sebagai isteri Imam al-Ghazali. Namun demikian, tidak wujud sama sekali sebarang dialog di antara Imam al-Ghazali dan isterinya di dalam filem ini.

Robert Powell, sebagai ‘suara’ kepada Imam al-Ghazali. Teks pada ‘suara’ ini diambil daripada autobiografi yang ditulis oleh Imam al-Ghazali sendiri iaitu, Kitab al-Munqidh min al-Dalal (Penyelamat dari Kesesatan), yang menceritakan perjalanan hidupnya, yang akhirnya membawa beliau memfokuskan diri kepada ilmu tasawwuf.
Kawasan ini terletak di Tus, iaitu tempat kelahiran Imam al-Ghazali, dan juga tempat kembalinya beliau sesudah bermusafir bertahun-tahun. Di sini terdapat memorial Imam al-Ghazali. Malangnya, kubur sebenar Imam al-Ghazali tidak dapat dipastikan di mana lokasinya pada hari ini

Sumber:
http://hembusan.blogspot.com/2007/01/alchemist-of-happiness-ep-1.html

Bleh tengok citer nie kat sini:

Suhbah.

Salam..
Suhbah memberi kesan kpd akhlak serta perjalanan hidup seseorang.. Jika lihat di zaman kegelapan jahiliah, para sahabat ra tidak mencapai kedudukan yang terpuji, kecuali setelah mereka bersuhbah dengan Rasulullah saw serta duduk bersama baginda saw. Begitulah juga dengan para tabien, mereka telah mendahului orang lain dalam memilih kemuliaan setelah bertemu dan mengikuti pada sahabat Rasulullah saw.

Dari sudut lain, manusia tidak sunyi daripada penyakit hati.. Melalui diri sendiri, penyakit yang tersembunyi seperti Ujud, Riya’, Nifaq, Hasad, Ego, Sombong, Bakhil dan sebagainya tidak dapat diketahui. Bahkan kadang-2 manusia menyangka bahawa dia adalah manusia yang paling sempurna akhlaknya dan paling teguh agamanya, sedangkan dia sebenarnya adalah orang yang jahil murakkab dan berada dalam kesesatan yang nyata.

Firman Allah swt:
“Katakanlah: Apakah (kamu ingin) Kami khabarkan kepadamu tentang orang yang paling rugi perbuatannya? Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka mereka berbuat sebaik-baik.” QS Al-Kahf:103-104

Seseorang manusia tidak mungkin mampu untuk melihat keaiban wajahnya sendiri, kecuali dengan cermin yang bersih yang mampu memperlihatkan gambaran sebenar keadaannya. Begitu juga seseorang mukmin, dia semestinya mempunyai saudara mukmin yang ikhlas, jujur dalam memberi nasihat.. Dia berkawan dengannya serta sentiasa mendampinginya, lalu kawan tadi memperlihatkan kepadanya keaiban diri dan memberitahu tentang penyakit-2 hati yang tersembunyi sama ada dgn kata-2 ataupun hal..

Di antara cermin ada yang tidak rata dan bertompok-2 yang akan mengubah kecantikan bentuk wajah. Beginilah keadaan kawan-2 di antara mereka ada yang tidak memperlihatkan kepadamu tentang hakikat dirimu yang sebenar. Dia memujimu sehingga kamu menyangka diri kamu sempurna lalu hatimu dipenuhi dengan Tipu Daya dan Ujud.

Apabila kamu berada dalam satu tempat maka bersahabatlah dengan golongan terpilih (berakhlak tinggi) diantara mereka.
Jangan kamu berkawan dengan orang yang rosak lalu kamu akan rosak binasa bersama mereka.
Tentang seseorang, janganlah kamu bertanya dengan (tuannya) tetapi tanyalah kepada kawannya.
Kerana semua orang yang berkawan pasti mengikut kawannya..


Firman Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar”. QS At-Taubah: 119

Sabda Rasulullah saw:
Diriwayatkan oleh Abu Ya’la, daripada Ibnu Abbas ra huma katanya: Dikatakan kepada Rasulullah saw: wahai Rasulullah saw! Kawan kami (yang kami duduk bersamanya) yang mana satukah yang paling baik? Jawab Baginda saw: Orang yang apabila kamu melihat kepadanya boleh mengingatkan kamu kepada Allah swt, percakapannya menambahkan ilmumu serta amalannya mengingatkan kamu kepada akhirat.

Abu Hamin Al-Ghazali ra.
Imam Hujjatul Islam ra berkata: “Menyertai ahli sufi adalah fardhu ain kerana seseorang itu tidak sunyi daripada keaiban dan penyakit, kecuali anbiya alaihimussalam.

Beliau berkata: “Pada mulanya aku mengingkari keadaan orang-2 soleh serta kedudukan orang arifin sehinggalah aku bersuhbah dengan Syeikhku iaitu Yusuf An-Nassaj. Beliau sentiasa menggilapku dengan mujahadah sehingga aku memperolehi warid, lalu aku melihat Allah swt di dalam tidur.
Allah berkata kepadaku: “Wahai Abu Hamid! Tinggalkan kesibukan hatimu dan bersuhbahlah dengan kaum yang Aku jadikan mereka di bumiKu sebagai tempat Aku memandang. Mereka adalah orang yang menjual dunia dan akhirat demi cintaKu”.
Aku berkata: “Demi keagunganMu – aku tidak akan mengecapinya – jika Engkau tidak memberikan diriku dengan ketenangan berbaik sangka terhadap mereka”.
Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku telah lakukan perkara tersebut. Pemutus di antara kamu dan mereka ialah kesibukanmu mencintai dunia. Maka keluarlah daripadanya dengan pilihanmu sendiri sebelum kamu keluar dalam keadaan terhina. Sesungguhnya telahKu limpahkan cahaya dari samping qudusKu”.
Tiba-2 dalam keadaan gembira aku terjaga dari tidur. Selepas itu aku pergi berjumpa dengan Syeikhku, lalu aku ceritakan mimpiku, beliau tersenyum sambil berkata” “Wahai Abu Hamid! Ini adalah bentangan kami yang lahir pada permulaannya, bahkan sekiranya kamu bersuhbah denganku nescaya basirahmu akan memperolehi pertolongan dan bantuan..

24 September 2008

Al Hikam Induk Hikmah


Al Hikam Induk Hikmah
Keluaran: Thinkers Library
Oleh: Syeikh Ibn ‘Athaillah As-Sakandari ra
Halaman: 136 mukasurat

Salam..

Antara kitab-2 tasawuf yang menjadi favorit ana adalah dari tulisan Syeikh Ibn ‘Athaillah As-Sakandari ra.. semakin mentelaah kitab-kitabnya semakin bertambah hikmah-hikmah baru..

Kitab Hikam nie terdiri dari dua bahagian iaitu matan (pati) dan syarah (keterangan matan).. Ana nukilkan salah satu matan dan syarahnya..

Matan 1:
Di antara tanda-2 sifat mengutamakan amal sendiri ialah kurangnya pengharapan terhadap rahmat Allah swt ketika melakukan kesalahan.

Syarah (Keterangan):
Ada orang bersandar kepada amalnya untuk membolehkan memasuki syurga atau merasa selamat dari seksa Allah swt. Ada pula yang menyandarkan diri kepada amalnya untuk boleh (sampai) pada Allah swt dan menyingkap hijab hati. Menurut pengarang, keduanya adalah tercela, kerana timbul dari nafsu yang menganggap bahawa amal itu datangnya dari diri sendiri, sehingga mengutamakan amalnya bagi mencapai tujuan. Sedangkan orang yang arif tidaklah demikian. Mereka sama sekali tidak menganggap diri mereka mempunyai amal.. Apa lagi untuk bersandar kepadanya. Mereka berpendapat, yang hakiki hanyalah Allah swt, Raja’ (Harap) orang-orang yang arif ini tidak bertambah oleh sesuatu sebab dan tidak pula berkurang oleh sesuatu sebab. Raja’ (Harap) dan Khauf (Takut) mereka adalah seimbang dalam segala keadaan.

23 September 2008

Rukuk

Salam..

Rukuklah seperti rukuknya orang yang khusyuk dihadapan Allah swt. Rukuklah dengan hati dan tundukkan anggota tubuh anda. Sempurnakan rukuk dan tinggalkan apa yang bermain dipikiran anda demi melaksanakan perintah-Nya. Sesungguhnya Anda tidak akan mampu menunaikan ibadah fardhu kecuali dengan pertolongan-Nya, dan tidak akan mencapai keridhaan-Nya kecuali dengan rahmat-Nya. Anda juga tidak akan mampu menjauhi perbuatan maksiat kecuali dengan penjagaan-Nya (ishmah), dan tidak akan selamat dari siksa-nya kecuali dengan ampunan-Nya.

Rasulullah saw bersabda: “Seseorang tidak akan masuk syurga kerana amal perbuatannya.
Mereka (sahabat) bertanya, Tidak juga anda wahai Rasulullah saw ?,
Rasulullah saw menjawab, Tidak juga aku, kecuali Allah mencurahkan rahmat-Nya kepadaku.”

19 September 2008

Perawan Suci Dari Basrah Jenjang Sufisme Rabi’ah Adawiayah


Perawan Suci Dari Basrah Jenjang Sufisme Rabi’ah Adawiayah
Oleh: AJ Siraaj & A.H Mahmud
Keluaran: Fajar Pustaka
Halaman: 320 Mukasurat

Salam..

Rabi’ah Adawiyah sentiasa bangun pada tengah malam untuk melakukan ibadah, bermunajat kepada Allah yang maha tinggi, bertawassul kepada-Nya, memohon perkenan-Nya, memohon ampunan dan menyatakan bertaubat, bersedih dan menangis, seraya mengharapkan rahmat-Nya. Zikrullah (Mengingati Allah) adalah perkara yang selalu menghiasi lisannya, juga di dalam hatinya, baik pada saat ia terjaga maupun dalam keadaan tertidur, baik saat berdiri maupun saat duduk. Rabi’ah tidak menyenandungkan apapun, selain hanya mengharapkan keridhaan-Nya. Ia juga tidak disibukkan oleh keluarga yang berbahagia, suami yang terhormat serta harta yang melimpah.
Saat yang paling berharga bagi kaum wanita adalah ketika ada lelaki datang meminangnya. Saat pertunangan merupakan saat yang sangat indah bagi seorang anak perawan, saat itulah ia merasa paling cantik, diajak mengharungi suka duka berumah tangga, memadu cinta sehidup semati.
Kemudian hari pernikahan, hari yang mengubah status dirinya dari seorang anak remaja menjadi raja sehari. Pikiran yang penuh dengan keindahan.
Pada saat dia masih berusaha untuk membebaskan dirinya dari perasaan cinta yang bisa menandingi kecintaannya kepada Allah s.w.t. Rabiah Al-Adawiyah memandang kaum lelaki tidak lebih sekadar saudara yang tulus dan ikhlas. Menurut Rabiah pasangan antara wanita dengan lelaki ibarat langit dan bumi. Saling memberi, tanpa ada yang menuntut balasan. Bumi sudah sewajarnya berterima kasih kepada langit yang telah banyak memberi. Dan langit pun harus berterima kasih pula kepada bumi yang telah mahu menerima pemberiannya.
Artinya, perhubungan pergaulan antara lelaki dan perempuan itu tidak harus dinodai dan dikotori oleh nafsu.

Akhir kata, sebuah kisah yang sangat menarik.

18 September 2008

Wasiat-Wasiat Rasulullah Kepada Ibnu Abbas


Wasiat-Wasiat Rasulullah Kepada Ibnu Abbas
Keluaran: Pustaka Ilmi
Ketebalan: 156 mukasurat

Salam..
Dalam satu hadis yang cukup panjang, Rasulullah saw pernah berwasiat kepada Ibnu Abbas melalui sabdanya:
“Wahai ghulam (panggilan untuk anak kecil), mahukah aku ajarkan kepada engkau beberapa perkara ?
Ibnu Abbas menjawab: Mahu, ya Rasulullah saw.
Rasulullah saw kemudian bersabda: Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu. Peliharalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan, maka pohonlah kepada Allah. Ingatlah Allah ketika engkau dalam kesenangan, nescaya Allah akan mengingatimu ketika engkau dalam kesusahan. Pen telah diangkat dan lembaran suhuf telah kering. Sekiranya manusia berkumpul untuk memberikan sesuatu kepadamu yang tidak ditetapkan oleh Allah, maka mereka tidak akan dapat melakukannya. Dan sekiranya mereka juga berkumpul untuk menghalang sesuatu daripadamu yang telah ditetapkan oleh Allah, maka mereka tidak akan dapat melakukannya. Ketahuilah bahawa bagi setiap kesukaran itu ada kelapangan dan bagi setiap kesusahan itu ada kemudahan.”

Dalam kitab ini dibahagikan kepada 14 bab yang menghuraikan perihal hadis di atas ini satu persatu secara detail dimulai dengan bab:
1. Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu
2. Allah Akan menjagamu
3. Jagalah Allah, Nescaya engkau akan mendapati Dia di hadapanmu
4. Kenalilah Allah di kala engkau senang, maka Dia akan mengenalimu di kala engkau susah
5. Jika engkau meminta, maka mintalah kepada Allah
6. Jika engkau memohon pertolongan, maka pohonlah kepada Allah
7. Pen telah di angkat dan catatan-2 sudah kering
8. Sekiranya semua makhluk ingin memberimu manfaat dgn sesuatu yang tidak ditentukan oleh Allah, maka mereka tidak akan dpt berbuat apa pun.
9. Ketahuilah, kesabaran terhadap apa yang engkau benci mengandungi banyak kebaikan
10. keputusan Allah
11. Ketahuilah kemenangan itu bersama kesabaran
12. Bersama kemudahan itu terdapat kesukaran
13. Sesungguhnya bersama kesukaran itu terdapat kemudahan
14. Kisah-2 menarik

15 September 2008

Cinta Suci Perawan Sufi Pengembaaan Rohani Rabiah Al-Adawiyah


Cinta Suci Perawan Sufi Pengembaaan Rohani Rabiah Al-Adawiyah
Oleh: Ibnu Mahalli Abdullah Umar
Keluaran: Kreasi Wacana
Halaman: 379 mukasurat
Salam..
Membaca kitab nie terasa seakan-2 hidup semasa Rabiah Al Adawiyah. Penulis juga mengaku bahawa sumbanya banyak diperoleh dari muridnya iaitu Abdah binti Abi Syawal. Ana nukilkan sedikit soal jawab Rabiah:

Seseorang bertanya kepada Rabiah: Wahai Rabiah, bagaimanakah hubunganmu dengan Allah di dunia ini ?
Rabiah menjawab: Seperti hubungan antara tamu dengan tuan rumah. Seorang tamu tidak perlu bersusah payah melayani dirinya, kerana tuan rumahlah yang berkewajiban memuliakan dan melayani keperluan tetamu.

Orang itu bertanya: Mengapa kamu tidak langsung mengemukakan permasalahan dirimu kepada Allah dengan berdoa ?, bukankah Allah memerintahkan kepada kita untuk berdoa, dan berjanji akan memperkenankan doanya ?
Rabiah menjawab: Saya merasa tidak perlu menyibukkan diri dengan melakukan hal tersebut. Jadi kenapa perlu saya bersusah payah berdoa, sedangkan saya telah mendapat jaminan dari sisi-Nya. Dia yang paling mengetahui seluruh rahsia diriku, dan dia pula yang lebih mengerti keperluanku sebelum saya ucapkan kepada seseorang.

Seseorang bertanya: Engkau seorang yang banyak menangis, tapi seolah-olah engkau tidak mengasihi terhadap dirimu sendiri. Mengapa hal ini engkau lakukan, wahai Rabiah.
Rabiah menjawab: Orang yang memaksakan dirinya bekerja keras ketika di dunia, akan memperoleh kenikmatan dan kasih sayang kelak iaitu pada hari kiamat.

Orang itu bertanya: Engkau tidak berhenti bersedih dan berduka cita, apakah yang menyebabkan engkau demikian?
Rabiah menjawab: Hal yang menyebabkan saya berduka-cita dan bersedih adalah kerana saya sama sekali tidak mengerti apakah Allah meredhai atau memurkai diriku.

Orang itu bertanya: Selama ini kita lihat dirimu seperti orang yang terbuang, dari manakah asalmu, wahai Rabiah ?
Rabiah menjawab: Saya dari negeri akhirat.

Orang itu bertanya: Dari negeri akhirat ? lalu engkau mahu pergi kemana ?
Rabiah menjawab: Saya mahu pergi ke alam akhirat.

Orang itu bertanya: Apakah yang engkau perbuat di dunia ini ?
Rabiah menjawab: Saya bermain-main saja terhadap dunia.

Orang itu bertanya: Apa maksudmu bermain-main itu ?
Rabiah menjawab: Saya makan roti di dunia, tetapi saya beramal untuk akhirat.

SALAM

Salam..

Al-Salam adalah salah satu nama dari nama-nama Allah swt yang diberikan kepada makhluknya untuk dipakai, maknanya dalam perhubungan dan pergaulan sesamanya. Jika anda ingin memperolehi keselamatan, ucapkanlah salam kepada teman-teman anda dan kasihanilah orang yang tidak mengasihani diri sendiri, sebab makhluk selalu dalam ujian dan cubaan. Adakalanya seseorang dicuba dengan nikmat untuk menampakkan kesyukurannya, atau dicuba dengan penderitaan untuk memperlihatkan kesabarannya.

Allah berfirman: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: ‘Tuhanku telah memuliakanku’. Adapun bila Tuhannya mengujinya dengan membatasi rezekinya maka dia berkata: ‘ Tuhanku telah menghina aku’. Sekali-kali tidak demikian.” (QS. Al-Fajr :15~17)

Ketahuilah bahawa kemuliaan itu terletak pada ketaatan, dan kehinaan itu pada kemaksiatan. Siapa saja yang mengikuti hawa nafsunya, Allah akan menghinakannya.

12 September 2008

Kitab Adab Dalam Agama


Adab Dalam Agama
Kitab asal bertajuk Adab Fiddin
Oleh: Imam Al-Ghazali ra.
Keluaran: Pustaka Muda
Halaman: 70 muka surat

Salam..

Kitab nie dibahagikan kepada 11 bab kesemuanya.. manakala setiap bab-2 tersebut dipecahkan lagi kepada bahagian-2 secara terperinci sebagai contohnye lihat pada bab yang ke enam (6).
1. Adab Muslim
2. Adab Ajar mengajar
3. Adab dalam shalat
4. Adab shaum – Haji
5. Adab sehari-hari
6. Adab sedekah
6.1 Adab Memberi Sedekah
6.2 Adab Meminta Sedekah
6.3 Adab Pemberi Hadiah
6.4 Adab Penerima Hadiah
6.5 Adab Orang Kaya
6.6 Adab Fakir Miskin
7. Adab jual beli
8. Adab pinang meminang
9. Adab suami isteri
10. Adab dgn hubungan kerabat dan masyarakat
11. Adab jihad

Ana nukilkan satu huraian oleh Imam Al Ghazali ra dalam bab Adab Sehari-hari di bawah tajuk Adab Bergaul.
Apabila mendatangi suatu majlis atau sekelompok orang yang sedang berkumpul maka hendaklah mengucapkan salam kepada mereka. Jangan sekali-kali menerobos maju ke depan, tapi hendaklah tetap di tempat di mana ia sampai. Hendaknya mengkhususkan mengucapkan salam kepada orang yang paling dekat posisi duduknya dengannya.

Jangan mendengarkan pembicaraan orang yang sedang mengucapkan perkataan kotor. Hendaknya melupakan perbualan kotor mereka. Hendaklah menjauhi pertemuan dengan orang-orang semacam itu, kecuali bila terpaksa ada keperluan yang mendesak.

Jangan meremehkan sesiapapun dan apa pun posisinya kerana hal ini dapat mencelakakan anda. Mungkin saja dia lebih baik dari anda atau bahkan lebih taat kepada Allah. Jangan pula mengagung-agungkan seseorang kerana keduniaannya. Dunia ini kecil dibanding dengan Allah Taala. Kecil dengan apa yang ada pada-Nya. Jangan pula memperlihatkan kekaguman hingga anda mengagung-agungkan dunia dan seisinya kerana hal itu akan mengheret anda untuk mengagung-agung orang-2 yang berkuasa di dunia. Hal ini akan menjauhkan anda dari kemurahan dan rahmatnya.

Jangan mengorbangkan agama demi untuk mencari atau mendapatkan kerelaan dan kesenangan semata. Yang demikian ini hanya akan menghinakan diri sendiri di mata mereka. Tapi jangan pula menentang mereka kerana akan menimbulkan permusuhan dan pertikaian menentang dilakukan bila mereka melanggar atau menghina ajaran-2 mulia Islam. Yang harus kita musuhi adalah kelakuan-2 yang keji.

Hendaklah kita memandang orang dengan pandangan kasih-sayang. Jangan berlebih-lebihan dalam mencintai manusia. Jangan berlebih-2an pula dalam menghormati sesama insan. Jangan pula berlebih-2an menampakkan keramah-2an dalam memuji dan menyanjung.

Jangan mengharapkan sesuatu dari mereka, baik di depan maupun di belakangnya. Bila anda berharap demikian maka anda tidak akan mendapatkan apa-2 dari mereka. Bahkan sebaliknya. Anda akan mendapatkan kehinaan. Di mata mereka anda tidak memiliki harga diri. Ini tentu saja akan menghilangkan atau mengurangi keteguhan taqwa anda.

Jangan pula anda bersifat sombong atau takabur. Apabila salah seorang dari mereka meminta pertolongan maka tolonglah kerana mereka tetap sebagai teman yang bermanfaat. Namun apabila anda tidak dapat membantunya maka jangan anda mencelanya kerana hal ini dapat menimbulkan permusuhan.

Jangan beri mereka nasihat jika tidak ada tanda-tanda bahawa mereka akan menerima nasihat.

Apabila anda mendapat penghormatan, pujian atau kebaikan apapun jenisnya dari mereka, maka kembalikanlah kepada Allah Taala. Bertahmidlah dan mohonlah kepada Allah agar anda jangan dijadikan sebagai yang mewarisi mereka.

Apabila anda mendapatkan keburukan, kata-2 umpatan atau apa saja yang tidak anda senangi maka serahkan saja semua urusan kepada Allah. Berlindunglah kepada-Nya dari kejahatan-2 mereka pertolongan-Nya dalam menghadapi mereka. Tetapi jangan menghancurkan atau menghukumi mereka kerana mereka tidak mempunyai perasaan kalau dirinya bersalah.

Hendaklah anda mendengarkan dan memperhatikan hak-2 mereka, namun palingkanlah anda dari kebatilan-2 yang mereka lakukan..

Akhir kata, kesempurnaan akhlak dalam mencapai ketinggian sebagai hamba-Nya tentu Adab lah yang pertama harus diketahui dan diamalkan..

Mutiara Nahjul Balaghah (Bahagian 3)

DUNIA DALAM KEHIDUPAN PARA NABI

Sungguh dalam diri Rasulullah saw. Terdapat cukup contoh teladan bagimu, serta petunjuk jelas tentang keburukan dunia dan kehinaannya, serta banyaknya buruk-laku dan kejahatan yang berlangsung di dalamnya. Oleh sbb itulah beliau dijauhkan darinya, disempitkan baginya segala penjurunya, disapihkan dari air susunya dan dipalingkan dari indah perhiasannya.

Dan bila kau ingin, akan kusebutkan pula keadaan Musa kalimullah (Kalimullah ialah julukkan bagi Nabi Musa a.s yg bererti “orang yg diajak berbicara secara langsung oleh Allah swt). Ketika ia berdoa: “Tuhanku, sungguh aku seorang fakir yang sangat mendambakan kebaikkan yang kau turunkan kepadaku.” (QS 28:24). Demi Allah, tiada yang dimintanya itu lebih dari sepotong roti untuk dimakannya.

Telah menjadi kebiasaannya makan hanya dedaunan yang ditumbuhkan bumi, sedemikian sehingga warna hijaunya nampak membayangi di balik kulit perutnya, kerana kurusnya yang sangat dan dagingnya yang hampir luruh.

Dan bila kau ingin, akan kusebutkan pula tentang keadaan Daud a.s, si peniup seruling dan pembaca bagi penghuni syurga. Ia biasa membuat anyaman tikar dengan tangannya lalu bertanya kepada kawan-kawan bicaranya: ‘Siapakah di antara kalian yang bersedia menjualkan untukku?” Dari hasil penjualan itulah ia membeli roti untuk makanannya.

Dan bila kau ingin, akan kusebutkan pula tentang keadaan Isa bin Maryam a.s Ia menjadikan batu sebagai bantalnya, mengenakan pakaian yang kasar dan makan makanan amat sederhana. Bulan adalah pelitanya di malam hari. Seluruh penjuru dunia, Timur dan Barat, adalah tempat teduh baginya (Kiasan nie menunjukkan tiadanya rumah kediaman yang dimilikinya). Apa saja yang ditumbuhkan bumi untuk makanan ternak dan hewan, adalah bebuahan dan makanan baginya pula. Tiada dimiliki seorang isteri yang dapat membuatnya lalai. Tiada seorang putra yang dapat membuatnya prihatin. Tiada harta yang dapat memalingkan perhatiannya. Tiada ketamakkan yang dapat menghinakannya. Kenderaannya adalah kedua kakinya. Pelayannya adalah kedua tangannya.

Dan contohlah kelakuan Nabimu yang suci (Muhammad) saw. Dalam dirinya terdapat teladan bagi yang ingin meneladan serta hiburan bagi yang memerlukan hiburan. Dan yang paling dicintai Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah orang yang mencontoh Nabi-Nya dan mengikut bekas langkahnya.

Ditolaknya dunia dengan segala kemewahannya dan tidak diberinya perhatian sedikit pun. Beliaulah yang paling ramping pinggangnya di antara para penghuni bumi. Yang paling kosong perutnya dari makanan dunia (Disebabkan seringnya beliau berpuasa, baik kerana memang diniatkannya ataupun kerana tiadanya makanan yang tersedia baginya). Ditawarkan kepadanya kemewahan dunia tetapi tampiknya. Ia tahu Allah swt membenci sesuatu (Yang dimaksudkan “sesuatu” disini ialah dunia), maka iapun membencinya; menghinakan “sesuatu”, maka iapun menghinakannya; meremehkan “sesuatu”, maka ia pun meremehkannya. Dan sekiranya penyakit yang melanda kita ini tidak lebih daripada kecintaan kita kepada “sesuatu” yang dibenci Allah serta Rasul-Nya, dan kekaguman kita kepada “sesuatu” yang diremehkan Allah serta Rasul-Nya, sungguh yang demikian itu sudah cukup menunjukkan pembangkangan terhadap Allah penyimpangan dari jalan-Nya.

Telah menjadi kebiasaan Rasulullah saw. Makan di atas tanah, duduk secara seorang sahaya (hamba), menjahit sendiri sandalnya dan menampal bajunya, menunggang keledai tanpa pelana dan memboncengkan orang lain dibelakangnya. Adakalanya ia melihat tirai bergambar di depan pintu rumahnya, lalu berkata kepada salah seorang isterinya: “Lepaskan itu! Bila melihatnya, aku jadi teringat dunia dan kemewahannya.”

Demikianlah, ia berpaling dari dunia dengan hatinya, mematikan penyebutannya dalam dirinya dan menjauhkan kemewahannya dari pandangannya. Yang demikian itu demi tidak menjadikan dunia sebagai “pakaian” mewah bagi dirinya. Atau menganggapnya sebagai tempat menetap, atau mengharapkannya sebagai rumah kediaman. Lalu di keluarkannya ia dari jiwanya, dijauhkannya dari hatinya dan dilenyapkannya dari pandangannya. Begitulah, barangsiapa membenci sesuatu, ia takkan ingin memandangnya atau mendengar tentangnya.

Dalam cara hidup Rasulullah saw. Terdapat cukup petunjuk akan kejahatan dunia dan keburukannya. Beliau seringkali dalam keadaan lapar, betapapun keistimewaan kedudukan beliau disisi Tuhannya. Digeserkan darinya segala kemewahannya, sedangkan pribadinya begitu dekat kepada Tuhannya.

Adakah pemerhati yang mau memperhatikan dengan menggunakan akalnya ? Adakah dengan begitu Allah berkehendak memuliakan Muhammad saw., atau menghinakannya ?!. Jika seseorang berkata: “Allah telah menghinakannya”; maka ia telah berbohong dan mengucapkan kata dusta amat keji. Dan jika ia berkata: “Allah telah memuliakannya”; maka hendaknya ia menyedari bahawa sesungguhnya Allah menghendaki kehinaan bagi orang-orang selain beliau, yang bagi mereka telah dibentangkan kemewahan dunia ini, di saat Ia menggeserkannya dari beliau, orang terdekat-Nya!.

Seharusnyalah orang mengambil teladan Nabinya, mengikuti jejaknya dan memasuki tempat ia masuk. Atau, jika tidak, janganlah ia merasa aman dari kehancuran. Bukankah Allah swt telah menjadikan Muhammad saw. Sebagai tanda mendekatnya hari kiamat, yang menggembirakan dengan syurga bagi yang taat dan mempertakuti dengan hukuman kepada yang bermaksiat?! Ia keluar dari dunia ini dalam keadaan “ringan” dan mendatangi akhirat dengan keselamatan. Tiada ia pernah menumpuk bata di atas bata (Maksudnya, beliau tidak pernah membangun gedung untuk dirinya sendiri) sampai ia pergi memenuhi panggilan Tuhannya.

Alangkah besar anugerah Allah swt dengan melimpahkan nikmat kehadiran beliau di antara kita, sebagai pendahulu yang kita ikuti jejaknya dan pemimpin yang kita turuti tapak kakinya. Demi Allah, begitu seringnya ku suruh tampalkan bajuku ini, sehingga aku merasa malu kepada si tukang tampal. Pernah seseorang berkata kepadaku: “Tidakkah sebaiknya Anda campakkan saja baju itu ?” “Enyahlah,” jawabku, “Orang-orang yang meneruskan perjalanan di malam hari akan bersuka cita bila pagi hari tiba. (pepatah arab yg bermaksud: bersusah-2 dulu bersenang-2 kemudian di kehidupan akhirat kelak).

11 September 2008

Kitab Bahaya Lisan

Bahaya Lisan
Kitab asal bertajuk A'fat Al-Lisan
Oleh: Imam Al Ghazali ra.
Keluaran: Qisthi Press
Halaman: 193 muka surat

Salam..

Kitab nie dibahagikan kepada 21 bab kesemuanya.. Dimulai dengan Bab Keutamaan Diam dan diikuti dengan bab-bab bahaya yang ditimbulkan oleh lisan.

Ketahuilah bahawa lisan itu besar bahayanya. Tidak ada orang yang bisa selamat darinya, kecuali dengan DIAM. Oleh itulah agama memuji sikap diam sebagaimana sabda rasulullah saw. “Barangsiapa diam, niscaya akan selamat.”

HR Abu Manshur ad-Dailami: “Barangsiapa menghindari kejahatan qabqab-nya, dzabdzab-nya dan laqlaq-nya, bererti ia telah menghindar dari semua kejahatan.”

Qabqab adalah perut, dzabdzab adalah kemaluan dan laqlaq adalah lisan. Kebanyakan manusia akan binasa oleh ketiga syahwat ini. Oleh kerana itu kami (Imam Al Ghazali ra) sempatkan diri untuk menghuraikan bahayanya lisan, setelah huraian tentang bahaya perut dan kemaluan.

Pada zaman Nabi Isa a.s., orang-2 berkata kepadanya, “Tunjuklah kepada kami akan perbuatan yang mengantarkan kami ke syurga!”
Nabi Isa a.s menjawab, “Jangan bicara selama-lamanya!”
Mereka berkata, “Kami tidak mampu melakukan itu (diam selamanya).”
Nabi Isa a.s pun berkata, “Jika demikian, maka jangan berbicara, kecuali tentang kebaikkan!”.

Diriwayatkan bahawa Abu bakar ra. pernah meletakkan batu kerikil di mulutnya utk mencegah dirinya dari berkata-kata. Lalu ia menunjuk lisannya sambil berkata, “Inilah yang menjerumuskan aku ke lembah kenistaan!”.

Manusia yang berwaspada pasti akan menyadari bahawa di dalam banyak bicara terdapat bahaya. Sedangkan di dalam diam terdapat keselamatan. Penjelasan berikut nie akan menunjukkan kepadamu akan keutamaan diam: Ucapan itu bleh dibahagikan kpd empat macam:
No 1. Ucapan yang berbahaya.
No 2. Ucapan yang bermanfaat.
No 3. Ucapan yang di dalamnya ada manfaat dan berbahaya.
No 4. Ucapan yang tidak bermanfaat dan tidak berbahaya.

Penerangannya:

Adapun No1. Ucapan yang berbahaya, maka wajib berdiam diri darinya.

Demikian pula terhadap No 3. Ucapan yang di dalamnya ada manfaat dan berbahaya, kerana manfaat di dalamnya tidak akan sempurna sbb ada bahaya yang ditimbulkannya.

Sedangkan No 4. Ucapan yang tidak bermanfaat dan tidak berbahaya, maka ucapan nie tidak berguna. Sbb, sama halnya dengan menyia-nyiakan waktu dan menceburkan diri ke dalam kerugian yang besar.

Maka, yang tersisa dari empat macam ucapan itu adalah satu bahagian saja, iaitu No 2. Ucapan yang bermanfaat.
Setelah gugur tiga bahagian, maka kini tinggal satu bahagia. Yang satu nie masih harus diwaspadai, kerana di dalam ucapan yang bermanfaat bisa terselit riya’ (Hasrat pamer) yang sering tidak disadari.


Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa manusia itu, pada hakikatnya , selalu berada dalam bahaya. Salah sedikit dalam ucapan, maka kemudaratan yang ditimbulkannya besar sekali.

Manakala dalam bab-bab yang seterusnya dihuraikan tentang bahaya-bahaya yang ditimbulkan oleh lisan, sebagaimana yang telah disebutkan di atas, serta kesulitan untuk menjaganya itu bisa menjadi satu petunjuk bagi kalian untuk mencapai darjat hakikat, bila Allah menghendaki.

Akhir kata, sebuah karya yang sangat luar biasa..

Mutiara Nahjul Balaghah (Bahagian 2)

MEMCINTAI IMAM ALI K.W

Dalam salah satu ucapannya, Imam Ali k.w berkata: Seandainya ku pukul hidung seorang Mukmin sejati dengan pedangku ini supaya menjadikannya membenci diriku, ia takkan pernah membenciku. Dan seandainya ku tuangkan seluruh limpahan kenikmatan dunia atas diri seorang munafik supaya menjadikannya mencintai diriku, niscaya ia tidak pernah akan mencintaiku.!

Hal itu telah merupakan ketetapan yang disampaikan kepadaku oleh Rasulullah saw.:
Hai Ali, tiada Mukmin mana pun akan membenci dirimu, dan tiada munafik mana pun akan mencintai dirimu!.

Bersesuaianlah dengan HR Muslim dan Tirmidzi menukilkan dari Ali k.w: ”Demi Tuhan yang membelah benih dan mencipta jiwa, Rasulullah saw. Telah berkata kepadaku bahawa tiada mencintaiku kecuali seorang Mukmin dan tiada membenciku kecuali seorang munafik.”



LIMA PERKARA YANG HARUS DIPEGANG ERAT-ERAT

Kupesankan kepada kalian lima hal. Betapapun kalian “mencambuki punggung untu-unta” (Nie adalah kiasan tentang sesuatu yg amat penting sehingga layaklah apabila seseorang bepergian jauh dan bergegas) untuk mencapainya, hal yang demikian itu sudah sepatutnya:

1. Jangan sekali-kali kalian menujukan harapan selain kepada (Allah) Tuhan kalian.

2. Janganlah kalian merasa takut akan sesuatu selain dosa-dosa kalian sendiri.

3. Jangan sekali-kali merasa malu berkata: “Aku tidak tahu”, apabila ditanya tentang sesuatu yang memang tidak kalian ketahui.

4. Jangan sekali-kali kalian merasa malu belajar sesuatu yang memang tidak kalian ketahui

5. Bersabarlah selalu, sebab hubungan antara sabar dan iman, sama seperti halnya kepala dan tubuh. Maka jika tak ada guna tubuh tanpa kepala, demikian pula iman tanpa sabar !.

10 September 2008

Mutiara Nahjul Balaghah

Salam

Apakah Nahjul Balaghah (Seni Kefasihan).. ia adalah tajuk sebuah kitab yang berisi siri ucapan Sayyidina wa Maulana Amir Al-Mukminin Ali bin Abi Thalib (Karramallaju Wajhah).. Barangkali tidak ada nama yang lebih tepat daripada itu yang mampu menunjukkan kepada makna yang dikandungnya.. Tidak sanggup untuk melukiskan yang lebih baik daripada nama yang disandangnya.

Tidak seorang pakar bahasa Arab pun kecuali menyatakan bahawa ucapan-2 Imam Ali kw. adalah yang paling mulia, paling fasih, paling padat isinya dan paling meliputi makna-2 agung dalam kandungannya. Tentunya, setelah firman Allah SWT dan sabda Nabi-Nya.

Ana nukilkan antara ucapan-2nya:

TENTANG MALAIKAT MAUT
Adakah kau dapat merasakannya bila ia memasuki sebuah rumah ?
Ataukah kau lihat ia bila sedang mewafatkan seseorang ?
Bahkan bagaimana ia mewafatkan janin dalam perut ibunya ?
Apakah ia memasuki salah satu anggota tubuhnya ?
Atau ruh itu sendiri yang memenuhi panggilan dengan izin Tuhannya ?
Ataukah ia berdiam bersamanya dalam isi perut sang ibu… ?

Kalau terhadap sesama makhluk seperti dirinya sendiri, orang tidak mampu menjelaskan tentang sifat-sifatnya… bertapa pula ia mampu menjelaskan tentang sifat-sifat Tuhan yang menciptakan…?!


BAGAIMANA MELIHAT ALLAH… ?
Seorang laki-laki bernama Dzilib Al Yamani bertanya: “Dapatkah Anda melihat Tuhanmu, wahai Amir Al-Mukminin?”.
Jawab Imam Ali kw.: “Akankah aku menyembah sesuatu yang tidak kulihat ?!”
Orang itu bertanya: “Bagaimana Anda melihat-Nya?”
Maka Imam Ali kw. Pun menjelaskannya: “Dia (Allah) takkan tercapai oleh penglihatan mata, tetapi oleh mata hati yang penuh dengan hakikat keimanan. Ia dekat dari segalanya tanpa sentuhan. Jauh tanpa jarak. Berbicara tanpa harus berfikir sebelumnya. Berkehendak tanpa perlu berencana. Berbuat tanpa memerlukan tangan. Lembut tapi tidak tersembunyi. Besar tapi tidak teraih. Melihat tapi tidak bersifat inderawi. Maha Penyayang tapi tidak bersifat lunak.
Wajah-2 merunduk di hadapan keagungan-Nya. Jiwa-jiwa bergetar kerana ketakutan terhadap-Nya

09 September 2008

Marhaban Ya Ramadhan

Salam..

Jika kita berpuasa, berniatlah untuk menjauhkan diri dari hawa nafsu. Kerana puasa adalah meleburkan kehendak jiwa.. Di dalamnya juga terdapat penyucian hati dan ketenangan anggota tubuh, disamping peringatan untuk selalu berbuat baik kepada fakir miskin. Puasa juga mengajar kita agar kembali kepada Allah dan bersyukur dengan apa yang telah diberikan, berupa nikmat dan keringanan hisab. Taufik yang Allah berikan kepada kita sehingga kita mampu untuk melaksanakan puasa, itu adalah lebih besar dari rasa syukur kita, oleh itu janganlah kita menuntut balasan daripada puasa kita.
Semoga kita termasuk yang diseru oleh Ramadhan.. Amin..

08 September 2008

Kitab Wasiat-Wasiat Sufistik Hasan Al-Bashri

Wasiat-Wasiat Sufistik Hasan Al-Bashri
Keluaran: Pustaka Hidayah
Halaman: 154 muka surat
Salam..

Hasan Al-Bashri ra dilahirkan pada tahun (21 – 110) Hijrah di zaman pemerintahan khalifah Umar ra. Di masa kecilnya ia pernah disusui oleh Umm Salamah (Isteri Nabi saw).
Ilmunya: Hasan Al-Bashri ra sangat unggul dalam ilmunya, sehingga ia digelar Syeikh Bashrah. Ia seorang faqih, muhaddits dan juga mufassir. Menurut Imam Al-Ghazali ra.: “Hasan Al-Bashri ra merupakan orang yang kata-2nya paling mirip dengan sabda para nabi dan paling dekat petunjuknya dari para sahabat”.
Akhlaknya: Menurut Abu Bardah bin Abi Musa Al-Asyari: “Aku tidak melihat seseorang yang lebih menyerupai para sahabat Rasulullah s.a.w daripada Hasan Al-Bashri ra.”
Wafatnya: Saat kematian menjemputnya, beberapa orang sahabatnya masuk, mereka berkata kepadanya, Wahai Abu Sa’id: Berilah kami beberapa nasihat yg bermanfaat bagi kami !!… Hasan Al-Bashri berkata, Aku akan memberi nasihat dengan 3 kalimah, setelah itu, tinggalkan aku !!..
Pertama: Perkara yang engkau larang, jadilah kalian orang yang pertama yg meninggalkannya.
Kedua: Kebaikan yang kalian perintahkan, jadilah kalian orang yang paling mengamalkannya.
Ketiga: Ketahuilah langkah kalian itu dua, langkah yang akan membahagiakan kalian dan langkah yang akan mencelakakan kalian. Maka perhatikanlah dimana kalian mulai dan di mana kalian berakhir.

Antara Nasihat-2 nya:
Dalam kitab kecil nie banyak sangat-2 Wasiat yang berupa Nasihat utk. kita. Insya Allah dengan nasihat nie kita bisa tangisi hati kita yang keras nie dan tangisilah amal-2 kita skali, kerana adakalanya kedua mata kita menangis tapi hati kita tetap keras.. Ana nukilkan sedikit nasihat daripada Hasan Al-Bashri ra..

Antara Dua Generasi.
Al-Hasan ra berkata, “Kita tertawa, padahal kita tidak tahu bahawa Allah mendapati sebahagian amal kita dan Dia berkata, ‘Aku tidak menerima sesuatupun dari amal kalian.’ Celakalah engkau wahai manusia, apakah engkau memiliki kekuatan untuk memerangi Allah ? Sungguh, orang yang maksiat kepada Allah bererti ia telah memerangi-Nya.
“Demi Allah, aku telah menyaksikan 70 pahlawan Badar. Seandainya kalian melihat mereka, kalian akan memandangnya sebagai orang-orang gila. Dan seandainya mereka melihat kalian, sekalipun yang paling baik, mereka akan berkata, ‘Apa yang membuat mereka menyimpang. ‘Dan jika melihat keburukan-2 kalian, tentu mereka akan berkata, ‘Mereka tidak percaya akan hari perhitungan.’
“Bagi mereka, dunia lebih hina daripada tanah yang mereka pijak. Sungguh aku telah melihat salah seorang di antara mereka berpergian, dan ia hanya berbekalkan makanan sekadar boleh menutup keperluan asas. Lalu mereka berkata, ‘Aku hanya akan memasukkan sebahagiannya saja ke dalam perutku, dan sebahagiannya lagi kupersembahkan untuk Allah swt.’ Lalu, iapun mensedekahkan sebahagian makanannya itu, meskipun sebetulnya ia adalah lebin memerlukannya daripada orang yang ia beri”
Dan ia berkata, “Sungguh aku telah menjumpai sekelompok orang yang paling suka menyuruh orang lain berbuat baik setelah dirinya sendiri lebih dulu melakukannya. Mereka paling mencegah kemungkaran setelah dirinya sendiri lebih dulu meninggalkannya. Tapi sekarang tinggallah kita di tengah-tengah orang yang paling menyuruh kebaikan, tapi dirinya sendiri paling jauh dari kebaikan itu, dan mereka paling melarang kemungkaran, tapi dirinya sendiri paling banyak melakukan kemungkaran itu. Lalu, bagaimana kita dapat hidup bersama mereka ?..
“Orang-orang sebelum kalian adalah orang-orang yang lebih lembut hatinya dan lebih kasar pakaiannya daripada kalian. Sedangkan kalian adalah orang yang lebih lembut pakaiannya dan lebih kasar hatinya daripada mereka..

Membenci Kematian
Kamu akan membenci kematian sekiranya engkau mengakhirkan hartamu. Jika engkau menhulurkannya (dengan menyedekahkannya), nescaya engkau akan senang menemui kematian.

Yang Ditinggal Mati
Seorang ayah berduka kerana kematian anaknya. Lalu ia mengadu kepada Hasan Al-Bashri ra. Hasan Bashri ra bertanya kepadanya, “Pernahkah anakmu tidak ada di hadapanmu?” Lelaki itu menjawab, “Ya, bahkan lebih sering ia tidak ada daripada ada di hadapanku.” Hasan Al-Bashri ra berkata. “Anggaplah ia sedang tidak ada di hadapanmu, sungguh ia tidak lenyap darimu. Pahala bagimu jika bersabar adalah lebih besar daripada berduka kerana kehilangannya.

06 September 2008

Pakaian

Pakaian adalah nikmat Allah, sebagai kulit yang melindungi dari segala gangguan. Sebaik-2 pakaian adalah takwa, iaitu pakaian yang tidak membuat seseorang jauh dari Allah. Jika memakai baju, maka Allah mencintai orang-2 yang menutup auratnya, sehingga tidak seorangpun mengetahui cacat yg menghinanya. Oleh itu hendaklah kita sibuk dengan diri sendiri, menutupi sambil menyucikannya dengan berserah diri penuh kepada-Nya. Selama seseorang mengandalkan kekuatan dirinya, dia akan terputus dari kekuasaan Allah.

Dalam kesibukan mencari-cari pakaian baru untuk dipakai semperna menyambut hari raya nie.. cubalah renungkan tentang 5 pakaian anugerah dari Allah s.w.t.:
Cinta (Marhabbah), Mengenal (Makrifat), Keesaan (Tauhid), Iman dan Berserah Diri (Islam).
1. Sesiapa yang mencintai (Marhabbah) Allah, segala sesuatu menjadi ringan baginya.
2. Sesiapa yang mengenal (Makrifat) Allah, segala sesuatu terasa kecil baginya.
3. Sesiapa yang mengesakan Allah, Ia takkan menyekutukan-Nya.
4. Sesiapa yang beriman kepada Allah, Ia akan merasa aman dari segala sesuatu.
5. Sesiapa yang berserah diri (Islam) kepada Allah, maksiatnya pasti berkurang, sekalipun tergelincir ke dalam maksiat, segera ia meminta ampun kepada-Nya.

Sama-2lah kita renungkan kata-2 nie mungkin ada bahagian untukmu:
“Apa yang telah ditakdirkan untuk dikunyah oleh gigimu, pasti akan terkunyah. Makanlah dengan penuh kemuliaan, janganlah memakannya dengan kehinaan.”
“Ketika Nabi Ibrahim diletakkan dalam manjanik, Jibrail datang menawarkan bantuan, Nabi Ibrahim menjawab: kepadamu, aku tidak memerlukan apa-2. Aku hanya mengharapkan kepada Allah. – Jibrail: kalau begitu, mintalah kepada-Nya. – Nabi Ibrahim menjawab: Cukuplah bagiku bahawa Dia mengetahui keadaanku.”
“Orang yang mengenal Allah pasti meyakini jaminan-Nya. Pemahaman hamba akan sempurna jika ia lebih yakin dengan apa yang terdapat di tangan Allah dibanding dengan apa yang ada di tangannya. Serta lebih percaya kepada jaminan-Nya daripada jaminan makhluk, jika tidak kamu layak disebut manusia bodoh.”
“Ketahuilah sesuatu yang luput darimu bererti bukan rezekimu, apa yang pernah kau miliki kemudian hilang bererti bukan milikmu”
“Khabarkan kepadanya bahawa semua yang Allah ambil dan apa yang Dia berikan adalah milik-Nya”
“Sesiapa yang menemukan Allah, ia tidak akan mendapati sesuatu selain-Nya sehingga tidak akan merasa kehilangan.”
“Sesiapa yang menemukan Allah yang maha mewujudkan segala sesuatu tentu tidak akan merasa kehilangan apapun”

05 September 2008

Kepemilikkan

Salam

Nie tentang kepemilikkan.. suddin kata!! aku ambil nie kau tengok tue.. kau tengok nie aku ambil tue.. he.. he.. heee..
Ada 4 keadaan bekenaan dgn perkara nie.. cuba tengok..

1. Milikmu Dan Milikku.
Maksudnya milikmu adalah milikmu dan milikku adalah milikku. Hukum agama menjamin hak individu hubungan sesama manusia.

2. Milikku Adalah Milikmu Dan Milikmu Adalah Milikku
Maksudnya adalah memperlakukan sesama mereka seperti saudara – membuka pintu rumah mereka, hati mereka, harta mereka antara satu sama lain.

3. Tidak Ada Milikku Dan MilikMu
Maksudnya kita menyadari bahawa segala sesuatu berasa dari Allah – kita hanyalah penjaga amanah yang tidak pernah memiliki apa-apa pun.

4. Tidak Ada Aku Dan Kamu
Maksudnya tidak ada sesuatupun dan seseorangpun yang terpisah dari Allah..

Sebagai renungan..
Diriwayatkan bahawa Uwais Al Qarani ra pernah mengutip makanan dan pakaiannya dari tempat pembuangan sampah. Lalu beliau di salak oleh seekor anjing yang datang mencari makanan di tempat yang sama. Maka Uwais berkata kepada anjing itu: “Engkau makanlah apa yang dihadapanmu dan aku pula akan makan apa yang ada dihadapanku. Jangan engkau menyalak kepadaku. Sekiranya aku dapat melepasi Siratul Mustaqaim, maka aku adalah lebih baik daripada engkau. Tetapi jika sebaliknya, maka engkau adalah lebih baik daripadaku.”

04 September 2008

Santun Terhadap Makhluk Allah

Merupakan kemuncak dari segala perintahNya.

1. Yakni memberikan milik anda kepada mereka yang memerlukannya.
2. Janganlah sekali-2 membebani mereka diluar kemampuannya.
3. Jangan berbicara dgn ucapan yg tidak mereka mengerti.
4. Jangan menanyakan persoalan yang mereka tidak pahami.
5. Hendaknya perbuatan anda dapat menyenangkan diri anda sendiri dan anda merasakan kesedihan yg mereka rasakan.
6. Memikir utk menemukan cara agar bisa memperoleh manfaat keduniaan maupun keagamaan.
7. Berupaya menolak segala yang merugikan mereka, baik agama maupun dunia, sehingga andai kata wajah teman anda kejatuhan lalat, maka hati anda merasakan keperihannya.
8. Hendaknya anda menjaga hati saudara anda yang beriman tetap dalam bingkai syara', dan itu harus lebih anda sukai daripada anda menyerangnya.
9. Hendaknya anda memilih kemuliaan saudara anda daripada kemuliaan diri sendiri,
10. Lebih memilih kehinaan diri daripada kehinaannya.