28 September 2008

SATA’AT (Cahaya Yang Terang Benderang)


SATA’AT (Cahaya Yang Terang Benderang)
Keluaran: Pustaka Aman Press
Oleh: Syah Waliyullah
Halaman: 112 Mukasurat

Salam..

Faqir Waliyullah berkata bahawa ini adalah beberapa perkataan yang dinamakan sata’at (Cahaya) iaitu satu penerangan berkenaan rahasia KeTuhanan yang mana adalah berhubungan antara Zat Mutlak dengan alam Nyata dan sedikit daripada sifat-sifat dan kesan-kesan. Kepada Allah saya memohon pertolongan dan kepadaNya juga saya bertawakal.

Dalam kitab ini telah dihuraikan 46 penerangan kesemuanya.. Ana nukilkan salah satu daripada penerangannya..

Penerangan 23:
Jika kita katakan, bahawa ‘Gulistan’ itu ditulis atas lembaran kertas, dibaca oleh anak-2 dan disimpan dalam hati mereka, telah terzahir 500 tahun yang silam dan pengarangnya Syeikh Sadi, maka semua ini adalah betul, kerana tiap-2 satu kenyataan itu memberi penerangan tentang wujudnya yang lain, iaitu ianya ditulis dengan tulisan tangan, dibaca dengan melalui bentuk-2 huruf, tersimpan dalam bentuk akal dan adalah karangan Syeikh Sadi iaitu susunan perkataan-2nya adalah kerja keupayaan akal beliau, dan 500 tahun telah berlalu sejak mulanya ‘Gulistan’ itu terzahir.

Perkara-2 ini adalah sama dengan semua buku dalam setiap bahasa baik moden atau lama. Dengan ibarat perkara-2 ini, tahulah anda bahawa Al Quran itu juga ditulis atas lembaran kertas, dibaca dengan lidah, disimpan dalam hati, dan yang empunya perkataan (atau yang bercakap di situ) ialah Allah. Satu lagi perkara ditambah di sini ialah ianya qadim (kekal) kerana satu bentuknya yang lain telah ada memang wujud dalam Inayat Azaliah sebelum pun terzahir alam semesta ini.

Tiada ulasan: