12 September 2008

Kitab Adab Dalam Agama


Adab Dalam Agama
Kitab asal bertajuk Adab Fiddin
Oleh: Imam Al-Ghazali ra.
Keluaran: Pustaka Muda
Halaman: 70 muka surat

Salam..

Kitab nie dibahagikan kepada 11 bab kesemuanya.. manakala setiap bab-2 tersebut dipecahkan lagi kepada bahagian-2 secara terperinci sebagai contohnye lihat pada bab yang ke enam (6).
1. Adab Muslim
2. Adab Ajar mengajar
3. Adab dalam shalat
4. Adab shaum – Haji
5. Adab sehari-hari
6. Adab sedekah
6.1 Adab Memberi Sedekah
6.2 Adab Meminta Sedekah
6.3 Adab Pemberi Hadiah
6.4 Adab Penerima Hadiah
6.5 Adab Orang Kaya
6.6 Adab Fakir Miskin
7. Adab jual beli
8. Adab pinang meminang
9. Adab suami isteri
10. Adab dgn hubungan kerabat dan masyarakat
11. Adab jihad

Ana nukilkan satu huraian oleh Imam Al Ghazali ra dalam bab Adab Sehari-hari di bawah tajuk Adab Bergaul.
Apabila mendatangi suatu majlis atau sekelompok orang yang sedang berkumpul maka hendaklah mengucapkan salam kepada mereka. Jangan sekali-kali menerobos maju ke depan, tapi hendaklah tetap di tempat di mana ia sampai. Hendaknya mengkhususkan mengucapkan salam kepada orang yang paling dekat posisi duduknya dengannya.

Jangan mendengarkan pembicaraan orang yang sedang mengucapkan perkataan kotor. Hendaknya melupakan perbualan kotor mereka. Hendaklah menjauhi pertemuan dengan orang-orang semacam itu, kecuali bila terpaksa ada keperluan yang mendesak.

Jangan meremehkan sesiapapun dan apa pun posisinya kerana hal ini dapat mencelakakan anda. Mungkin saja dia lebih baik dari anda atau bahkan lebih taat kepada Allah. Jangan pula mengagung-agungkan seseorang kerana keduniaannya. Dunia ini kecil dibanding dengan Allah Taala. Kecil dengan apa yang ada pada-Nya. Jangan pula memperlihatkan kekaguman hingga anda mengagung-agungkan dunia dan seisinya kerana hal itu akan mengheret anda untuk mengagung-agung orang-2 yang berkuasa di dunia. Hal ini akan menjauhkan anda dari kemurahan dan rahmatnya.

Jangan mengorbangkan agama demi untuk mencari atau mendapatkan kerelaan dan kesenangan semata. Yang demikian ini hanya akan menghinakan diri sendiri di mata mereka. Tapi jangan pula menentang mereka kerana akan menimbulkan permusuhan dan pertikaian menentang dilakukan bila mereka melanggar atau menghina ajaran-2 mulia Islam. Yang harus kita musuhi adalah kelakuan-2 yang keji.

Hendaklah kita memandang orang dengan pandangan kasih-sayang. Jangan berlebih-lebihan dalam mencintai manusia. Jangan berlebih-2an pula dalam menghormati sesama insan. Jangan pula berlebih-2an menampakkan keramah-2an dalam memuji dan menyanjung.

Jangan mengharapkan sesuatu dari mereka, baik di depan maupun di belakangnya. Bila anda berharap demikian maka anda tidak akan mendapatkan apa-2 dari mereka. Bahkan sebaliknya. Anda akan mendapatkan kehinaan. Di mata mereka anda tidak memiliki harga diri. Ini tentu saja akan menghilangkan atau mengurangi keteguhan taqwa anda.

Jangan pula anda bersifat sombong atau takabur. Apabila salah seorang dari mereka meminta pertolongan maka tolonglah kerana mereka tetap sebagai teman yang bermanfaat. Namun apabila anda tidak dapat membantunya maka jangan anda mencelanya kerana hal ini dapat menimbulkan permusuhan.

Jangan beri mereka nasihat jika tidak ada tanda-tanda bahawa mereka akan menerima nasihat.

Apabila anda mendapat penghormatan, pujian atau kebaikan apapun jenisnya dari mereka, maka kembalikanlah kepada Allah Taala. Bertahmidlah dan mohonlah kepada Allah agar anda jangan dijadikan sebagai yang mewarisi mereka.

Apabila anda mendapatkan keburukan, kata-2 umpatan atau apa saja yang tidak anda senangi maka serahkan saja semua urusan kepada Allah. Berlindunglah kepada-Nya dari kejahatan-2 mereka pertolongan-Nya dalam menghadapi mereka. Tetapi jangan menghancurkan atau menghukumi mereka kerana mereka tidak mempunyai perasaan kalau dirinya bersalah.

Hendaklah anda mendengarkan dan memperhatikan hak-2 mereka, namun palingkanlah anda dari kebatilan-2 yang mereka lakukan..

Akhir kata, kesempurnaan akhlak dalam mencapai ketinggian sebagai hamba-Nya tentu Adab lah yang pertama harus diketahui dan diamalkan..

Tiada ulasan: