29 September 2008

Ayyuhal Walad (Wahai Anakku Yang Tercinta)


Ayyuhal Walad (Wahai Anakku Yang Tercinta)
Keluaran: Khazanah Banjariah
Oleh: Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ra
Halaman: 84 Mukasurat

Salam..

Kandungan surat Imam Al Ghazali ra. ini sangat ikhlas sekali di dalam memberi nasihat dan dicelah-2 ungkapan beliau tersingkap kebolehan Imam Al Ghazali ra dalam menggambarkan tipuan dunia yg fana ini dan kekalnya akhirat dan betapa perlunya kita kpd iman, amal soleh dan kejernihan jiwa. Kasih sayang Imam Al Ghazali ra terhadap murid-2nya menerusi nasihat ini kerana ia disampaikan dalam bahasa yang lembut, menyentuh hati nurani sehingga kadang-2 dapat mengalirkan air mata dan memberikan kesan yg sangat mendalam sekali, bagi sapa-2 yang ingin berubah dalam hidup.

Dalam kitab ini menceritakan 25 Nasihat kesemuanya.. Ana nukilkan dua dari Nasihatnya..

Nasihat 6: Hakikat Hidup, Cinta Dan Amal.
Wahai anakku yang tercinta,

Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.


Nasihat 7: Dahulukan Belajar Ilmu Yang Fardhu Ain.
Wahai anakku yang tercinta,

Apakah hasil yang akan engkau perolehi drp menghabiskan masa hanya belajar ilmu Al-Kalam (perbahasan ilmu Tauhid yg dalam-2) dan ilmu al Khilaf (perbahasan ilmu Fekah yang halus-2) dan ilmu at-Thib (Ilmu perubatan) dan ilmu ad Dawawin wal Syir (ilmu berkenaan dgn dewan syair arab) dan ilmu an Nujum (ilmu peredaran bintang) dan ilmu A’rud (ilmu yg berkenaan dgn timbangan syair Arab) dan ilmu an Nahu wa Tasrif (ilmu yg berkenaan dgn kaedah bahasa Arab) selain drp mempersia-siakan umur dgn menyalahi perintah Allah yang Maha Besar: Maksud disini adalah (belajar ilmu berlebih-2an dan membuang masa mempelajari masalah yg halus-2 sehingga tidak mempunyai masa utk belajar ilmu yang fardhu Ain).

Sesungguhnya aku telah melihat di dalam Injil Nabi Isa a.s ada disebutkan:

Mulai seorang mayat diletakkan di atas keranda sampai mayat itu diletakkan di tepi kuburnya, Allah taala telah bertanya kepadanya 40 soalan. Yang pertama sekali ialah:

“Wahai hambaKu ! Kenapa engkau sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan menusia kepadamu (iaitu anggota badanmu yang zahir) tetapi engkau tidak peduli kepada tempat pandanganKu (Hati engkau) walaupun hanya satu saat”.

Dan setiap hari Allah taala memandang ke dalam hatimu lalu ia berfirman: “Kenapa engkau hanya memberikan perhatian kepada selain daripadaKu, sedangkan engkau dikelilingi dengan ehsanKu. Apakah engkau sebenarnya tuli, dan tidak dapat mendengar lagi”.

Tiada ulasan: