24 September 2008

Al Hikam Induk Hikmah


Al Hikam Induk Hikmah
Keluaran: Thinkers Library
Oleh: Syeikh Ibn ‘Athaillah As-Sakandari ra
Halaman: 136 mukasurat

Salam..

Antara kitab-2 tasawuf yang menjadi favorit ana adalah dari tulisan Syeikh Ibn ‘Athaillah As-Sakandari ra.. semakin mentelaah kitab-kitabnya semakin bertambah hikmah-hikmah baru..

Kitab Hikam nie terdiri dari dua bahagian iaitu matan (pati) dan syarah (keterangan matan).. Ana nukilkan salah satu matan dan syarahnya..

Matan 1:
Di antara tanda-2 sifat mengutamakan amal sendiri ialah kurangnya pengharapan terhadap rahmat Allah swt ketika melakukan kesalahan.

Syarah (Keterangan):
Ada orang bersandar kepada amalnya untuk membolehkan memasuki syurga atau merasa selamat dari seksa Allah swt. Ada pula yang menyandarkan diri kepada amalnya untuk boleh (sampai) pada Allah swt dan menyingkap hijab hati. Menurut pengarang, keduanya adalah tercela, kerana timbul dari nafsu yang menganggap bahawa amal itu datangnya dari diri sendiri, sehingga mengutamakan amalnya bagi mencapai tujuan. Sedangkan orang yang arif tidaklah demikian. Mereka sama sekali tidak menganggap diri mereka mempunyai amal.. Apa lagi untuk bersandar kepadanya. Mereka berpendapat, yang hakiki hanyalah Allah swt, Raja’ (Harap) orang-orang yang arif ini tidak bertambah oleh sesuatu sebab dan tidak pula berkurang oleh sesuatu sebab. Raja’ (Harap) dan Khauf (Takut) mereka adalah seimbang dalam segala keadaan.

Tiada ulasan: