24 Jun 2009

The Secret of Ikhlas


The Secret of Ikhlas
Oleh: Abu Thalib al-Makki
Keluaran: Serambi
Halaman: 270 mukasurat

Salam

Sebuah karya Abu Thalib, nama lengkapnya adalah Muhammad ibn Ali ibn ’Athiyyah al-Haritsi al-Makki, kitab ini mungkin adalah salah sebuah kitab dari tulisan2 akhir kehidupannya. Kitab lain yang ditulisnya adalah Qutub al-Qulub yang dikatakan diguna oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ra.

Ketika ditanya tentang ikhlas, al-Hashi berkata:
Amal seorang hamba tidak akan ikhlas kecuali bila ia mengikhlaskan diri. Mengikhlaskan diri adalah dengan tidak memiliki sesuatu dan tidak dimiliki sesuatu. Jika ia memiliki sesuatu, bererti ia memiliki hal lain selain-Nya. Dan jika ia dimiliki sesuatu, sesuatu itu telah menjadi sekutu-Nya dalam kepemilikan dirinya. Seorang hamba yang mengikhlaskan diri hanya untuk Allah tidak merasa memiliki sesuatu dari-Nya, tidak merasa memiliki apa yang dimiliki-Nya, dan merasa tidak dimiliki oleh siapapun selain-Nya. Ketika itulah ia sesungguhnya milik Allah.
Janganlah kalian mengharapkan dari-Ku selain Aku dan janganlah kalian menginginkan dari-Ku selain Aku.
Abu Yazid al-Busthami mengatakan:
Dahulu aku keliru. Aku mengira bahawa aku telah mengingat-Nya. Ternyata Dia telah mengingatku sebelum aku mengingat-Nya. Aku mengira bahawa aku mencari-Nya. Ternyata Dia telah mencariku sebelum aku mencari-Nya. Aku mengira bahawa aku telah mengenal-Nya. Ternyata Dia telah mengenal-ku sebelum aku mengenal-Nya. Aku mengira bahawa aku telah mencintai-Nya. Ternyata Dia telah mencintaiku sebelum aku mencintai-Nya. Aku mengira bahawa aku telah menyembah-Nya. Ternyata Dia telah menjadikan semua makhluk bumi melayaniku”.

Kitab ini dibahagikan kepada empat bahagian:
1. Rahasia Ikhlas
2. Kekuatan Niat
3. Meluruskan Akidah, Niat dan Amal
4. Sejenak bersama Abu Yazid al-Busthami

Akhir kata sebuah kitab yang penuh hikmah. MySpace

Tiada ulasan: