01 November 2008

Kisah Syeikh Abdul Kadir Jilani

Kisah Syeikh Abdul Kadir Jilani
Kitab Asal: The Saint of Jilan
Keluaran: Pustaka Aman Press
Terjemahan. Abdul Majid Haji Khatib
Halaman: 103 mukasurat
Salam
Ana biasa dengar citer nie masa kecil.. Citernya adalah kisah Ibu dan Bapa Syeikh Abdul Kadir Al-Jilani.. Di suatu pekan kecil yang bernama Jilan ada seorang hamba Allah yang bernama Abu Salih dari keturunan Rasulullah saw.. Beliau adalah seorang yang warak dan cinta kepada Allah swt, sebahagian besar dari hidupnya adalah untuk bertafakur dan bermujahadah melawan nafsu.

Pada suatu masa beliau sedang duduk di tebing sungai sambil bertafakur dengan menutupkan matanya, apabila dibukanya matanya, dia terasa sangat lapar. Dilihatnya sebiji buah epal terapung-2 di permukaan air sungai itu, beliau lalu mengambil buah itu dan memakannya. Pada masa itu tergeraklah dihatinya untuk mengetahui samada buah itu halal ataupun tidak untuknya. Lalu beliau berjalan di sepanjang hulu sungai itu, akhirnya ternampak olehnya sepohon epal yang penuh berbuah di tepi sungai itu, dilihatnya juga ada sebuah kebun yang besar dengan bangunan yang tersergam di situ.

Kebun tersebut adalah milik seorang yang bernama Abdullah Saumi, beliaupun pergilah berjumpa dengan Abdullah Saumi meminta maaf kerana memakan buah epal itu. Lalu Abdullah Saumi berkata “Saya maafkan tuan jika tuan sudi tinggal bersama saya selama dua belas tahun.” Abu Salin bersetuju tinggal bersama dengannya, setelah tempoh dua belas tahun itu tamat, berkata pula Abdullah Saumi, saya ampunkan tuan jika tuan bersetuju berkahwin dengan anak perempuan saya yang buta, pekak, serta tangan dan kakinya lumpuh, disamping itu tuan hendaklah bersetuju tinggal selama dua tahun lagi setelah berkahwin supaya dapat saya melihat cucu.

Abu Salih bersetuju dan upacara nikahpun dijalankan. Pada malam itu masuklah Abu Salih kebilik isterinya, dilihatnya perempuan itu seorang yang cantik dan sihat tubuh badannya. Keesokkannya berkatalah Abdullah Saumi:

“Anak perempuan ku itu buta kerana ia tidak pernah memandang orang yang bukan muhrimnya, dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar kata-kata yang tidak benar, tangannya lumpuh kerana dia tidak pernah bersentuhan dengan orang yang bukan muhrimnya, kakinya lumpuh kerana dia tidak pernah melangkahkan kakinya ke tempat-tempat yang cemar.”

Dengan itu fahamlah Abu Salih apa yang sebenarnya, namanya ialah Ummul khair fatimah, beliau adalah seorang perempuan yang warak dan telah jauh pengembaraannya dalam jalan orang-orang sufi.

Kitab ini dibahagikan kepada 9 bahagian kesemuanya.. Akhir kata selepas mengenali peribadi beliau hayatilah kitab-kitab besarnya.

Tiada ulasan: