30 Jun 2009

Kaifiyat Mempertajam Mata Hati


Kaifiyat Mempertajam Mata Hati Dalam mengenal Allah
Syarah Matan al-Hikam Ibnu ‘Athaillah
Keluaran: Thinkers Library
Halaman: 455 mukasurat

Salam

Buku ini mengandungi beberapa nasihat dan bimbingan dalam membersihkan jiwa serta jalan-jalan yang perlu dilalui untuk sampai kepada Allah, yang menjadi amalan para ahli sufi. Masalah2 yang dibentangkan oleh penulisnya, patut menjadi perhatian oleh genarasi kini mahupun genarasi mendatang.

Berkata ibnu ’Athaillah:
”Tidak ada amal yang lebih diharapkan untuk diterima daripada amal yang samar engkau menyaksikannya, serta dianggap rendah wujudnya menurut kamu.”

Maksudnya: Amal yang diterima Allah swt adalah amal yang tidak dimengerti maknanya, maksudnya bahawa seseorang itu beramal tetapi dia sendiri tidak merasakan bahawa dia sedang beramal. Ini kerana dia merasakan bahawa apa yang dikerjakan dan diamalkannya itu tidak akan terwujud tanpa pertolongan Allah swt dan petunjuk-Nya.

Selain itu, syarat lain yang perlu dipenuhi agar amal itu diterima oleh Allah, juga orang yang beramal itu tidak bergantung kepada amalannya itu untuk mendapatkan sesuatu yang diharapkan.

Menurut kalangan ahli makrifat, tanda-tanda amal yang diterima ialah kelalaianmu dan terputusnya penglihatanmu daripada amal itu.

Berkata ibnu ’Athaillah:
Takutlah kamu daripada wujudnya kebaikan-Nya (nikmat) kepada engkau, sedangkan kamu tetap melakukan perkara-perkara yang buruk (maksiat) bersama kebaikan-kebaikan itu. Kerana semua nikmat itu akan berubah menjadi istidraj bagimu, (sebagaimana firman-Nya): ”Kelak Aku akan menariknya secara beransur-ansur (ke arah kebinasaan) dengan cara yang tidak mereka ketahui”.”

Akhir kata sebuah kitab yang penuh nasihat.

6 ulasan:

T H E . M A L A Y . P R E S S berkata...

”Takutlah kamu daripada wujudnya kebaikan-Nya (nikmat) kepada engkau, sedangkan kamu tetap melakukan perkara-perkara yang buruk (maksiat) bersama kebaikan-kebaikan itu."

inilah yang amat ditakuti...

nina berkata...

salam , sy pn sdg bc buku ini,mmg best~ memberi ketenangan isi2 nya bl dibaca~

ubi berkata...

Salam Tuan TMP..

Tima kasih byk3 sbb sampai ke sini.. Mohon maaf byk3.. "Semoga Dalam Ingatan"..

ubi berkata...

Salam nina..

Tima kasih byk3 kerana singgah ke sini.. Jadikn lah kitab syarah hikam nie sbg teman..

albab berkata...

Salam Ubi,
Di mana sy boleh dpt beli kitab ini?

UnInX berkata...

w/salam.. Salam juga buat Tuan albab..

Kitab nie bleh beli d MPH
http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789676904898

atau bleh juga beli d
http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com/2009/04/kaifiyat-mempertajam-mata-hati-dalam.html

Moga iany membantu..