05 Mac 2009

Al Mawafiq Wal Mukhthobat


Al Mawafiq Wal Mukhthobat - ( Nikmatnya Melihat Allah )
Oleh: Al Imam An Nafri
Keluaran: Pustaka Rumput Abadi
Halaman: 194 mukasurat

Salam

Dia adalah laksana batu karang, dimana kita semua akan berhenti, di lautan yang penuh kegelisahan serta keresahan, keadaan yang saling berganti suasana kesemuanya adalah laksana prahara yang akan menenggelamkan biduk kita, maka tiada hambatan, pegangan serta pelindung selain kepada-Nya, disitulah akan kita temui genangan air yang tenang.

Imam An Nafri, sama dengan para sufi lainnya, tidak melihat jalan lain menuju ke sana kecuali dengan ”membebaskan diri” dan menanggalkan kedua terompahmu”. Seperti mana firman Allah swt:

”Tanggalkanlah kedua terompahmu, sesungguhnya kamu berada dilembah yang suci Thuwa.” QS Thaahaa:12

Hai hamba-Ku, kamu tidak mempunyai apa-apa kecuali apa yang telah Aku berikan kepadamu, kamu tidak berhak memiliki jiwamu, kerana Akulah yang menciptakannya. Kamu tidak berhak miliki tubuhmu, kerana Akulah yang menyempurnakan penciptaannya, kerana Aku kamu hidup dan dengan kalimah-Ku kamu hadir di dunia ini.

Hai hamba-Ku, kamu adalah barang milik-Ku yang hilang. Apabila Aku telah mendapatkanmu, maka cukuplah kamu bagi-Ku. Kamu adalah barang milik-Ku yang hilang dan Aku adalah barang milikmu yang hilang, tidak ada diantara kita berdua yang merasa kehilangan. Apabila Aku telah menjadi barang milikmu yang hilang, kamu akan merasa bingung kecuali bersama-Ku dan kamu akan merasa bimbang kecuali kamu berada di sisi-Ku.

Tahukah kamu bagaimana cara menemui-Ku secara sendirian. ?
Pertama kamu harus memperhatikan petunjuk-Ku yang Aku berikan kepadamu dengan karunia-Ku dan bukan dengan memperhatikan amal perbuatanmu. Kedua, kamu harus melihat kepada maaf-Ku dan bukan kepada ilmumu. Ketiga, kembalikanlan ilmu dan amal perbuatanmu kepada-Ku, nescaya Aku akan membimbang dan menambahkannya dengan segala karunia-Ku.
Jadikanlah ilmu pengetahuan itu sebagai salah satu saranamu untuk menuju kepada tujuan utama dan bukan sebagai tempat pemberhentianmu. Kerana sesungguhnya, Akulah tempat terakhir bagi segala jalan dan tujuan. Sementara ilmu itu merupakan sarana untuk menuju kepada-Ku dan bukan sebagai tujuan ataupun tempat pemberhentian terakhir.

Oleh kerana itu, waspadalah kepada-Ku. Sikap diammu itu. sebenarnya, tidak akan menjadi penyokong dirimu. Sedangkan kamu menduga bahawa diammu itu merupakan faktor penyebab kedekatanmu kepada-Ku.
Akhir kata sebuah kitab yg menarik.. Suka sgt dgn kitab nie.. MySpace

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tuan,berapa harga buku

Al Mawafiq Wal Mukhthobat - ( Nikmatnya Melihat Allah )
Oleh: Al Imam An Nafri
Keluaran: Pustaka Rumput Abadi
Halaman: 194 mukasurat

kerana saya betul-betul memerlukan buku tersebut..memandangkan saya telah puas cari di Semenanjung Malaysia dan di Sabah serta Sarawak semoga Allah membukakan hati tuan untuk menolong hambaNYA ini

UnInX berkata...

Salam..

Mohon maaf sbb lambat reply.. Kitab nie ana cuma ada yg photocopy aje.. cam mana yer cara nak mbantu..;)

kaqi-nok berkata...

Salam,

Bolehkah tuan bagi No. ISBN buku ini?

UnInX berkata...

Salam Tuan kaqi..

ISBN 979-8320-3, terima kasih kerana telah datang..

Tanpa Nama berkata...

Suatu jalan yg sgt terjal & memayahkn...,smoga tuan tuan bs mengamalkn nya dgn modal mengharap Ridho-Nya......,Insya Allah.
Amiin..
Facebook..:Mansur Al-Hallaj/alexmedan70@yahoo.com.

Asbakh berkata...

Salam Kepada Yang Di Malaysia, Tuan Boleh Dapatkan Buku ini Di Sebuah Kedai Di Wisma Yakin, Kuala Lumpur.

Unknown berkata...

Tak ada paktor kbetulan. Aku dpt buku tsb dalam tumpukan buku tua.aku lihat judulnya bikin pnasaran ternyata subhanalloh..