02 Julai 2009

Rindu Tanpa Akhir


Rindu Tanpa Akhir
Al-Mahabbah wa al-Syawq Wa al-Uns Wa al-Ridha
Oleh: Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ra.
Keluaran: Serambi
Halaman: 328 mukasurat

Salam

Rindu Tanpa Akhir telah membantu jutaan kaum beriman, dari masa ke semasa bagi mencapai kehidupan yang bermakna dengan mengembangkan kemampuan mereka mengelola cinta. Imam al-Ghazali ra mengupas secara menyeluruh tentang hakikat cinta, sebab-sebab mahupun tanda-tandanya, cara mencintai dan dicintai Allah, kelazatan kerinduan rohani serta bagaimana emosi yang sangat luar biasa itu dapat mengubah arah kehidupan seseorang menuju kebahagian abadi. Kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq Wa al-Uns Wa al-Ridha ini adalah bahagian keenam dalam jilid keempat kitab Ihya’ Ulumiddin.

“Wujud paling jelas dan nyata adalah Allah swt. Semestinya Dia dikenal dan diketahui lebih dahulu dibanding yang lainnya. Dia juga yang paling mudah diterima akal. Namun, kenyataan yang terjadi malah sebaliknya.”

Sayang, hanya sedikit yang mempercayai cinta kepada Allah. Bahkan, sebahagian mereka mengingkari kemungkinan keberadaannya. Dalam pandangan mereka, cinta kepada Allah tidak lain adalah upaya sungguh-sungguh dan terus menerus untuk taat kepada-Nya. Mereka lupa, cinta yang hakiki mustahil terjadi tanpa bentuk dan peragaan.

Cinta kepada Allah dan Rasulullah saw itu wajib bagi setiap insan.
Bagaimana mungkin akan diwajibkan kalau pada kenyataannya cinta itu bukan sesuatu yang memang ada ?.
Bagaimana mungkin cinta ditafsirkan sebagai ketaatan, padahal ketaatan hanyalah buah dari cinta ?.

Allah swt mewahyukan kepada Nabi Dawud as.:
“Banyak orang mengaku cinta kepada-Ku, pada hal sebenarnya bohong belaka. Bagaimana tidaknya, ketika malam mulai kelam ia malah tidur meninggalkan Aku. Bukankah orang yang jatuh cinta ingin selalu berjumpa dengan kekasihnya ?. Inilah Aku ! Aku hadir dihadapan orang-orang yang mencari-Ku.”
“Wahai hamba-Ku, demi hakmu, Aku mencintaimu.
Dan, demi hak-Ku padamu, hendaklah kamu mencintai-Ku !”
Allah swt mewahyukan kepada Nabi Dawud as.:
“Kalau saja orang yang merenungkan Aku itu tahu, betapa Aku menunggu kedatangan mereka, betapa Aku selalu menemani mereka dan betapa Aku rindu untuk menyingkapkan kemaksiatan dari mereka, maka pastilah mereka akan mati kerana rindu bertemu Aku. Tulang belulang mereka juga pasti terpotong-potang kerana kecintaan mereka kepada-Ku. Wahai Dawud as, inilah kehendak-Ku terhadap orang-orang yang merenungkan Aku. Bayangkan bagaimana kehendak-Ku kepada orang-orang yang mengadap Aku ?. Wahai Dawud as, sesuatu yang paling aku perlukan dari seorang hamba adalah ketika ia tidak lagi memerlukan Aku ( untuk memenuhi keinginannya itu). Sesuatu yang paling aku sayangi pada hambaku adalah ketika ia merenungkan Aku. Dan, sesuatu yang paling agung bagi-Ku adalah ketika ia kembali kepada-Ku”.
Aku tinggalkan apa yang kuinginkan.
Demi apa yang Dia inginkan.
Salah seorang ahli mukasyafah yang juga pencinta pernah berkata:
”Aku menyembah Allah swt selama tiga puluh tahun, dengan amalan hati dan anggota tubuh. Aku kerahkan seluruh daya dan kekuatan dengan penuh kesungguhan, sampai aku mengira bahawa aku telah mendapatkan sesuatu di sisi Allah swt.” Setelah mengatakan itu, ia menyebutkan ketersingkapan beberapa tanda langit dalam sebuah cerita yang sangat panjang. Di akhir ceritanya itu, ia berkata, ”Kemudian sampailah aku pada sebuah saf atau barisan para malaikat yang jumlahnya sebanyak makhluk Allah seluruhnya. Aku bertanya, ’Siapakah kalian semua ?’ Mereka menjawab, ’Kami adalah para pencinta Allah Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Kami menyembah-Nya di sini sejak tiga ratus ribu tahun. Tidak ada sesuatu pun yang terlintas di hati kami selain Dia. Tidak ada yang kami sebut-sebut kecuali Dia semata.’ Mendengarkan itu, akupun berkata dalam hati, ’Sungguh aku merasa malu dengan amal-amalku. Lalu aku serahkan saja semuanya kepada Zat yang berhak memberikan ancaman agar Dia meringankan aku di Jahanam.’”

Akhir kata sebuah kitab yang amat3 baik. MySpace

9 ulasan:

Welma La'anda berkata...

salam,
nak tanya, buku2 yang diulas di sini, sudah habis dibaca ke atau baru nak baca? cepatnya baca dalam seminggu

UnInX berkata...

w/salam..

Alhamdulillah.. dahpun abis dibaca semuanya.. kitab nie juga sudah diulas oleh Binyamin Abrahamov dlm bukunya Rindu Tiada Akhir keluaran Serambi: http://www.serambi.co.id/modules.php?name=Katalog&op=tampilbuku&bid=71
dahpun abis ana baca.. Ana rasa kitab nie ana xnak ulas.. kalau minat bleh la baca..

Welma La'anda berkata...

Ubi, saya belum sampai lagi satu peringkat yang boleh membaca buku sebegini. Saya lebih suka kalau buku ala2 sebegini di kuliahkan, baru semangat sikit nak membacanya . kalau nak baca seorang2, tak tahulah bila akan habis. dulu masa sekolah menengah, memang buku2 sebegini dicara. tetapi sekarang dahn tua2 begini, lain pula. terima kasih di atas ulasan, baru saya tahu banyak juga tulisan imam al-ghazali.Ubi memang pengumpul karya beliau ke. saya lihat banyak juga buku beliau ubi ada.

UnInX berkata...

Salam..

Ada setengah kitab mungkin x sesuai utk setengah org tapi ia mungkin sesuai utk setengah yg lain.. Spt yg ana katakan kitab nie adalah dr jilid ke empat kitab Ihya’ Ulumiddin, oleh itu pembicaraannya agak sukar utk difahami.. Keseluruhan kitab Ihya’ Ulumiddin nie hampir setebal 5000 mukasurat.. kalau nak baca gak.. baca la kitab2nya yg lain dulu spt: Kitab Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah), Kitab Ayyuhal Walad (Wahai anakku yg tercinta), Kitab Mukashafah Qulub (Penenang Jiwa), Kitab Munqidh Min ad-Dalal (Penyelamat Dari Kesesatan), Kitab Minhajul Abidin dan byk lg.. Dan semestinyalah jika kitab mana2 kitab ditelaah bersama Guru adalah lebih afdal..

Welma La'anda berkata...

Oh, saya tak tahu pula Ihya' Ulumiddin setebal 5000 halaman. Ada 2 karya Imam Al-Ghazali yang saya tahu, 1) Ihya'Ulumiddin (ulumiddin ka atau ulumuddin), 2)ayyuhal walad

UnInX berkata...

Salam..

Betul la tue.. detail bleh kesini: http://web.mac.com/pustakanasional/Sinopsis_Buku_Tasawuf_%26_Tauhid/Ihya_Ulumiddin.html

Teratak Angkasa berkata...

Nak tanya, kat kedai buku mana saya boleh beli buku ni? Saya dah cari kat Jaafar Rawas tapi tiada. Atau buku ni cuma untuk pasaran Indonesia sahaja?

Harap dapat penjelasan. Tq.

ubi berkata...

Salam..

Kitab nie ana beli di: http://pondokbuku-rkukaudya.blogspot.com/2009/05/rindu-tanpa-akhir.html
Dulu kitab nie juga bleh diperolehi di: http://www.fajarilmubaru.com.my/
Untuk baca secara ringkas bleh ke sini: http://books.google.co.in/books?id=KNr4cTKbSK8C&printsec=frontcover&dq=rindu+tanpa+akhir&cd=1#v=onepage&q=&f=false

Semoga bermanfaat..

Teratak Angkasa berkata...

jazakallah akhi Ubi...