Memaparkan catatan dengan label Imam Al Ghazali ra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Imam Al Ghazali ra. Papar semua catatan

02 Julai 2009

Rindu Tanpa Akhir


Rindu Tanpa Akhir
Al-Mahabbah wa al-Syawq Wa al-Uns Wa al-Ridha
Oleh: Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali ra.
Keluaran: Serambi
Halaman: 328 mukasurat

Salam

Rindu Tanpa Akhir telah membantu jutaan kaum beriman, dari masa ke semasa bagi mencapai kehidupan yang bermakna dengan mengembangkan kemampuan mereka mengelola cinta. Imam al-Ghazali ra mengupas secara menyeluruh tentang hakikat cinta, sebab-sebab mahupun tanda-tandanya, cara mencintai dan dicintai Allah, kelazatan kerinduan rohani serta bagaimana emosi yang sangat luar biasa itu dapat mengubah arah kehidupan seseorang menuju kebahagian abadi. Kitab Al-Mahabbah wa al-Syawq Wa al-Uns Wa al-Ridha ini adalah bahagian keenam dalam jilid keempat kitab Ihya’ Ulumiddin.

“Wujud paling jelas dan nyata adalah Allah swt. Semestinya Dia dikenal dan diketahui lebih dahulu dibanding yang lainnya. Dia juga yang paling mudah diterima akal. Namun, kenyataan yang terjadi malah sebaliknya.”

Sayang, hanya sedikit yang mempercayai cinta kepada Allah. Bahkan, sebahagian mereka mengingkari kemungkinan keberadaannya. Dalam pandangan mereka, cinta kepada Allah tidak lain adalah upaya sungguh-sungguh dan terus menerus untuk taat kepada-Nya. Mereka lupa, cinta yang hakiki mustahil terjadi tanpa bentuk dan peragaan.

Cinta kepada Allah dan Rasulullah saw itu wajib bagi setiap insan.
Bagaimana mungkin akan diwajibkan kalau pada kenyataannya cinta itu bukan sesuatu yang memang ada ?.
Bagaimana mungkin cinta ditafsirkan sebagai ketaatan, padahal ketaatan hanyalah buah dari cinta ?.

Allah swt mewahyukan kepada Nabi Dawud as.:
“Banyak orang mengaku cinta kepada-Ku, pada hal sebenarnya bohong belaka. Bagaimana tidaknya, ketika malam mulai kelam ia malah tidur meninggalkan Aku. Bukankah orang yang jatuh cinta ingin selalu berjumpa dengan kekasihnya ?. Inilah Aku ! Aku hadir dihadapan orang-orang yang mencari-Ku.”
“Wahai hamba-Ku, demi hakmu, Aku mencintaimu.
Dan, demi hak-Ku padamu, hendaklah kamu mencintai-Ku !”
Allah swt mewahyukan kepada Nabi Dawud as.:
“Kalau saja orang yang merenungkan Aku itu tahu, betapa Aku menunggu kedatangan mereka, betapa Aku selalu menemani mereka dan betapa Aku rindu untuk menyingkapkan kemaksiatan dari mereka, maka pastilah mereka akan mati kerana rindu bertemu Aku. Tulang belulang mereka juga pasti terpotong-potang kerana kecintaan mereka kepada-Ku. Wahai Dawud as, inilah kehendak-Ku terhadap orang-orang yang merenungkan Aku. Bayangkan bagaimana kehendak-Ku kepada orang-orang yang mengadap Aku ?. Wahai Dawud as, sesuatu yang paling aku perlukan dari seorang hamba adalah ketika ia tidak lagi memerlukan Aku ( untuk memenuhi keinginannya itu). Sesuatu yang paling aku sayangi pada hambaku adalah ketika ia merenungkan Aku. Dan, sesuatu yang paling agung bagi-Ku adalah ketika ia kembali kepada-Ku”.
Aku tinggalkan apa yang kuinginkan.
Demi apa yang Dia inginkan.
Salah seorang ahli mukasyafah yang juga pencinta pernah berkata:
”Aku menyembah Allah swt selama tiga puluh tahun, dengan amalan hati dan anggota tubuh. Aku kerahkan seluruh daya dan kekuatan dengan penuh kesungguhan, sampai aku mengira bahawa aku telah mendapatkan sesuatu di sisi Allah swt.” Setelah mengatakan itu, ia menyebutkan ketersingkapan beberapa tanda langit dalam sebuah cerita yang sangat panjang. Di akhir ceritanya itu, ia berkata, ”Kemudian sampailah aku pada sebuah saf atau barisan para malaikat yang jumlahnya sebanyak makhluk Allah seluruhnya. Aku bertanya, ’Siapakah kalian semua ?’ Mereka menjawab, ’Kami adalah para pencinta Allah Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Kami menyembah-Nya di sini sejak tiga ratus ribu tahun. Tidak ada sesuatu pun yang terlintas di hati kami selain Dia. Tidak ada yang kami sebut-sebut kecuali Dia semata.’ Mendengarkan itu, akupun berkata dalam hati, ’Sungguh aku merasa malu dengan amal-amalku. Lalu aku serahkan saja semuanya kepada Zat yang berhak memberikan ancaman agar Dia meringankan aku di Jahanam.’”

Akhir kata sebuah kitab yang amat3 baik. MySpace

01 Disember 2008

Minhaj Al-Abidin


Minhaj Al-Abidin – Petunjuk Jalan Bagi Orang2 Ahli Ibadah
Oleh: Imam Al-Ghazali ra
Keluaran: Jahabersa
Halaman: 314 mukasurat

Salam

Kitab ini merupakan kitab terakhir karya Ulama besar yang digelar Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali at-Tousi ra. Antara kitab yang banyak barakahnya dimana sehingga ke hari ini kitab ini masih lagi diguna sebagai kitab pengajian atau rujukan samada di pondok, masjid mahupun di universiti.

Ia dikarang dan dipersembahkan kepada golongan ahli ibadah supaya dapat selamat sampai ke hadrat Tuhannya. Kitab ini disusun bagi kalangan orang awam dan golongan pertengahan. Manakala kitab Ihya’ Ulumiddin yang semestinya untuk golongan tinggi dan Bidayatul Hidayah yang dikhaskan bagi kalangan orang awam (yakni golongan pemula dalam mengenal ilmu tasawuf).

Berkata Syeikh yang alim, solih lagi zahid, Abdul Malik Abdullah, semoga Allah mengampunkannya:

“ Telah merencana kepadaku kitab yang ringkas ini oleh guruku yang agung, Imam yang zahid, yang bertuah, yang mendapat taufik, yang digelar Hujjatul Islam, yang merupakan perhiasan agama dan kemuliaan umat, iaitu Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al-Ghazali at-Tousi ra, semoga Allah mensucikan rohnya dan meninggikan darjatnya di dalam syurga. Kitab yang ringkas ini merupakan kitab akhir yang telah beliau mengarangnya dan juga tidak mengambil rencana daripada beliau melainkan oleh para sahabatnya yang khusus.”
“Tiap yang indah itu dicintai, tetapi yang indah mutlak hanyalah satu, Maha Esa. Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya kepada-Nya. Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana ia menginsyafi ‘tanasub’ (persesuaian) batin antara dirinya dengan Dia. Orang yang paling bahagia di akhirat iaitu yang paling kuat mahabbahnya kepada Allah swt. Selanjutnya, nikmat si Muhib (pecinta) jika…, Setelah lama rindu…, Ia menjumpai Mahbubnya (yang dicintainya), semakin kuat mahabbah maka makin besarlah nikmatnya. Demikian itu adalah disebabkan oleh kenyataan bahawa akhirat itu bererti kunjungan kepadaNya swt”

Imam Al Ghazali berkata dalam kitabnya Al Munqiz min al-Dhalal:

“Perhatianku tertumpu kepada jalan sufiah. Adalah sangat jelas bahawa jalan ini tak akan dapat ditempuh melainkan dengan ilmu dan amal. Ianya mesti ditempuh menerusi tahapan batin dan dengan membersihkan diri. Hal ini perlu untuk mengosongkan batin dan kemudian mengisinya dengan zikir kepada Allah Taala. Bagiku, ilmu lebih mudah daripada amal. Maka segeralah aku memulai dengan mempelajari ilmu mereka, membaca kitab2 mereka, diantaranya kitab Qutub Al-Qulub karangan Abu Talib Al-Makki ra dan kitab2 karangan Al-Haris Al-Muhasibi ra serta ucapan Al-Junaid ra, Al-Syibli ra, Abu Yazid Al Busthami ra dan lain2. Dengan itu dapatlah aku memahami tujuan mereka. Penjelasan lebih jauh aku dengar sendiri dari mulut mereka. Yang lebih dalam lagi hanya dapat dicapai dengan zauq (rasa pengalaman batin), pengalaman dan perkembangan batin. Jauh sekali perbezaan antara mengetahui erti sihat atau kenyang dengan mengalami sendiri rasa sihat atau kenyang itu. Mengalami mabuk lebih jelas daripada hanya mendengar keterangan tentang ertinya, padahal yang mengalaminya mungkin belum mendengar sesuatu keterangan tentang demikian itu. Seorang doktor yang sedang sakit, tahu banyak tentang sihat, tetapi ia sendiri sedang tidak sihat. Tahu erti dan syarat2 zuhud tidaklah sama dengan bersifat zuhud. Yang penting bagi mereka adalah pengalaman dan bukan perkataan. Apa yang dapat dicari dengan ilmu telah ku capai. Selanjutnya, harus dengan zauq dan suluk (menempuh perjalanan batin).”

Kitab ini di mulai dengan membicarakan Peranan ilmu dan makrifah, Taubat, Halangan2, Rintangan2, Pendorong untuk beribadah, Penyakit2 hati dan Mengekalkan diri dalam beribadah.

Kitab yang setebal 314 mukasurat ini dibahagikan kepada 7 bab kesemuanya. Akhir kata sebuah kitab yang amat baik.

29 November 2008

Penenang Jiwa


Penenang Jiwa
Tajuk asal kitab Mukashafah Qulub
Oleh: Imam Al-Ghazali ra
Keluaran: Wholesale-Mart
Halaman: 438 mukasurat

Salam

Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohani terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dgn kerohanian yg subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya utk mengalahkan musuh-2 batinnya, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah utk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap.

Kitab nie dibahagikan kepada 111 bab kesemuanya. Ana nukilkan sket dari babnya.
Mahabbah (Cinta)
Sufyan berkata: “Mahabbah ialah mengikuti Rasulullah saw.” Yang lain mengatakan, “Ialah membiasakan zikir.” Kata yang lain, “Mendahulukan kekasih,” Dan sesetengah mereka mengatakan, “Ialah tidak suka tinggal di dunia.” Namun semua itu mengisyaratkan hasil daripada mahabbah.

Al-Junaid mengatakan, “Allah mengharamkan mahabbah bagi orang yang masih mempunyai hubungan dengan yang lain.” Dia juga berkata, “Setiap mahabbah meminta pengorbanan. Jika tidak berkorban, bererti tidak memiliki mahabbah.”
Zun-Nun mengatakan, “Katakan kepada orang yang mengaku mahabbah kepada Allah. Takutlah engkau dikuasai selain Allah !”
Di tanyakan kepada Asy Syibli, “Jelaskan kepadaku tentang orang arif dan muhib ?” Dia berkata, “Orang arif suka berbicara hanyut dan orang muhib jika diam hanyut.”
Wahai Tuhan yang mulia.
Cinta itu telah terpateri di dada.
Wahai yang mencuri tidurku.
Kau tahu apa yang kulewatkan.
Rabiah Al Adawiah berkata, “Siapa yang dapat menunjukkan, di mana kekasihku?” Khadimnya berkata, “Kekasihku bersamaku. Tetapi dunia menghalanginya.”

Ibnu Al-Jilla ra berkata, “Allah swt memberi wahyu kepada Isa as.”
“Sungguh jika Aku telah kasih kepada seseorang, maka tidak-Ku temukan di situ cinta dunia dan akhiratnya. Ku penuhi dia dari cinta kepada-Ku dan Ku buat ia selalu mengingat-Ku.”

Ibrahim bin Adham berkata, “Ya Tuhanku, Engkau tahu, di mataku Syurga tidak mengimbangi sayap nyamuk di banding kemuliaan yang Engkau telah berikan kepadaku dari mahabbah kepada-Mu, suka mengingat-Mu serta tafakkur tentang keagungan-Mu.”

Juga disertakan VCD Penenang jiwa, yang mana menemubual tiga tokoh penting iaitu, Prof. Madya Mohd Kamil Abd Majid, Prof. Madya Dr. Che Zarrina Sa’ari dan Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam
Akhir kata, sebuah kitab yang sangat baik.. MySpace

12 November 2008

Al-Ghazali: The Alchemist Of Happiness (Bahagian 2)


Al-Ghazali: The Alchemist Of Happiness

Salam..

Tema utama filem ini ialah:

“Al-Ghazali adalah ubat kepada dunia yang sedang tenat pada hari ini”

Menemu bual tiga tokoh penting Islam di Barat iaitu Hamza Yusuf, T.J. Winter (Abdul Hakim Murad) dan Seyyed Hossein Nasr.

Citernya bleh d/load menggunakan torrent:
http://www.muslimtorrents.com/torrents-details.php?id=9

Akhir kata, sebuah dokumentari yang sangat baik.. MySpace

03 Oktober 2008

Penyelamat Dari Kesesatan


Penyelamat Dari Kesesatan
Kitab asal bertajuk Munqidh Min Ad-Dalal
Oleh: Imam Al-Ghazali ra
Halaman: 96 mukasurat

Salam
Sebuah autobiografi yang menerangkan pengalaman-2 Imam Al-Ghazali ra yang terpenting dalam bidang akliah dan rohaniah. Ia mencakupi persoalan falsafah, gerakan Batiniah, Ilmu Kalam, Tasawuf dan yang teristimewa tentang detik-2 ia mengubah cara hidupnya meninggalkan keagungan dunia akademik di Universiti Nizamiah, Baghdad dan kemewahan yang dimilikinya untuk menjadi seorang zahid dan pencari kebenaran.
Kitab yang telah menarik perhatian ramai di timur maupun di barat, khususnya para sarjana falsafah dan agama, sejak 900 tahun yang lalu, kerana kemampuannya memberikan petunjuk kepada manusia untuk mencari kebenaran. Kitab ini khusus sebagai panduan kepada murid-2 ilmu suluk, yang berhubung rapat dengan kebatinan para murid dalam ilmu shufi. Dimulakan membicarakan mazahab-2 syakkiyah sebagai pendinding bagi mereka supaya tiada terpesong daripada jalannya yang benar, di teruskan pula dengan mendedahkan kategori murid dalam penglibatan masing-2 dalam golongan-2 mutakallimin (ahli ilmu kalam), bathiniyah (ahli kebatinan), filosuf dan shufi.
Akhir kata kitab nie eloklah dibaca bagi yang dahagakan ilmu..

29 September 2008

Ayyuhal Walad (Wahai Anakku Yang Tercinta)


Ayyuhal Walad (Wahai Anakku Yang Tercinta)
Keluaran: Khazanah Banjariah
Oleh: Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ra
Halaman: 84 Mukasurat

Salam..

Kandungan surat Imam Al Ghazali ra. ini sangat ikhlas sekali di dalam memberi nasihat dan dicelah-2 ungkapan beliau tersingkap kebolehan Imam Al Ghazali ra dalam menggambarkan tipuan dunia yg fana ini dan kekalnya akhirat dan betapa perlunya kita kpd iman, amal soleh dan kejernihan jiwa. Kasih sayang Imam Al Ghazali ra terhadap murid-2nya menerusi nasihat ini kerana ia disampaikan dalam bahasa yang lembut, menyentuh hati nurani sehingga kadang-2 dapat mengalirkan air mata dan memberikan kesan yg sangat mendalam sekali, bagi sapa-2 yang ingin berubah dalam hidup.

Dalam kitab ini menceritakan 25 Nasihat kesemuanya.. Ana nukilkan dua dari Nasihatnya..

Nasihat 6: Hakikat Hidup, Cinta Dan Amal.
Wahai anakku yang tercinta,

Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.


Nasihat 7: Dahulukan Belajar Ilmu Yang Fardhu Ain.
Wahai anakku yang tercinta,

Apakah hasil yang akan engkau perolehi drp menghabiskan masa hanya belajar ilmu Al-Kalam (perbahasan ilmu Tauhid yg dalam-2) dan ilmu al Khilaf (perbahasan ilmu Fekah yang halus-2) dan ilmu at-Thib (Ilmu perubatan) dan ilmu ad Dawawin wal Syir (ilmu berkenaan dgn dewan syair arab) dan ilmu an Nujum (ilmu peredaran bintang) dan ilmu A’rud (ilmu yg berkenaan dgn timbangan syair Arab) dan ilmu an Nahu wa Tasrif (ilmu yg berkenaan dgn kaedah bahasa Arab) selain drp mempersia-siakan umur dgn menyalahi perintah Allah yang Maha Besar: Maksud disini adalah (belajar ilmu berlebih-2an dan membuang masa mempelajari masalah yg halus-2 sehingga tidak mempunyai masa utk belajar ilmu yang fardhu Ain).

Sesungguhnya aku telah melihat di dalam Injil Nabi Isa a.s ada disebutkan:

Mulai seorang mayat diletakkan di atas keranda sampai mayat itu diletakkan di tepi kuburnya, Allah taala telah bertanya kepadanya 40 soalan. Yang pertama sekali ialah:

“Wahai hambaKu ! Kenapa engkau sentiasa sepanjang tahun memperhatikan kebersihan tempat pandangan menusia kepadamu (iaitu anggota badanmu yang zahir) tetapi engkau tidak peduli kepada tempat pandanganKu (Hati engkau) walaupun hanya satu saat”.

Dan setiap hari Allah taala memandang ke dalam hatimu lalu ia berfirman: “Kenapa engkau hanya memberikan perhatian kepada selain daripadaKu, sedangkan engkau dikelilingi dengan ehsanKu. Apakah engkau sebenarnya tuli, dan tidak dapat mendengar lagi”.

25 September 2008

Al-Ghazali: The Alchemist Of Happiness


Salam..


Tema utama filem ini ialah ‘Al-Ghazali adalah ubat kepada dunia yang sedang tenat pada hari ini’.

Dibintangi oleh para pelakon Ghorban Nadjafi berlakon sebagai Imam al-Ghazali. Turut dibintangi oleh Mitra Hajjar, sebagai isteri Imam al-Ghazali. Namun demikian, tidak wujud sama sekali sebarang dialog di antara Imam al-Ghazali dan isterinya di dalam filem ini.

Robert Powell, sebagai ‘suara’ kepada Imam al-Ghazali. Teks pada ‘suara’ ini diambil daripada autobiografi yang ditulis oleh Imam al-Ghazali sendiri iaitu, Kitab al-Munqidh min al-Dalal (Penyelamat dari Kesesatan), yang menceritakan perjalanan hidupnya, yang akhirnya membawa beliau memfokuskan diri kepada ilmu tasawwuf.
Kawasan ini terletak di Tus, iaitu tempat kelahiran Imam al-Ghazali, dan juga tempat kembalinya beliau sesudah bermusafir bertahun-tahun. Di sini terdapat memorial Imam al-Ghazali. Malangnya, kubur sebenar Imam al-Ghazali tidak dapat dipastikan di mana lokasinya pada hari ini

Sumber:
http://hembusan.blogspot.com/2007/01/alchemist-of-happiness-ep-1.html

Bleh tengok citer nie kat sini:

12 September 2008

Kitab Adab Dalam Agama


Adab Dalam Agama
Kitab asal bertajuk Adab Fiddin
Oleh: Imam Al-Ghazali ra.
Keluaran: Pustaka Muda
Halaman: 70 muka surat

Salam..

Kitab nie dibahagikan kepada 11 bab kesemuanya.. manakala setiap bab-2 tersebut dipecahkan lagi kepada bahagian-2 secara terperinci sebagai contohnye lihat pada bab yang ke enam (6).
1. Adab Muslim
2. Adab Ajar mengajar
3. Adab dalam shalat
4. Adab shaum – Haji
5. Adab sehari-hari
6. Adab sedekah
6.1 Adab Memberi Sedekah
6.2 Adab Meminta Sedekah
6.3 Adab Pemberi Hadiah
6.4 Adab Penerima Hadiah
6.5 Adab Orang Kaya
6.6 Adab Fakir Miskin
7. Adab jual beli
8. Adab pinang meminang
9. Adab suami isteri
10. Adab dgn hubungan kerabat dan masyarakat
11. Adab jihad

Ana nukilkan satu huraian oleh Imam Al Ghazali ra dalam bab Adab Sehari-hari di bawah tajuk Adab Bergaul.
Apabila mendatangi suatu majlis atau sekelompok orang yang sedang berkumpul maka hendaklah mengucapkan salam kepada mereka. Jangan sekali-kali menerobos maju ke depan, tapi hendaklah tetap di tempat di mana ia sampai. Hendaknya mengkhususkan mengucapkan salam kepada orang yang paling dekat posisi duduknya dengannya.

Jangan mendengarkan pembicaraan orang yang sedang mengucapkan perkataan kotor. Hendaknya melupakan perbualan kotor mereka. Hendaklah menjauhi pertemuan dengan orang-orang semacam itu, kecuali bila terpaksa ada keperluan yang mendesak.

Jangan meremehkan sesiapapun dan apa pun posisinya kerana hal ini dapat mencelakakan anda. Mungkin saja dia lebih baik dari anda atau bahkan lebih taat kepada Allah. Jangan pula mengagung-agungkan seseorang kerana keduniaannya. Dunia ini kecil dibanding dengan Allah Taala. Kecil dengan apa yang ada pada-Nya. Jangan pula memperlihatkan kekaguman hingga anda mengagung-agungkan dunia dan seisinya kerana hal itu akan mengheret anda untuk mengagung-agung orang-2 yang berkuasa di dunia. Hal ini akan menjauhkan anda dari kemurahan dan rahmatnya.

Jangan mengorbangkan agama demi untuk mencari atau mendapatkan kerelaan dan kesenangan semata. Yang demikian ini hanya akan menghinakan diri sendiri di mata mereka. Tapi jangan pula menentang mereka kerana akan menimbulkan permusuhan dan pertikaian menentang dilakukan bila mereka melanggar atau menghina ajaran-2 mulia Islam. Yang harus kita musuhi adalah kelakuan-2 yang keji.

Hendaklah kita memandang orang dengan pandangan kasih-sayang. Jangan berlebih-lebihan dalam mencintai manusia. Jangan berlebih-2an pula dalam menghormati sesama insan. Jangan pula berlebih-2an menampakkan keramah-2an dalam memuji dan menyanjung.

Jangan mengharapkan sesuatu dari mereka, baik di depan maupun di belakangnya. Bila anda berharap demikian maka anda tidak akan mendapatkan apa-2 dari mereka. Bahkan sebaliknya. Anda akan mendapatkan kehinaan. Di mata mereka anda tidak memiliki harga diri. Ini tentu saja akan menghilangkan atau mengurangi keteguhan taqwa anda.

Jangan pula anda bersifat sombong atau takabur. Apabila salah seorang dari mereka meminta pertolongan maka tolonglah kerana mereka tetap sebagai teman yang bermanfaat. Namun apabila anda tidak dapat membantunya maka jangan anda mencelanya kerana hal ini dapat menimbulkan permusuhan.

Jangan beri mereka nasihat jika tidak ada tanda-tanda bahawa mereka akan menerima nasihat.

Apabila anda mendapat penghormatan, pujian atau kebaikan apapun jenisnya dari mereka, maka kembalikanlah kepada Allah Taala. Bertahmidlah dan mohonlah kepada Allah agar anda jangan dijadikan sebagai yang mewarisi mereka.

Apabila anda mendapatkan keburukan, kata-2 umpatan atau apa saja yang tidak anda senangi maka serahkan saja semua urusan kepada Allah. Berlindunglah kepada-Nya dari kejahatan-2 mereka pertolongan-Nya dalam menghadapi mereka. Tetapi jangan menghancurkan atau menghukumi mereka kerana mereka tidak mempunyai perasaan kalau dirinya bersalah.

Hendaklah anda mendengarkan dan memperhatikan hak-2 mereka, namun palingkanlah anda dari kebatilan-2 yang mereka lakukan..

Akhir kata, kesempurnaan akhlak dalam mencapai ketinggian sebagai hamba-Nya tentu Adab lah yang pertama harus diketahui dan diamalkan..

11 September 2008

Kitab Bahaya Lisan

Bahaya Lisan
Kitab asal bertajuk A'fat Al-Lisan
Oleh: Imam Al Ghazali ra.
Keluaran: Qisthi Press
Halaman: 193 muka surat

Salam..

Kitab nie dibahagikan kepada 21 bab kesemuanya.. Dimulai dengan Bab Keutamaan Diam dan diikuti dengan bab-bab bahaya yang ditimbulkan oleh lisan.

Ketahuilah bahawa lisan itu besar bahayanya. Tidak ada orang yang bisa selamat darinya, kecuali dengan DIAM. Oleh itulah agama memuji sikap diam sebagaimana sabda rasulullah saw. “Barangsiapa diam, niscaya akan selamat.”

HR Abu Manshur ad-Dailami: “Barangsiapa menghindari kejahatan qabqab-nya, dzabdzab-nya dan laqlaq-nya, bererti ia telah menghindar dari semua kejahatan.”

Qabqab adalah perut, dzabdzab adalah kemaluan dan laqlaq adalah lisan. Kebanyakan manusia akan binasa oleh ketiga syahwat ini. Oleh kerana itu kami (Imam Al Ghazali ra) sempatkan diri untuk menghuraikan bahayanya lisan, setelah huraian tentang bahaya perut dan kemaluan.

Pada zaman Nabi Isa a.s., orang-2 berkata kepadanya, “Tunjuklah kepada kami akan perbuatan yang mengantarkan kami ke syurga!”
Nabi Isa a.s menjawab, “Jangan bicara selama-lamanya!”
Mereka berkata, “Kami tidak mampu melakukan itu (diam selamanya).”
Nabi Isa a.s pun berkata, “Jika demikian, maka jangan berbicara, kecuali tentang kebaikkan!”.

Diriwayatkan bahawa Abu bakar ra. pernah meletakkan batu kerikil di mulutnya utk mencegah dirinya dari berkata-kata. Lalu ia menunjuk lisannya sambil berkata, “Inilah yang menjerumuskan aku ke lembah kenistaan!”.

Manusia yang berwaspada pasti akan menyadari bahawa di dalam banyak bicara terdapat bahaya. Sedangkan di dalam diam terdapat keselamatan. Penjelasan berikut nie akan menunjukkan kepadamu akan keutamaan diam: Ucapan itu bleh dibahagikan kpd empat macam:
No 1. Ucapan yang berbahaya.
No 2. Ucapan yang bermanfaat.
No 3. Ucapan yang di dalamnya ada manfaat dan berbahaya.
No 4. Ucapan yang tidak bermanfaat dan tidak berbahaya.

Penerangannya:

Adapun No1. Ucapan yang berbahaya, maka wajib berdiam diri darinya.

Demikian pula terhadap No 3. Ucapan yang di dalamnya ada manfaat dan berbahaya, kerana manfaat di dalamnya tidak akan sempurna sbb ada bahaya yang ditimbulkannya.

Sedangkan No 4. Ucapan yang tidak bermanfaat dan tidak berbahaya, maka ucapan nie tidak berguna. Sbb, sama halnya dengan menyia-nyiakan waktu dan menceburkan diri ke dalam kerugian yang besar.

Maka, yang tersisa dari empat macam ucapan itu adalah satu bahagian saja, iaitu No 2. Ucapan yang bermanfaat.
Setelah gugur tiga bahagian, maka kini tinggal satu bahagia. Yang satu nie masih harus diwaspadai, kerana di dalam ucapan yang bermanfaat bisa terselit riya’ (Hasrat pamer) yang sering tidak disadari.


Dengan demikian, dapat disimpulkan bahawa manusia itu, pada hakikatnya , selalu berada dalam bahaya. Salah sedikit dalam ucapan, maka kemudaratan yang ditimbulkannya besar sekali.

Manakala dalam bab-bab yang seterusnya dihuraikan tentang bahaya-bahaya yang ditimbulkan oleh lisan, sebagaimana yang telah disebutkan di atas, serta kesulitan untuk menjaganya itu bisa menjadi satu petunjuk bagi kalian untuk mencapai darjat hakikat, bila Allah menghendaki.

Akhir kata, sebuah karya yang sangat luar biasa..